Iklan Berbayar

Jumaat, 24 Disember 2010

to save more or to save for more spending?

salam....

macam pelik je kan tajuk entry ni....bukan apa, ada sorang kawan aku foward ayat camni

"Possibility of increase fuel price + interest rate for automotive. Emm.. The more you increase, the higher necessities price, the higher inflation rate la. So, should we save more?"

aku tertarik kat perkataan yang aku bold to.... kalau tanya pada aku yang dah terjun ke bidang "perancangan kewangan" samada untuk "generate" dan "protect" kewangan dan harta benda,  aku cukup setuju! tak kira lah harga barang tu naik atau turun, kita tetap kena berjimat... tak caya? tanya aku.hahahha

berbalik kepada tajuk, apa yang aku perhatikan, ramai antara kita banyak "berjimat" untuk lebih berbelanja.
tak kira lah samada ketika harga barang murah atau harga barang naik, kita tetap tak dapat nak berjimat dan menyimpan... percaya tak?

pasti ramai yang tak percaya kan.....

persoalannya, kenapa bila barang naik baru kita nak berjimat? kenapa tak berjimat ketika barang masih murah atau kita masih boleh mendapatkan barangan dengan harga murah? kemana hilangnya penjimatan kita ketika harga barang masih murah? dan kenapa kita tak tanya diri kita kenapa perlu berjimat ketika barang dah naik?

pada aku ramai yang tak sedar, bila barang keperluan murah, kita boleh "belanja lebih" untuk barang yang kita tak perlu atau erti kata lain, kita bazirkan kepada barang kehendak dan bukan barang keperlaun. henpon baru la...make up kereta la, pelancongan mewah la, bercuti tanpa bajet lah....shopping lah dan bila kita terpaksa mengurangkan perbelanjaan kehendak tadi, kita akan sakit hati dan mula memberontak dan baru berkira-kira nak berjimat sedangkan tindakan tu dah macam "terhantuk baru terngadah" mana datangnya berjimat kalau camtu saudara....

tu belum lagi kira yang ada kredit kad....fuh.... seram tgk statistik mereka-mereka yang muda-muda dah  bangkrap.....

aku tau, ramai yang tak setuju dengan entry aku kali ni.... ramai yang akan beri seribu satu pendapat (alasan) untuk menidakkan kata-kata dalam entry ni.... terpulang kepada pendapat masing-masing, ukur kemampuan di akaun sendiri.... tepuk dada tanya poket..... jangan sampai hutang makin membukit...

nak jadikan duit membukit.... pertolongan ada dimana-mana... (senyum)

2 ulasan:

ya_iera berkata...

sempat promote tuh..hukhuk

Unknown berkata...

keh keh keh keh....sempat....