Iklan Berbayar

Jumaat, 31 Disember 2010

entry pertama 2011 mulakan dengan keceriaan

Kita mulakan Tahun baru kita dengan keceriaan.... jom layan video ni....

AWAS: menontotn video ini akan menyebabkan kekejangan rahang dan kesakitan perut ringan, sesuai untuk mereka-mereka yang tengah serabut pasal resolusi tahun lepas tak tercapai.....


selamat bergembira!!!!.....

p/s :tahun ni ada resolusi ke? tp kalau tak capai...carikla video pengubat duka...

selamat tahun baru

ermhhh takde ucapan lain time2 ni....

HAPPY NEW YEAR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

HAPPY NEW YEAR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


HAPPY NEW YEAR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


HAPPY NEW YEAR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


FAREWELL 2010 welcome 2011....usia pun baru oi!
 
2011....satu misteri yg belum terungkai......

Jumaat, 24 Disember 2010

to save more or to save for more spending?

salam....

macam pelik je kan tajuk entry ni....bukan apa, ada sorang kawan aku foward ayat camni

"Possibility of increase fuel price + interest rate for automotive. Emm.. The more you increase, the higher necessities price, the higher inflation rate la. So, should we save more?"

aku tertarik kat perkataan yang aku bold to.... kalau tanya pada aku yang dah terjun ke bidang "perancangan kewangan" samada untuk "generate" dan "protect" kewangan dan harta benda,  aku cukup setuju! tak kira lah harga barang tu naik atau turun, kita tetap kena berjimat... tak caya? tanya aku.hahahha

berbalik kepada tajuk, apa yang aku perhatikan, ramai antara kita banyak "berjimat" untuk lebih berbelanja.
tak kira lah samada ketika harga barang murah atau harga barang naik, kita tetap tak dapat nak berjimat dan menyimpan... percaya tak?

pasti ramai yang tak percaya kan.....

persoalannya, kenapa bila barang naik baru kita nak berjimat? kenapa tak berjimat ketika barang masih murah atau kita masih boleh mendapatkan barangan dengan harga murah? kemana hilangnya penjimatan kita ketika harga barang masih murah? dan kenapa kita tak tanya diri kita kenapa perlu berjimat ketika barang dah naik?

pada aku ramai yang tak sedar, bila barang keperluan murah, kita boleh "belanja lebih" untuk barang yang kita tak perlu atau erti kata lain, kita bazirkan kepada barang kehendak dan bukan barang keperlaun. henpon baru la...make up kereta la, pelancongan mewah la, bercuti tanpa bajet lah....shopping lah dan bila kita terpaksa mengurangkan perbelanjaan kehendak tadi, kita akan sakit hati dan mula memberontak dan baru berkira-kira nak berjimat sedangkan tindakan tu dah macam "terhantuk baru terngadah" mana datangnya berjimat kalau camtu saudara....

tu belum lagi kira yang ada kredit kad....fuh.... seram tgk statistik mereka-mereka yang muda-muda dah  bangkrap.....

aku tau, ramai yang tak setuju dengan entry aku kali ni.... ramai yang akan beri seribu satu pendapat (alasan) untuk menidakkan kata-kata dalam entry ni.... terpulang kepada pendapat masing-masing, ukur kemampuan di akaun sendiri.... tepuk dada tanya poket..... jangan sampai hutang makin membukit...

nak jadikan duit membukit.... pertolongan ada dimana-mana... (senyum)

Isnin, 20 Disember 2010

mulut jahat hati baik dan mulut manis hati busuk

Amaran:sekadar pendapat yang terlalu peribadi, tidak melibatkan sesapa yang hidup atau mati, sekadar renungan...
terasa?, tepuk dada tanya akal.....

pernah tak korang....terdengar ungkapan-ungkapan macam ni....

"si polan tu mulut je manis, tapi hati dia, busuk macam bangkai"

atau........

