Iklan Berbayar

Rabu, 23 Februari 2011

anda mangsa jenayah dan anda bertindak balas hingga penjenayah mati, patut atau tidak

kelmarin dalam berita tv : seorang peragut cedera parah dan rakannya terbunuh selepas mangsa mengejarnya dengan kereta dan bertembung dengan motorsikal yang dinaiki peragut tersebut menyebabkan keduanya melambung dan terhumban ke dalam longkang....

semalam, berita sama terpampang dalam surat khabar.....

semalam juga, perkara sama dibincangkan dalam satu segmen di radio BFM (business FM) pasal menda ni...

persoalannya : patut atau tidak kita ambil tindakan sendiri?

baca pasal peragut bila dah kena belasah baru nak mintak tolong suruh panggil polis bila dah tak tahan kena pukul.SINI... alahai...baru nak ingat polis...baru tau undang-undang....baru nak ingat tuhan.... baru nak "Allahuakbar" bagai?

pada aku menda ni subjektif...nak ikutkan, aku pun tak mau bagi komen patut ke tidak sebab aku bukan hakim dan aku juga bukan pengamal undang-undang dan juga aku bukan tuhan....

siapa aku nak jatuhkan hukuman...........

brightside aku berkata: tak patut...sebab tindakan sendiri bukan hak kita apatah lagi menyebabkan kematian manusia... banyak contoh tindakan pasif yang memberi kesan cukup positif.


darkside aku pulak berkata: memang patut pun....langgar je sampai mati.kurang sorang dah penjenayah... patutnya mangsa tadi henyak sekali yang lagi sorang....biar dua-dua mati... lagipun penjenayah ni bukan kisah pun kalau mangsa mati....sekelumit perasaan kesian takde dalam diri diorang.. DIORANG TAK PERNAH MENYESAL! jadi...buat apa menyesal....bagi mati je...bla...bla...bla....endless list....

dah macam hikayat 1001 malam kalau nak diikutkan senarai tu.... memanglah...aku pun geram dengan penjenayah macam ni...lagi-lagi ragut.... dahla menyusahkan orang...andai kata kita dapat ambil tindakan sedikit dan dia terlepas.berdendam pula....iskkk...susah pulak tu nak dakwa kalau diorang terlepas.... tu yang kadang rasanya "ending their life much more easier than wasting sumber negara untuk perbicaraan dan kos mereka dalam penjara".... dan kita tau tindakan diorang bia "buat keje" kan.... (tengah tahan marah)

hmmm mesti orang-orang human right movement "melalak" marah kat aku ni.... (marah lagi bertambah bila dengar pergerakan ni...alasan, peribadi)

huh...jangan korang kata aku ni menggalakkan "keganasan" dalam hidup pulak....aku pun manusia.... ada hati dan perasaan.... tapi kalau orang camtu, ada lagi ke perasaan dalam diri diorang? ada lagikah kemanusiaan dalam diri diorang? sesungguhnya aku nak hidup dalam dunia yang aman!!

second chance? peluang kedua? ya.. aku percaya dengan menda ni.... setiap orang berhak untuk dapat peluang ke dua... dan setiap orang ada membuat kesilapan dan berhak untuk menyesal atas kesilapan diorang.... sedangkan tuhan boleh menerima taubat seseorang selagi nyawa belum sampai ke kerongkong.... inikan pula kita sebagai manusia yang banyak kelemahan..... layakkah kita menghukum seseorang?

aduhhh my brightside dah berceramah balik dah....hahahhahha serabut.serabut....perang antara akal dan perasaan, pemikiran dan emosi.... cam diluah mati mak, ditelan mati bapak..tak diluah atau ditelan... MATI KATAK!....

pendapat korang?.....hmmm takde pendapat...? kalau camtu...bg yang masih bekerja....teruskan kerja...jangan difikir sangat sampai menjejaskan "pendapatan" korang lak ye.....sesama kita jaga keamanan negara kita dan hormat-menghormati satu sama lain....

