Iklan Berbayar

Jumaat, 27 Julai 2012

senarai tabung public mutual diluluskan untuk pelaburan kwsp

alhamdulillah, petang tadi menyempatkan diri ke public mutual bangsar. untuk apa lagi, menambah tabungan dalam pelaburan unit trust. terserempak dengan kawan lama. rancak berborak, sedar tak sedar, hari menginjak petang.....


masih belum lambat untuk melabur, walaupun amaun yang dilaburkan tidaklah besar mana, sekurang-kurangnya, potensi tu ada. lagipun aku cuma ada lebih kurang 20 tahun aje untuk meningkatkan simpanan hari tua aku.... dan seboleh-bolehnya taknaklah kerja sampai umur aku 60 tahun. iskkk sedangkan dalam hati ini asyik berbisik... "usahalah agar dapat bersara awal, cukuplah bekerja untuk duit bila usia menginjak 45"


hmmm.... hanya tinggal 10 tahun aje lagi tu.....


tapi buat masa ni, hanya epf saja yang aku mampu laburkan.... sasaran, tahun depan pula aku buat pelaburan secara tunai... nanti aku buat satu entri macamana kita boleh mensasarkan RM1 juta tabungan dengan hanya bermula RM1000


oklah.... kat bawah ni aku share sikit, senarai tabung public mutual yang diluluskan oleh kwsp untuk pelaburan (2011). tabung-tabung ini diluluskan kerana prestasi tabung yang baik dan risiko tabung yang sederhana dan terkawal...

Konvensional


PUBLIC AGGRESSIVE GROWTH FUND (PAGF)
PUBLIC BALANCED FUND (PBF)
PUBLIC DIVIDEND SELECT FUND (PDSF)
 PUBLIC EQUITY FUND ( PEF)
 PUBLIC FOCUS SELECT FUND (PFSF)
 PUBLIC GROWTH FUND (PGF)
 PUBLIC INDEX FUND (PIF)
 PUBLIC INDUSTRY FUND 

Islamic
 
 PUBLIC ISLAMIC BALANCED FUND (PIBF)
 PUBLIC ISLAMIC DIVIDEND FUND (PIDF)
 PUBLIC ISLAMIC EQUITY FUND (PIEF)
 PUBLIC ISLAMIC INCOME FUND (PIIF)
 PUBLIC ISLAMIC MONEY MARKET FUND (PIMMF)
 PUBLIC ISLAMIC OPTIMAL GROWTH FUND (PIOGF)
 PUBLIC ISLAMIC SECTOR SELECT FUND (PISSF)
 PUBLIC ISLAMIC SELECT ENTERPRISES FUND (PISEF)
 PUBLIC ISLAMIC SELECT TREASURES FUND (PISTF)
 PUBLIC ITTIKAL FUND (P ITTIKAL)
 PUBLIC REGULAR SAVINGS FUND(PRSF)
 PUBLIC SAVINGS FUND (PSF)
 PUBLIC SECTOR SELECT FUND (PSSF)
 PUBLIC SELECT BOND FUND (PSBF)



 PB BALANCED FUND (PBBF)
 PB CASH MANAGEMENT FUND (PBCMF)
 PB GROWTH FUND (PBGF)
 PB ISLAMIC BOND FUND (PBIBF)
 PB ISLAMIC EQUITY FUND (PBIEF)

jadi, untuk memudahkan korang memeriksa prestasi tabung dan hala tuju harga tabung-tabung ni, korang bolehla periksa di sudut kiri blog ni. klik kat gambar graf dan korang akan di'link'kan ke web yang ada 'daily ticker' untuk tabung-tabung ni.


walaubagaimanapun, kalau korang rasa 'blur' tgk graf tu, tinggalkan email korang kat ruangan komen dan aku sedia membantu....


atau.... korang emailkan terus ke misbah.thahir@gmail.com untuk sebarang pertanyaan.


p/s: pesan orang lama, sikit-sikit lama-lama jadi bukit, pesanan orang zaman millenium, sikit-sikit lama-lama boleh jadi jutawan!





2 ulasan:

Sharinginfoz berkata...

PIDF not bad juga.....

nitestalker berkata...

so far, domestic fund perform well, overseas fund je kena hati2 sikit....