"korang jangan ambik hati, sipolan tu mulut je jahat, tapi hati dia baik"

mesti biasa dengar kan....aku pun dah biasa gak dengar.....

tapi,...ada tapinya....pada aku....dua-dua ni aku tak suka....pasalnya, dua golongan nie jenis tak pandai jaga hati orang...dua-dua ni tetap akan menyebabkan "kesakitan" hati kepada mereka yang terlibat secara langsung.....

aku tau ramai tak setuju....mana taknya.... diorang tu belum tentu jahat....dan yang pasti simulut manis dan berhati busuk tu akan duduk di "ranking" tertinggi dalam "darjah kejahatan" kan....semestinyalah.... aku tak nafikan, hampir 100 peratus akan katakan si mulut manis berhati busuk adalah orang yang jahat....betul tak? tak perlu perdebatan....

aku pasti dengan mudahnya dapat undi majoriti....hahahha

golongan kedua, si mulut jahat tapi hati baik....aku rasa ramai yang ber"pro-kontra" golongan ni.... aku tau, selama ni kita sering disogokkan dengan istilah ni. aku sendiri setuju, si mulut jahat berhati baik ni masih ada yang boleh menerimanya.... almaklumla..."ranking" kejahatannya jauh lebih rendah dari si mulut manis berhati busuk tadi.... aku sendiri tak menafikan yang aku boleh terima golongan ke 2 ni...cuma.... apa yag sama, mulut diorang ni, boleh menyebabkan kesakitan hati yang kronik tau.... dan aku rasa sia-sia bila nak bertekak atau bercanggah pendapat apatah lagi mendengarkan ceritanya dikala diri individu tu dikuit dengan rasa marah atau rasa tak puas hati.... perkataan pasti ikut sedap mulut je....

korang agak dan rasa, apa keputusannya?....
 rasa sakit hati kepada mereka yang terlibat.....betul tak??

mari kita renungkan....dan kenapa aku tetap tak suka golongan mulut jahat hati baik ni. pada aku, golongan ni masih boleh dianggap jahat kerana tindak tanduk diorang ni masih boleh menyebabkan sakitnya hati orang lain. dan ingatlah, bila seseorang tu dah sakit hati, dikhuatiri tindakan yang jauh lebih buruk akan berlaku. aku masih ingat pepatah.....

"KERANA PULUT SANTAN BINASA, KERANA MULUT BADAN BINASA"

implikasi pepatah ni cukup besar pada aku. kalau yang binasa tu badan si mulut jahat, aku cuma cakap "padan muka", tetapi, jika badan yang binasa tu melibatkan orang lain, aku susah nak menerimanya.... dah tentu, badan si mulut jahat akan terima tindakan dari individu yang sakit hati dengan "kejahatan mulut" si mulut jahat tadi, tetapi...badan individu yang mengambil tindakan pun boleh binasa akibat tindakannya "membinasakan" badan si mulut jahat....

tak ke naik ranking "kejahatannya".....tak caya, cuba google.... "akibat mulut jahat" dan senaraikan akibatnya.....

tak tersenarai kan...BANYAAAKKKKKK sangat.....

pada pendapat aku....cukup-cukuplah, tak perlu dijaja lagi istilah mulut jahat hati baik tu lagi....anggaplah jika kita nak jadi baik, pastikan hati dan pertuturan kita baik. latihlah ia, jagailah ia....jangan sampai kita menyakitkan hati orang lain..... janganlah kita menjadi terlalu individualistik dengan menyatakan kata-kata yang kita hamburkan tu disebabkan kita ada hati dan perasaan. tak terfikir ke, orang yang korang hamburkan ayat tu juga ada hati dan perasaan?

jaga hati, jaga pertuturan, InsyaAllah, semakin kurang kita menyakitkan hati orang lain, semakin sedikit kita melukakan perasaan orang lain, semakin kita akan disayangi.... 