Isnin, 21 Februari 2011

leaving on a jet plane, aku pergi bercuti!!

yeee...haaaa.....aku nak gi bercuti....tak jauh...tak sampai luar negara pun.... saja je gempak.... alang-alang dah buat perkiraan tiket flight kali ni murah....(beli time promo...dah dekat sebulan booking siap bayar) heheh....

hishhh mana tak ghairahnya...dengan cuti public holiday yang aku tak ambik lagi...apa lagi....korang tau kan jawapannya. aku dok congak, lagi murah dari aku naik bas! terima kasih kat kawan aku yang bagitau pasal promo tuh...dengan dia skali beli tiket, dia cakap dia pun nak bercuti jugak.....aku pun suggest kat dia, apa kata balik kampung dia...lama tak gi kampung dia sebenarnya....boleh layan bubur nasi sentosa ke...asma rojak ke... mee rebus hj wahid ke.... yum yum yum...rindu wooo...

destinasi sebenar? laaa aku tak bagi tau lagi ke.... okeh-okeh.... SELATAN TANAHAIR a.k.a johor bahru.... so kalau ada sesapa yang "berhajat" nak join aku lepak2.... boleh kita set time.... bukan apa...seminggu cuti takkan nak lepak kat tengah bandar je kan.....

tapikan...alahaiii bersawang pulak blog aku ni... ermhh takpelah...takkan la takda tempat yang takde coverage broadband kan...dapat paling teruk dapat EDGE pon dah ok....yang penting taklah terbiar tak update langsung...

jadi...dari hari ahad depan.... andai kata ada komen tak berbalas.... jangan marah-marah ye....

p/s: bagitau awal-awal....mana tau ada kengkawan nak jumpa..... leh tinggalkan contact kat ruangan komen....

Ahad, 20 Februari 2011

pendedahan TEBABO yang dijanjikan.... bil elektrik aku negatif!

salamzz....

inilah masanya yang dinanti-nantikan.... apa yang TEBABO!!! sangat semalam tu.... bukan maksud nak bermegah-megah...tetapi usaha penjimatan elektik dah berjaya... camna nak jimat...aku ada buat entry pasal nie dulu... boleh klik kat sini untuk baca entry tu ye....

sudah tukar ka... ?

memula aku dapat surat...tengok sampul dari TNB... iskkk sudah tukarka? semua main pos je ke skarang ni? maybe korang dah dapat lagi awal dari aku kut...tu yang macam pelik+hairan tu... 1st time dapat camni... ingatkan aku tak bayar tunggakan ke hapa....iskkk takpe.... sampai rumah nanti aku tengok isi perut dia

ni lah bil elektrik yang guna design baru tu...
syukur alhamdulillah... bil semasa masih lagi kosong.... gomen bayarkan
sampai kat rumah...aku pun tengokla...alamakkk bil elektrik la.... berapa la aku kena bulan ni ya.... macam yang lepas-lepas asyik nak kena bayar RM40++, tapi dah 2 bulan aku tak bayar, pasal bil bawah RM20, hahhaha so...mana ada tunggakan kan...ape la...

ada ke bil negatif? tak pernah lagi terlebih bayar tau
nak jadikan cerita... eh... eh... jumlah bil -2.27 ringgit la... TNB hutang aku ke camni... hihihi ape la...takkan la TNB hutang aku sampai camtu skali kan... ermhhh walaupun aku rasa ni kali ke 2 ke kali 3 aku dapat bil negatif (tapi very2 positive untuk aku...hahah) aku masih rasa pelik... apsal tunggakan negatif aku ni makin lama makin naik? ke pasal mengiraan komputer TNB akan tetap keluarkan "figure" selagi ruangan "tunggakan" tu berisi tak kira positif ke negatif? tu yang jadi tanda tanya tu... kalau camtu... setiap bulan aku akan ada "kredit" dengan TNB lah kan? so sesapa yang keje TNB boleh tinggalkan jawapan dalam ruangan komen tak?





