Iklan Berbayar

Rabu, 23 Februari 2011

anda mangsa jenayah dan anda bertindak balas hingga penjenayah mati, patut atau tidak

kelmarin dalam berita tv : seorang peragut cedera parah dan rakannya terbunuh selepas mangsa mengejarnya dengan kereta dan bertembung dengan motorsikal yang dinaiki peragut tersebut menyebabkan keduanya melambung dan terhumban ke dalam longkang....

semalam, berita sama terpampang dalam surat khabar.....

semalam juga, perkara sama dibincangkan dalam satu segmen di radio BFM (business FM) pasal menda ni...

persoalannya : patut atau tidak kita ambil tindakan sendiri?

baca pasal peragut bila dah kena belasah baru nak mintak tolong suruh panggil polis bila dah tak tahan kena pukul.SINI... alahai...baru nak ingat polis...baru tau undang-undang....baru nak ingat tuhan.... baru nak "Allahuakbar" bagai?

pada aku menda ni subjektif...nak ikutkan, aku pun tak mau bagi komen patut ke tidak sebab aku bukan hakim dan aku juga bukan pengamal undang-undang dan juga aku bukan tuhan....

siapa aku nak jatuhkan hukuman...........

brightside aku berkata: tak patut...sebab tindakan sendiri bukan hak kita apatah lagi menyebabkan kematian manusia... banyak contoh tindakan pasif yang memberi kesan cukup positif.


darkside aku pulak berkata: memang patut pun....langgar je sampai mati.kurang sorang dah penjenayah... patutnya mangsa tadi henyak sekali yang lagi sorang....biar dua-dua mati... lagipun penjenayah ni bukan kisah pun kalau mangsa mati....sekelumit perasaan kesian takde dalam diri diorang.. DIORANG TAK PERNAH MENYESAL! jadi...buat apa menyesal....bagi mati je...bla...bla...bla....endless list....

dah macam hikayat 1001 malam kalau nak diikutkan senarai tu.... memanglah...aku pun geram dengan penjenayah macam ni...lagi-lagi ragut.... dahla menyusahkan orang...andai kata kita dapat ambil tindakan sedikit dan dia terlepas.berdendam pula....iskkk...susah pulak tu nak dakwa kalau diorang terlepas.... tu yang kadang rasanya "ending their life much more easier than wasting sumber negara untuk perbicaraan dan kos mereka dalam penjara".... dan kita tau tindakan diorang bia "buat keje" kan.... (tengah tahan marah)

hmmm mesti orang-orang human right movement "melalak" marah kat aku ni.... (marah lagi bertambah bila dengar pergerakan ni...alasan, peribadi)

huh...jangan korang kata aku ni menggalakkan "keganasan" dalam hidup pulak....aku pun manusia.... ada hati dan perasaan.... tapi kalau orang camtu, ada lagi ke perasaan dalam diri diorang? ada lagikah kemanusiaan dalam diri diorang? sesungguhnya aku nak hidup dalam dunia yang aman!!

second chance? peluang kedua? ya.. aku percaya dengan menda ni.... setiap orang berhak untuk dapat peluang ke dua... dan setiap orang ada membuat kesilapan dan berhak untuk menyesal atas kesilapan diorang.... sedangkan tuhan boleh menerima taubat seseorang selagi nyawa belum sampai ke kerongkong.... inikan pula kita sebagai manusia yang banyak kelemahan..... layakkah kita menghukum seseorang?

aduhhh my brightside dah berceramah balik dah....hahahhahha serabut.serabut....perang antara akal dan perasaan, pemikiran dan emosi.... cam diluah mati mak, ditelan mati bapak..tak diluah atau ditelan... MATI KATAK!....

pendapat korang?.....hmmm takde pendapat...? kalau camtu...bg yang masih bekerja....teruskan kerja...jangan difikir sangat sampai menjejaskan "pendapatan" korang lak ye.....sesama kita jaga keamanan negara kita dan hormat-menghormati satu sama lain....

1 ulasan:

Gen Fujita berkata...

Rage won't solves problems. It may works for certain individuals, but it may not works for others. Walaupun kita paham perasaan dan tindakan oleh mangsa ragut tersebut, namun hakikatnya, kejadian macam ni cuma akan bagi penangan buat peragut berkenaan (padan muka dia), tapi tetap takkan jadi pengajaran untuk peragut atau bakal peragut lain. Orang kalau dah nak buat jahat, dia bukan kisah ada orang nak langgar dia ke tak.