Sesi imbasan tahun 2010

dah beberapa hari aku tak menaip.... otak macam buntu....

hujung tahun dah ni...
ramai yang dah mula merangka apa yang nak dibuat tahun hadapan......
perancangan demi perancangan....tak kurang azam demi azam....

apa azam korang? dah rangka azam korang?
azam aku.....aku tak buat azam macam kebiasaan kut.... bukan apa, dan bukan tak bercita-cita, dan jauh sekali aku takda target yang kau nak buat.... kalau nak kata list aku nak buat....banyak sesangat.... sampai malas aku nak berazam....hahahah

ada baiknya aku imbas sikit masa 2010 nie..... lagipun aku tengah takde idea nak tulis apa-apa isu.....

tahun ni, selain tempat kerja baru dengan bidang baru (baru 2 tahun,kira baru pada aku) opis baru, rakan sekerja baru, kerja part time baru (unit trust consultant) dan macam-macam lagi la buatkan aku agak sibuk dan agak berwarna warni hidup aku sepanjang 2010 ni. dengan 2 set komputer yang baru rosak, rakan-rakan facebook yang baru, ermmm banyak lagi kalau nak senarai benda-benda baru nie.... tahun baru yang akan datang....biarlah terus jadi misteri untuk lebih banyak benda baru....hahahhah....


kad ni pun sesuatu yang baru untuk aku, satu kad yang mana aku boleh menjadi seorang "perunding kewangan" dalam bidang "saham amanah". mungkin ramai yang tak tau, dan ramai keliru, apa dia unit trust tu.... aku penah tulis entri ni dulu. ramai yang dah join, ramai yang taknak join dan ramai yang tatau pun apa kelebihan unit trust tu.... aku tak kisah....yang penting, kalau korang nak tau lebih lanjut, korang leh la kontek aku......aku sedia sharing knowledge untuk perancangan kewangan korang....



yang ni pulak, bisnes kad aku....aku design sendri tau....hahhah.... hinshhh hinshhh, aku tau, kuasa sekeping kad ni, bkan apa, kekadang sekeping kad boleh jadi sebagai "ice breaking" untuk aku buat modal berborak dengan orang.... best lak kekadang....lagi-lagi kalau korang kat mana-mana majlis....

baru tak baru, majlis kawen abang aku... yg ni buat kat umah parent aku.... ak pernah cover majlis abang aku ni dalam entri lepas, korang boleh korek sendiri la ye.... majlis aku? insyaAllah kalau ada nanti aku war-warkan...... hahahhah

ermhhh kalau nak ikutkan banyak lagi gambar-gambar majlis kat kampung tu sepanjang 2010 ni...tapi sayang 1000 kali sayang, semua dalam hard disk komputer aku yang dah rentung tu....ape nak dikata.....


yang ni buka pose boss belanja merangkap kitorangnya annual dinner, kecik-kecik je majlis. almaklumla kompeni pon kecik, so takde la grand sangat.... kira okey la kan.... janji tiap tahun ada......

jumpa kengkawan 1 skolah...dah berbelas tahun tak jumpa, ada yang masih bujang, ada yang dah berkeluarga, kalau nak ikutkan memang la tak cukup 5 jam jumpa diorang nie...ada je cerita nak dibualkan, dari zaman sekolah menengah (sek. Men. Teknik Melaka, 94/95) sampai lah sekarang.... dah 15 tahun tak jumpa tu.....



yang ni kelab beskal tua kat kampung, tak sangka, masih ada lagi mereka-mereka yang masih berminat dengan basikal klasik macam ni.....aku leh lak terjumpa ngan diorang....ape lagi, terus snap gambar diorang ah.....

edisi terjah, gi pantai klanang, aku tak cover isu ni sebelum ni...bukan ape, selongkar punya selongkar, baru la aku jumpa koleksi gabo ni dalam facebook....hahahha adamasa nanti aku tulis.. pic kabur skit pasal aku guna henpon L7 usang aku.....

ermhhh oklah ni....saja nak buat tambah entri....mengimbas balik apa yang ada sepanjang tahun 2010, tak sampai 10 hari lagi tahun baru..... dan apa yang baru, kita tunggu...yang pasti, angka usia pun baru... alamak.... umur dah naik ke version 3.3 la.... isk isk isk....selamat tinggal version 3.2, semoga version 3.3 ni menjanjikan sinar baru untuk aku.... InsyaAllah.....