untuk kali ke berapa kalinya, bil elektrik jadi 'kosong"

lepas baca entry ni mesti ramai cap aku "POYO"....hahhaha saje je... ape yang berdentum tebabo tah...bil kosong pon nak kecoh.... kekekkeke almaklumla... semenjak buat program "sayangi bumi bermula dari diri sendiri" ni kan....ni lah hasilnya.... sama jugak dalam hal-hal kalau gi shopping barangan dapur kat supermarket/hypermarket... bawak beg "recycle" sendiri... alhamdulillah... berkilo-kilo beg plastik dapat dikurangkan... (rumah pun dah tak semak dek beg plastik) 
p/s: jangan cap aku POYO!...hahahha

Sabtu, 19 Februari 2011

sesuatu yang menarik akan didedahkan

dah beberapa hari aku pendam menda ni....bukan apa... tatau camna nak kata.... memang pelik tapi benar dan ianya benar-benar berlaku....

sampai besar tanda soal dalam kepala aku nie....

menarik tertarik memang TEBABO!....

tunggu masa nak di tampalkan dalam blog aku yang tak seberapa nie.... kepada semua reader,peepers, stalkerz, followerz...tunggu...insyaAllah takkan jadi pepatah "menunggu buah yang tak jatuh" atau korang jadi macam "pungguk merindukan bulan....heheheh....

sebelum tu...aku tido dulu ye...mlm tadi keje...ngantuk tau....

tunggu...jgn tak tunggu....

Khamis, 17 Februari 2011

antara kata-kata dan penulisan, yang mana lebih tajam?

baru-baru ni.aku sempat berborak dengan seorang sahabat.... banyak cerita yang kitorang bualkan....dari isu semasa, sampailah isu-isu yang agak terahsia... ape ke rahsianya.iskk dah rahsia, takkan la aku nak cerita pulak kan....ape la korang nie....
mata pena+blog=senjata pemusnah massa

dalam masa berborak tu, terkeluar lak cerita pasal mulut dan pena.... ye lah...dedua benda ni kalau tak digunakan secara berhemah memang boleh mengundang bencana kat dunia ni...

yang kita sedia maklum...ramai yang akan mengatakan mulut adalah punca seseorang tu sakit hati, malah jadi punca seseorang tu bertelagah.... fitnah, adu domba dan memacam lagi... selama ni pun aku sangka mulut jugalah  jadi punca. tapi betulke mulut jadi punca?

untuk persoalan ni...pada permulaannya aku katakan ya....kerana mulut seseorang kita boleh jadi benci kepada seseorang individu. ye lah..kalau mulut tu asyik cerita buruk pasal individu lain, secara tak langsung kita pun terpengaruh kan.... tu cerita pasal orang yang suka bawak cerita... tapi apa kata orang tu sendiri yang suka "bermulut longkang" dan tak sensitif dengan perasaan orang lain?? dah tentu skop kebencian kita tu bertambah kecil dan hanya bertumpu kepada si "mulut longkang" tu sendiri....

rupanya, masih ada senjata yang lagi tajam dari mulut yang longkang lagi celupar... apa kata kita dah sakit hati pastu kita luahkan dalam penulisan....kat sini pendapat aku mula berubah....

satu keadaan yang mana kita mencatat dan mengekalkan rasa benci dan jelak kita pada seseorang dalam bentuk penulisan dan ianya dibaca oleh ramai orang...contohnya dalam blog, walaupun mungkin si pencatat hanya ada beberapa orang pengikut, satu hari pasti cerita kebenciannya tu akan terus dibaca dan dibaca. atas sebab ke"kekal"an sesuatu skrip dan penulisan tersebut..... kat sinilah kenapa mata pena (penulisan) menjadi senjata paling tajam... kalau mulut longkang, kesan yang amat ketara hanya terkena kepada orang yang dituju dan terguris hatinya sedangkan penulisan....jika kena dengan gaya bahasa, ianya boleh menusuk sanubari dan mempengaruhi minda seseorang....