Rabu, 15 Disember 2010

duit oh duit, kenapa orang gila duit

Ramai yang bermimpi, ramai yang mengimpikan, alangkah seronoknya kalau banyak duit. apa yang dihajat mesti dapat....

yang mengharap dan berharap duit turun dari langit pun ada... takyah nak susah-susah lagi.....kerja atau apa-apa.....

yang masih kecik pun dah tau pasal duit, sampaikan masa hari raya pun duitlah yamg berlegar dalam pemikiran diorang.....

bermacam cara orang cuba memburu raja kertas ni.... dari yang konvensional sampailah ke kaedah hi-tech, semuanya kerana kertas yang bernama "DUIT"


kerana duit jugalah, sifat malu dan takutkan tuhan diletak tepi, baik cara sah atau tidak, dah tak dipedulikan, pemerasan dan rasuah pun boleh masuk senarai asalkan hasilnya adalah "DUIT"


biarpun akhirnya sepasang gelang besi dan sebuah "banglo" berjeriji beserta pakej makan percuma selama beberapa tahun menjadi "HADIAH" teristimewa.....

semua itu tidak menghalang mereka untuk mencapai cita-cita....

tamak dan haloba yang menggelapkan mata..... hingga hilang sifat kemanusiaan segala...........

Andai kata raja kertas ni tiada, boleh "SERABUT" dibuatnya.....

 kerana dia ramai yang tergila-gila, dan kerana dia jugalah ramai yang menjadi gila......hahahha


p/s- gila tu gila jugak, jom buat gila kita kasi duit tu beranak, kita ternak cukup-cukup.... amacam.... ada berani.....????

Isnin, 13 Disember 2010

si miskin berpencen lebih RM10k!

mesti ramai yang cakap, pencen apa sampai RM10k? mustahil, menipu kuat penulis ni, mana ada pencen sampai 10k,

aku penah tulis topik ni dulu...sekadar mengimbas kembali selepas aku teringat seorang "otai' kat kampung yang aku jumpa masa rewang kenduri kahwin abang aku, sampai waktu dia bersara, dia betul-betul bersara....dan jangan terkejut, walaupun jawatan otai tu bukanlah bertaraf eksekutif, dia mampu bersara dengan "pendapatan" seorang eksekutif setiap bulan!

sanggupkah kita miskin sampai tua?
aku cuba korek rahsianya, tak sangka, apa yang dia ceritakan hampir sama dengan apa yang pernah aku tulis... start small, but harvest big.... bermula dengan sedikit, lama-lama akan merasa hasilnya. hanya dia saja yang tahu jumlahnya, yang nyata, dia hanya tersenyum dan hanya berkata "ko dah nampak dan ko dah tahu" sambil dia mengembangkan kelima-lima jarinya, hanya itu saja yang dia bagitau bila aku cuba tanya secara kasar "hasil tuaiannya" sekarang....

tapi, aku rasa ramai yang baca sekadar membaca, dan aku rasa masih ramai yang tak percaya "kuasa perancangan kewangan". dan apa yang paling pasti, sebut je perancangan kewangan, hampir 100 peratus akan sebut 'tak berminat', dan topik perancangan kewangan adalah topik yang akan berada di senarai terakhir diantara yang terakhir. betul tak?.....

macam apa yang aku pernah bagitau, aku pernah berada dalam situasi di mana aku rasakan perbelanjaan kehendak lebih diutamakan dari perbelanjaan keperluan. pantang ada duit, penyaluran duit akan pergi ke arah yang akhirnya aku tak nampak apa hasilnya, semua sia-sia. jiwa muda la katakan. enjoy all the way... simpanan, haram sesen pon takda... kalau ada simpan pun, pantang mencecah 4 angka, pasti ada saja perancangan untuk menghabiskannya.....pastu bila ada kengkawan atau orang dari bank telefon pasal pelaburan dan perancangan kewangan, mentah-mentah aku tolak dengan ayat permati paling mujarab...

"SAYA TAK BERMINAT, LAIN KALI SAJALAH"

mesti korang pon camtu gak kan.....takde? korang nie....memang macam aku dulu-dulu....hahahhah

-----------itu dulu, dan aku taknak ianya berterusan hingga kini dan selamanya----------

alangkah bahagianya jika kita senang akhirnya
cerita otai tu memang menambahkan keyakinan aku. jadi, langkah yang aku ambil sebenarnya adalah langkah yang tepat untuk membawa aku ke arah sesuatu yang mustahil walaupun ianya tidaklah mustahil.... walaupun korang seorang pekerja yang di tahap "jawatan sokongan" korang masih berpeluang untuk menikmati "gaji seorang eksekutif" dengan perancangan yang betul dan tidak membuta tuli. kalau korang rajin, korang boleh la selongkar penulisan aku sebelum ni, dibawah tajuk "100 jadi sejuta", dan korang akan nampak bayangan kebenaran walaupun korang hanya bergaji tak sampai RM1500, sampai satu tahap, korang boleh berhenti kerja dan menikmati "gaji eksekutif" 5 angka.... apa yang penting, "KESABARAN" dalam mencapai cita-cita korang tu.......ketika tu mungkin korang akan sedar yang selama ini kenapa "si kaya bertambah kaya"

harus diingat, jauhi "SKIM CEPAT KAYA!"

kalau nak diikutkan, banyak lagi yang aku nak kongsi sebenarnya.... tapi aku takut entri kali ni boleh menyebabkan kemengantukan serius kepada korang yang membaca....... apepun, aku akan keep on sharing apa yang patut....dan aku cukup-cukup seronok kalau ada yang berminat nak tau macam mana nak dapat "gaji eksekutif" atau "pencen dengan gaji eksekutif" tu....lagi-lagi korang yang masih muda belia dan tercari-cari dan tertanya-tanya macamna nak menambahkan "kegemukkan" poket korang tu....

jadi, macamana? korang berminat tak nak tau?

alahai....rasa-rasa macam tau je jawapannya....macam jawapan kat atas tu je....HAHAHAHAHHA

harap-harap tak lah kan.....harapnya, korang jadi bijak dalam menentukan masa depan korang....

dan kalau korang bijak, korang boleh la tinggalkan email korang kat ruang komen..... nanti boleh lanjutkan perbincangan secara terperinci dan pastu baru korang buat keputusan.....

pssst...psstt....makin lama barang makin naik harga....kalau duk harap apa yang ada sekarang....boleh migrain dibuatnya....

Ahad, 12 Disember 2010

susulan kejayaan, tips elektrik percuma

beberapa hari aku menyepi, tiba-tiba timbul idea aku nak menulis balik. jari jemari dah mula gatal. mungkin ada yang prihatin tentang isu alam sekitar. mungkin ada yang tidak. isu jejak karbon. mungkin ada yang mengatakan aku nak "berbangga" atau mem'bongkak'kan diri sebab aku berjaya untuk tidak membayar bil elektrik untuk bulan ini....yang pasti, pasal aku tak bayar bil elektrik tu, hanyalah kes sebesar hama yang tak perlu aku banggakan....ada isu yang lebih besar lagi...


dengan kegagalan perlaksanaan  konvensyen alam sekitar di kyoto, aku mula terdetik.... kenapa tidak aku jadi salah seorang penyumbang untuk "ibu alam sekitar" kita ni. walaupun hanya sebesar hama, aku tahu si "ibu" akan berterima kasih kerana ia semakin sakit dan ada yang sudi menjaganya.... lepas aku belek-belek bil sebelum aku simpan untuk menjadi rekod dalam fail "utiliti", aku tertanya-tanya, berapa jumlah jejak karbon yang aku kurangkan, bukan untuk berbangga, sekadar ingin tahu....

hasil dari google, setiap kilowatt/jam tenaga yang di jimatkan, maka kita akan mengurangkan lebih kurang 1.3 lbs(pound) karbon dioksida CO2 (lebih kurang 543g), sikit je kan.... ape la sangat 543g tu....

tu baru 1KW/j, cuba bayangkan, jika kita jimatkan 1KW/j sehari, kita dah mengurangkan 16.3kg CO2 sebulan di udara.... bagaimana jika kita teruskan hingga setahun? 195.7kg CO2.... satu jumlah yang banyak....