kat sini barulah kita boleh nampak kenapa kes saman-menyaman banyak disebabkan oleh penulisan dan bukan percakapan (terutama yang off-record atau kenyataan media)

secara tak langsung, aku mengakui bahawa "mata pena lebih tajam dari mata pedang" sememangnya benar dan akan kekal sampai bila-bila......


awas..jika disalahgunakan..... dunia ni boleh terbalik..... dan sebaik-baiknya, jika anda ada bakat menulis atau suka menulis, walaupun anda tengah marah.... janganlah diluah secara "membabi-buta" dan kurang bertapis.... silap haribulan.... mudarat untuk diri sendiri.....

Rabu, 16 Februari 2011

resipi coke terbongkar?? betul ke??

berita panas ni... punya la popular jenama minuman ni, siap resipi dia dia simpan dalam bilik kebal lagi... tapi tak sangka macam terbongkar je resipi tu...... sebelum korang baca lebih lanjut....ada baiknya korang klik kat link ni dulu....taknak la nanti korang cakap aku merapu macam nama blog  aku kan....

http://news.yahoo.com/s/yblog_thelookout/20110215/ts_yblog_thelookout/did-nprs-this-american-life-discover-cokes-secret-formula

korang dah baca.... kira penerangan lengkap la pasal asal usul coke tu.... rupanya minuman ni asalnya dicipta oleh seorang pharmacist untuk digunakan bagi mengurangkan ketagihan morfin askar-askar yang tercedera masa perang dulu.... ye lah... askar-askar ni diberi morfin untuk menahan kesakitan akibat kecederaan yang bukan calang-calang....

mula-mula, seram sejuk jugak bila baca resipi dia...ada bahan sensitif! hahahah kang nanti ada pulak yang share article nie keseluruh pelusuk alam... kan dah jadi habit orang kita, ada benda sensasi je nak share "membabi-buta" tanpa siasat menda tu fakta atau auta...apatah lagi kalau auta yang dikeluarkan tu dari mulut seseorang yang kononnya "berilmu".... (haha...mesti aku kena slam kaw-kaw nie.... kalau tak kena slam-dunk)

nah....ni apa yang diorang claim "resipi asal" yang diorang terjumpa kat "buku nota" pencipta minuman coke ni.... diorang cakap resipi asal coke ni dapat dari "kawan rapat" mamat yang buat resipi.... (huhu...nak caya ke tak? tu lantak korang)


So what's the secret to making Coke? Well, here's what was written in the notebook:

The recipe:

Fluid extract of Coca: 3 drams USP
Citric acid: 3 oz
Caffeine: 1 oz
Sugar: 30 (unclear quantity)
Water: 2.5 gal
Lime juice: 2 pints, 1 quart
Vanilla: 1 oz
Caramel: 1.5 oz or more for color
The secret 7X flavor (use 2 oz of flavor to 5 gals syrup):
Alcohol: 8 oz
Orange oil: 20 drops
Lemon oil: 30 drops
Nutmeg oil: 10 drops
Coriander: 5 drops
Neroli: 10 drops
Cinnamon: 10 drops

GULP...!! ALCOHOL? EKSTRAK DAUN COCA? ni dah kira DRUG ni....atau erti kata lain DESIGNER DRUG!....mesti korang terbeliak kan..... ALCOHOL? huh....sensitif...sensitif.... terus BAN coke dari "list"....

RELAX.....ape menggelabah macam kera kena lastik ni....relax la... kan pharmacist tu nak buat "sesuatu untuk mengurangkan kesan "ketagihan morfin"... mestilah buat draft dulu kan....dan kebetulan resipi dia ada banyak persamaan.....ye lah...nak "terai test"....tu lah..lain kali baca dan faham okeh....bukan baca sekerat-sekerat pastu buat kesimpulan....

tapi aku percaya...mesti ada pendakyah yang gatal tangan. copy resipi ni bulat-bulat pastu letak kat blog diorang siap highlight perkataan ekstrak daun coca dengan alcohol (silap-silap font pun dia besarkan) demi untuk menarik trafik kat blog diorang.... pastu claim resipi sebenar coke.... hahhahah...pastu kena saman baru nak gelabah macam beruk kena lastik....

kat sini aku bukanlah nak "menyokong" minuman jenama ni....sekadar nak share mana yang patut.... aku tau, bila resipi tu dirahsiakan...maka ramai lah yang nak "mengorek dan menggali" apekebenda yang ada dalam minuman tu... kan manusia ni penuh dengan perasaan "ingin tahu" walaupun tahu kadang-kadang perasaan tu boleh membunuh! (curiosity kills?) tu yang keluar macam-macam dakyah tu.. (bukan saja resipi coke, malah resipi-resipi rahsia lainnya) jadi, hati-hati dan tapis maklumat yang korang dapat...jangan terima bulat-bulat... nampak sangat orang yang terima bulat-bulat ni tak boleh berfikir...tataulah...samada fikiran mereka ni kosong macam nombor "0" ataupun sekadar tahap mulut melopong menyebut huruf "o" dengan panjangnya....

last but not least...guna otak dikepala untuk berfikir.jangan guna kepala lutut yang takde otak didalamnya.... hahahah

Ahad, 13 Februari 2011

monday blues

hari isnin...arghh...ramai yang rasa malas hari ni kan.... aku pulak, semalam dah bermalas-malasan tahap kucing siam...ekekekek membuta je kejenya.... tahla... plan nak beli barang dapur pun terbantut.... semangat dah jadik saiz bonsai....

hari ni, hari isnin.... 14 hb 2, ramai dok gatal nak sambut "hari kekasih"....isk isk isk..... JAKIM dah kata jangan tu jangan lah... tak sesuai, kalau yang lain nak sambut lantak diorang lah kan... kita yang islam ni takyah la nak sambut bagai nak rak.... salah sambut, kang ada yang ter"sambut" kehadiran orang baru dalam hidup lepas 9 bulan.... haaa... naya.... pastu mula la serabut nak letak mana.... penyudahnya, bulan sebelas nanti banyak la kes "budak" bersepah... adoyai....dah sedap.... budak ko buang-buang ye....

hari ahad pun, takdan aku nak jalan-jalan kat blog orang menanda kawasan....eh aku bukan harimau la nak tanda kawasan....hihiihi... jalan-jalan meninggalkan jejak.... hari ni baru berkesempatan ye... bagi sesapa yang follow blog aku ni... ucapan terima kasih sebab korang sudi nak follow blog aku ni...paling kurang pun sesapa yang sudi singgah, sila la tinggalkan jejak korang dlm shoutmix tu...senang aku nak jenguk balik....

hari ni.... jalan-jalan sikit kat blog orang...tgklah mana sempat aku cover, aku cover... mana tak sempat, ada 5 hari lagi aku nak terjah... jenguk-jenguk, singgah-singgah.... SELAMAT BEKERJA.... jangan leka blogwalking time keje nanti boss marah..eh...tak siap keje.... dah tak siap keje boss marah.... kang kurang lak bonus tahun ni.... hehehehheh

chalo beteh.....

Sabtu, 12 Februari 2011

mengurus 2 blog, letih ke?