diandaikan aku mampu hidup sehingga umur 72 tahun, secara tak langsung aku dapat mengurangkan 7828kg CO2!

hampir 8 tan karbon dalam masa 40 tahun akan datang...

dan jika aku kumpul penjimatan dari segi monetery....  RM3168.00

tu baru seorang, dengan rakyat malaysia yang berjumlah 24 juta, korang kira lah sendiri berapa banyak karbon yang korang boleh dikurangkan....

gambar hiasan
andaikata, jika karbon yang dijimatkan itu dilepaskan, dimampatkan dan dijadikan serbuk lalu ditaburkan di udara KL, maka bertukarlah "wajah-wajah" gebu, wajah-wajah hensem dan wajah-wajah yang bersalut make up menjadi periuk belanga selepas kenduri.... hihihihih....

camna nak jimatkan 1KW tu, korang boleh la google, terlalu banyak tips-tips yang diorang bagi sampaikan korang sendiri pun pening dan malas nak amalkan kan...hahahhhah

tips aku, mungkin korang dah muak dan malas nak ikut...pasal korang dah terlalu "selalu" dengar tips-tips ni.... tapi tips paling mudah dan paling senang....

"CABUT PLAG DARI SOKET KUASA JIKA TIDAK MENGGUNAKAN ALATAN ELEKTRIK TERSEBUT"
tips paling senang...senang kan....

tu lah tips paling senang untuk korang....senang kan....lepas korang dah boleh buat tips ni...baru lah korang buat tips-tips yang lain jadikan amalam....tapi kalau tips ni pun korang takleh ikut... jangan la mengharap bil korang berkurangan... sedia je lah bajet nak bayar bil tu.... ehehhehe

lagi-lagi rumah yang dok berselirat dengan pengecas gajet-gajet terkini dan moden....

Jumaat, 10 Disember 2010

tarif elektrik nak naik ummm nak kisah ke tak nak

dari semalam sampai la hari ni, dok kecoh pasal elektrik nak naik, pastu tak jadi nak naik, pastu.... tah naik tah tak.... ermmmm tiba-tiba hari ni dapat bil elektrik.... jeng jeng JENG!!!!!!

memang selama ni aku cuba nak kurangkan penggunaan elektrik, walaupun kekadang lap top pon aku tak tutup bila mana mata aku tertutup.... tapi langkah-langkah penjimatan aku dah mulakan, dari gunakan alat-alat cekap tenaga sampailah menghadkan penggunaan elektrik untuk barang yang tak perlu.... dan hasilnya, buat pertama kalinya, aku dapat capai sasaran "elektrik percuma".... meh tengok bil yang baru aku dapat.....

klik untuk tumbesaran
tu dia....bukti bil terbaru.... capai jugak hajat nak guna "elektrik percuma" hahahahhahh

uiks....seposen je...emmm rasa tunggak pun takpe kan.... keh keh keh....jimat RM20.....

Khamis, 9 Disember 2010

sesungguhnya aku marah dan kecewa

bangsa lain bersuara secara terang-terangan biarpun mengguris hati bangsa melayu.... menyatakan "hak" namanya,

TETAPI, bila orang melayu cuba menegakkan hak bangsanya sendiri di dalam persidangan dan konvensyen yang terdiri dari orangnya sendiri, itu rasis namanya dan boleh diambil tindakan...

bab ni aku cukup marah, bertambah marah jika ada orang melayu sendiri me'rasis'kan bangsanya sendiri...

sesapa yang menganggap kenyataan aku ni rasis, sila buat pasport, keluar dari malaysia dan sila  bakar pasport anda bila sampai destinasi...

bagi yang melayu, sila buat permohonan gugurkan status bumiputera anda....sesungguhnya anda tidak layak....

di mana toleransi kaum selama ni?.... hormat menghormati sebenarnya dah cukup....

di mana "raja"nya rakyat dalam memilih pemimpin? kalau ramai yang jadi "kaduk naik junjung" diperkudakan ahli politik?

kaduk naik junjung...kaduk naik junjung.....kaduk naik junjung.... hahahahha

korang fikir-fikirlah demi survival korang dlm menempuh hari-hari mendatang...

fikir dengan tenang, jangan fikir dengan emosi....tepuk dada tanya akal, jgn satu hari menyesal sampai hilang akal...kah kah kah kah


p/s :Namewee kontroversi dah lancarkan album....korang takmo beli ke? wahahahahha sure korang tak "paham bahasa"...... album dia kan....