2 blog, mungkin ramai kata gila...jangan tak percaya, yang ada 1 blog pun kadang-kadang takde idea nak tulis. yang ni aku tak nafikan. sebab aku pernah mengalami pengalan camtu. harap je blog bukak dah lama, tapi kalau barang disimpan dalam stor, aku rasa habuk yang melekat tu boleh buat semai benih kacang hijau....

kenapa aku ada 2 blog, pasal aku nak asingkan mana blog yang aku tumpukan untuk hobi dan koleksi dengan blog yang berbentuk pandangan peribadi. saja nak memperkemaskan konsep blog yang ada. bukanlah aku ni gile glamer atau "POYO"...hahahha....

letih? ermh...letih nak mempromosi blog la... biasa kalau blogwalking aku akan promot 1 url blog, tapi skarang, demi untuk membuatkan 2 blog ni jalan seiring.... maka blogwalking terpaksa diagihkan seadil-adilnya.... satu hari untuk satu blog.... dengan guna nama yang sama....

alhamdulillah, kedua-dua blog ni mula beriringan....purata trafik yang hampir sama untuk kedua-dua blog. dan... setelah sekian lama, iklan nuffnang mula menerjah untuk kedua-dua blog.... (blog ke dua berusia tak sampai 2 minggu (mula published 2/1/2011)

jemput-jemput lah singgah ke http://i-am-not-a-collector.blogspot.com
atau klik dalam kotak "satu lagi blog saya"

p/s: aku masih hijau dalam dunia blog ni.... masih baru lagi...masih mentah.....dan masih belajar....

Khamis, 10 Februari 2011

15 rahsia pelayan restoren

 terbaca kat yahoo, sebagai seorang bekas pelayan...memang aku tersenyum... ada benarnya dan secara peribadi, ada pernyataan tang tertentu tu akan dilakukan pada masa-masa "tertentu" sebagai "pembalasan dendam" secara halus tanpa "menggadaikan" karier....

Entry kali ni aku edit sikit sebanyak...takut korang boring pulak nak baca...hahahha

sumber: http://shine.yahoo.com/channel/life/15-secrets-your-waiter-will-never-tell-you-2447556/

What you should know on Valentine's Day
1. Make reservations early. Restaurants usually don't have an abundance of tables for two. We need to time to plan where to put everyone. You'll get a better table and we'll be prepared.

-reservation amat penting...lagi-lagi peak time, yang mana pelanggan mesti berebut-rebut...so kalau takde reservation, jangan la marah-marah... kalau dah penuh tu...paham-paham je lah ye... 

2. Don't propose. It's so cliché. But if you do, warn us first. We'll put you in the corner. Nothing's worse than a crying woman in the center of the restaurant. Trust me.

-aku tak pernah jumpa lagi orang dok buat proposal time valentine's day ni... tapi saranan kat atas tu cukup baik... orang lain datang nak makan bukan nak tengok drama korang tu... tapi kalau bg tau awal-awal, satu restaurant akan tepuk tangan kat korang... mesti lagi sweet kan... hahahah 

3. Since Valentine's Day is on a Monday this year, go out on Friday or Saturday. Most restaurants will also serve their special Valentine's Day menu on those days. Or go out for brunch! Then you can sleep the rest of the day.
 Waiters at Bernard's in Ridgefield, CT

-ni kalau korang taknak menghadapi situasi "kekecewaan" melampau yang akan menyebabkan sindrom "hilang akal sementara"...



What we lie about 4. We’re not allowed to tell our customers we don’t like a dish. So if you ask your server how something is and she says, “It’s one of our most popular dishes,” chances are she doesn’t like it.
 —Waitress at a well-known pizza chain

-aku suka...aku suka... dan paling aku suka buat (pengakuan ikhlas nie) come on la... selera masing-masing tak sama, kalau dulu aku tak suka kambing, then customer asyik tanya sedap tak dish kambing tu... aku pun cakaplah... "dish tu lah paling popular kat sini" hahahah padahal dish tu paling mahal pon ye...hambek ko...


5. If someone orders a frozen drink that’s annoying to make, I’ll say, “Oh, we’re out. Sorry!” when really I just don’t want to make it. But if you order water instead of another drink, suddenly we do have what you originally wanted because I don’t want to lose your drink on the bill.
—Waitress at a casual Mexican restaurant in Manhattan

-aku senyum lagi...dalam hati gelak gila-gila dah ni... alasan paling sesuai kalau korang datang dah dekat-dekat closing... maka jangan lah korang mintak yang bukan-bukan, baik minuman atau makanan. straight to the point aku cakap... baik tanya kat waiter tu "apa yang ada"... kalau nak, order... kan senang...

What you don’t want to know
6. When I was at one bakery restaurant, they used to make this really yummy peach cobbler in a big tray. A lot of times, servers don’t have time to eat. So we all kept a fork in our aprons, and as we cruised through the kitchen, we’d stick our fork in the cobbler and take a bite. We’d use the same fork each time.
—Kathy Kniss

-silap-silap garfu/sudu tu pun dah ada dalam poket apron dari semalam...tukar apron baru tapi guna sudu/garfu yang sama...hihihihi

7. If you make a big fuss about sending your soup back because it’s not hot enough, we like to take your spoon and run it under really hot water, so when you put the hot spoon in your mouth, you’re going to get the impression — often the very painful impression — that your soup is indeed hot.
—Chris

heheh...dah lama belajar dah, paling baik pun, sup masuk microwave sekadar mangkuk dia panas, pastu sudu tu yg bagi betul-betul panas...

8. We put sugar in our kids' meals so kids will like them more. Seriously. We even put extra sugar in the dough for the kids' pizzas.
-Waitress at a well-known pizza chain

-termasuklah dalam jus terutama jus oren...licin diorang minum...



What drives us crazy 9. Oh, you needed more water so badly, you had to snap or tap or whistle? I’ll be right back … in ten minutes.
—Charity Ohlund
  
-hehe...10 minit tu kira bertuah la... lagi-lagi kalau mintak plain water...silap-silap langsung tak dapat kalau buat camtu... snap? whistle? panggil hello2? hey...come on... tak pernah blajar tatasusila ke? korang agak biadap tak orang camtu?

10. The single greatest way to get your waiter to hate you? Ask for hot tea. For some reason, an industry that’s managed to streamline everything else hasn’t been able to streamline that. You've got to get a pot, boil the water, get the lemons, get the honey, bring a cup and spoon. It’s a lot of work for little reward.
-Christopher Fehlinger, maître d’ at a popular New York City restaurant

-yang ni ok lagi....mintak teh....paling annoying bila asyik-asyik mintak plain water, balik-balik plain water...biarpun harga 50 sen segelas (kira bayar gak tu walaupun air cuma air paip bertapis...kadang-kadang air paip "tulen" mwahahaha) pastu duduk berejam.....kurang revenue tau!


What we want you to know 11. Sometimes, if you’ve been especially nice to me, I’ll tell the bartender, “Give me a frozen margarita, and don’t put it in.” That totally gyps the company, but it helps me because you’ll give it back to me in tips, and the management won’t know the difference.
—Waitress at a casual Mexican restaurant in Manhattan

-kalau kat malaysia, takde tips...tapi kalau korang baik...korang tak banyak songeh... bukan kali tu, lain kali service mesti tip top...request mengarut pun silap-silap akan dilayan... lagi2 kalau korang menyenangkan tugas-tugas kitorang ni... tapi kalau disertakan dengan tips besar terus ke poket (bukan tinggal dalam folder atau tray) 5 star service for sure lah....seikhlas mungkin...hehehe

12. If you’re having a disagreement over dinner and all of a sudden other servers come by to refill your water or clear your plates, or you notice a server slowly refilling the salt and pepper shakers at the table next to yours, assume that we’re listening.
—Charity Ohlund

-yang ni aku tatau nak buat apa... lantak korang lah...heheh tapi kalau dok argue (especially couple) korang bayar cepat-cepat...bawak korang nye arguement tu kat luar restoren okeh!