Isnin, 6 Disember 2010

hilang jiwa terima kasih

Tak tau camne nak mulakan entri kali ni...semak, serabut, point pon berterabur...bkan apa, takut-takut peti surat dan peti e mail aku penuh dengan pelbagai caci maki dan surat layang yang tak tau dari mana datangnya.... dan paling aku risau, ada despatch hantar surat "serahan tangan" yang mungkin akan menjadikan aku tajuk utama akbar dan berita TV, aduhh....wala pun perit, walaupun berat....terpaksa jua aku luahkan.....

TERIMA KASIH, THANK YOU, syukran....  perkataan yang mungkin perkataan pertama yang diajar oleh ibu bapa kita bila kita bersosial... terutama bila kita menerima pemberian dari seseorang, semakin meningkat dewasa, kita semakin faham apa itu "terima kasih".... tapi, jangan terkejut, jika secara tidak sedar, sebenarnya kita semakin menafikan "jiwa" terima kasih tu....

ada diantara kita, biarlah sebesar mana pemberian, sebaik mana sumbangan, tetapi jika sumbangan dan pemberian tu tidak memuaskan hatinya, hilang terus 'jiwa' terima kasih tu.... kes-kes sebegini banyak dapat kita lihat dipersekitaran kita, rajinkan diri membaca, memerhati dan meng"google", pasti kita akan berjumpa dengan golongan-golongan ni.... siapakah mereka, jangan ditanya siapa yang tersenarai di hati aku.... kerana ianya akan disangkal dengan pemikiran yang dangkal....

persoalannya, adakah 'jiwa' terima kasih semakin terhakis dan menghapus? apakah ini trend masakini? atau ianya pengaruh "orang-orang besar"? tepuk dada tanya akal.... jangan ditanya selera, nanti hilang akal....hhahaha...

apa yang pasti, bersyukur kepada Tuhan dan berterima kasih sesama manusia dengan keikhlasan adalah salah satu ketenangan yang boleh dirasai oleh setiap orang....

Jumaat, 3 Disember 2010

majlis kawen chek amat dengan akak ekin bhgn 2

salam...uhuk...uhuk...

demam tak kebah-kebah lagi....petang ni barulah larat nak gerakkan otak berfikir....dah pening-pening lalat 2 - 3 hari ni.... atas permintaan...kena lah bersiaran...nanti viewer marah langsung batalkan langganan...sapa rugi....(cheh, cakap macam tokey stesen tv berbayar...!)

sambungan siri lepas....korang enjoy la ye.... uhuk...uhuk.... BOSS....nak sambung mc...... (muka sedih)


wajah-wajah otai...nampak cam penat....cam ngelat pon iye....hahaha
 ni la wajah wajah mereka yang sudi "bertungkus-lumus" membantu acara rewang kat majlis tu...tanpa diorang takdelah makanan yang byk terhidang kat depan tu...

gabungan otai dan belia
 syukur...masih ada belia-belia yang sudi membantu asalkan dijemput....maka dioranglah yang akan jadi tukang masak yang penuh dedikasi...

pemudi terdiri dari makcik-makcik dan sepupu sepapat juga jiran-jiran yang tolong merewang
 semangat yang makin luntur jika di kawasan bandar, apepun, lagi meriah kalau camni dan syukur famili parent aku cukup besar dan ramai.....

makanan....makanan...
 inilah hasilnya....pelbagai juadah tersedia, nak makan cedok aje, malu-malu, makan sikit le... diet lari? alah...sekali sekala....paling banyak seminggu sekali je.... tengok je? jangan menyesal ye!