How to be a good customer
13. Use your waiter’s name. When I say, “Hi, my name is JR, and I’ll be taking care of you,” it’s great when you say, “Hi, JR. How are you doing tonight?” Then, the next time you go in, ask for that waiter. He may not remember you, but if you requested him, he’s going to give you really special service.
—JR, waiter at a fine-dining restaurant and author of the blog servernotslave.wordpress.com

-owhh yeahhh...memang betul pun...jangan lupa tips spesel untuk diorang ni...laaagi diorang takkan lupa.... silap-silap satu restoren kenal kat korang... termasuklah manager pun nak berkenalan dengan korang tau...

14. Trust your waitress. Say something like “Hey, it’s our first time in. We want you to create an experience for us. Here’s our budget.” Your server will go crazy for you.
— Charity Ohlund

-ye betul....harap-harap budget tu cukup berbaloi dan kalau boleh nyatakan sekali dengan tips yg bakal diperolehi... surely u'll have a gigantic suprise!

What you need to know about tipping 15. If you walk out with the slip you wrote the tip on and leave behind the blank one, the server gets nothing. It happens all the time, especially with people who’ve had a few bottles of wine.
—Judi Santana

-kat malaysia ni, sistem tips tak meluas sangat... taklah ada tips minima 20% ke, kalau ada pun gov. tax ngan service charge (yang mana terlalu dimanipulasi) ada baiknya bagi tips kat waiter/waitress yang serve tu directly dalam poket baju/apron atau dalam tangan.... lagi-lagi kalau restoren tu korang jadi regular....(untuk yg non-muslin kalau ada order wine/liqour, better bayar dulu beserta tips nya sekali...baru lah korang dapat service terbaik.... walaupun korang minum sampai passed out! 

hihih...sekadar share ngan korang.... mana yang baik ambiklah....

Selasa, 1 Februari 2011

hadiah kecil atau hadiah besar mana yang lebih bernilai

hadiah...ramai yang suka hadiah.... aci kerat jari lah kalau ada yang tak suka hadiah.... sampaikan ada yang tahap paksa. tujuannya semata-mata nakkan hadiah....

tetiba aku terfikir, korang suka hadiah macammana? yang besar punya atau yang kecik-kecik aje.... yang pasti ramai akan menjawab.... yang bernilai besar.... dah lari dari soalan ya....nilai tak masuk lagi....tp akan dibincang kemudian atau tak dibincang langsung! ...ekekkek padan muka.....

ramai yang akan cakap... "HADIAH YANG BESSSAARRR PUNYA!" lagi besar lagi bagus.... sampaikan kadang tu bungkusan hadiah yang besar akan jadi tumpuan untuk dibuka dahulu.... ye lah kan.... excited tak ingat.... tergoda dengan sesuatu yang "BESAR"..... yang "kecil", nanti-nantilah....

betul kan?....korang pun mesti nak bukak hadiah yang besar dulu kan....hehehhe jgn tipu arrr.....
dan seringkali jika hadiah tu bersaiz kecil, 1st impression kita akan kata... "eleh....keciknya hadiah", tetapi....nilainya mungkin lebih besar dari hadiah bersaiz "mega"

sesungguhnya mata memang selalu menipu....kan...kan....

dan seharusnya tak kira apa saiz dan nilai hadiah tu...hadiah yang tak ternilai adalah "keikhlasan" si pemberi hadiah... walaupun hadiah yang diberikan hanyalah sekeping kad ucapan, tetapi nilai yang tak ternilai inilah yang selalu dilupakan.....

p/s: hadiah tu hadiah jugak....tapi jangan anggap rasuah tu sebagai hadiah plak....tak kiralah seikhlas mana si pemberi rasuah tu.....

cerita cerita koleksi, open for business

salam... pagi tadi tgh setting, petang nie dah publish....hahahha gile kentang dok snap gambar dalam bilik kebal yang tak kebal tu..... dengan ini secara rasminya....

blog i am not a collector 

dibuka untuk lawatan....jemput2 datang...jemput2 masuk.....