sesi makan-makan... yang ni khemah reserve, penuh jugak
 penuh tetamu yang datang... sampaikan khemah reserve pun penuh.... ni kalau kena handle sensorang mau demam aku jadi sebulan...

pengantin...uih...so... coklat... pengapit...ermmmm
 kepak...kepak....kepung.... mendung dah berarak pergi, pengantin pula mula berarak....tudia...dah sampai dah pengantin, lepas terbantut akibat hujan lebat...akhirnya... sampai jugak....

rombongan pengantin pompuan uihhh cantiknye....cantiknya sungguh....bunga telur....
 ketibaan rombongan dari keluarga sebelah pompuan...hehehe...... ape lagi...cari angle, carik yang menarik....kita snap sama dia...

lagi rombongan dari sebelah pomuan....ramai woooo pasal keluarga dia pon besar jugak

dah jadi adat, kena sanding kat halaman rumah dulu baru boleh masuk.... jadi tetamu semua boleh la tengok

silat pengantin....wat sambut pasangan, nasib baik sorang dah kene kitnap jadi pengapit...kalo tak ber"sparing" diorang bersilat....hahahha

tu dia....ketua kompang...tepuk bang....tepuk....bersemangat sungguh.....
 

 makan biadap eh eh..adoiiii salah ckp la....dah kene piat tinga....abeh la beso sebelah tinga aku cam nabil....hahahha melawak je.... makan beradap.... time ni aku tak jadi bidan terjun....aku tunggu tepi je.... layan kepala gila kengkawan abang aku kat meja sebelah.....


 sesi potong kek... cekelat dalam ada pisang...tah apekenamanye tah...hahhaha sedap gak... aku sempat cuit sikit je kali ni...yang lain, sepantas kilat hilang dari pandangan.... hahah tak kisahlah, yang penting ikan jenahak 2 ekor tu aku join "kenduri" dengan kengkawan dia dan sepupu aku....yum yum yum.... pinggang aku naik 2 inchi hari tu..hahahah


 2 orang sepupu aku dok kontrol kiut....penyambut tetamu merangkap pengedar gula-gula untuk budak-budak, tapi mak budak ngan bapak budak pon menge"pau" sama gegula tu..... hahahahhaha

tetam yang tak putus-putus

bakal pelajar contoh dan pelajar cemerlang 2011, hari isnin ada paper untu SPM agaknya....
Fuhhhhh abeh jugak siri kedua dan terakhir aku....boleh la aku rehat jap.... (kalau la aku boleh rehat kan...hahah) pasni, cerita ape....aku pon tatau.... yang nyatanya masa aku dok taip ni.jangan korang tanya kat mana pengantin  sekarang....hishhh korang nie.... tak patut sungguh.... hahahha

aku...ermhhh rasa cam dah miang nak settle down.... bajet cukup aku teruskan je.... sapelah yang bertuah dapat aku yang "malang" ni ye....hahahhaha ape pun.... rumah aku kat kamung tu...tinggal 1 je majlis besar....majlis aku je kut...hik hik hik.... insyaAllah....

bila dan siapa? ishhh....korang ni sibuk la....nak buat gossip la tu...hahahaha jangan bergosip...nanti aku popular korang jeles la plak.... dah dah...aku nak tutup bab kawen2 ni....hik hik hik....

lastword: kalau korang nak sgt aku kawen, meh la sponsor....kecik tapak tangan, tongkang pasir aku tadahkan....MUAHAHHAHAHAHAH.......
















Selasa, 30 November 2010

majlis kawen chek amat ngan akak ekin siri 1

Maaf, lambat plak nak bersiaran kali ni... almaklumla...habis je majlis, terus balik ofis sambung tugas yang tak habis-habis... tak sangka...dalam letih amat sangat mengakibatkan kesihatan terus terganggu, deman... mungkin kene ujan agaknya... baru hari ni badan rasa ok skit... ishhh jangan kata aku terkenan pengantin plak ye.... sekeh karang... takpelah... mungkin nak dijadikan kenangan terindah atau mungkin nak dijadikan satu petanda yang aku ni...dah sampai masa nak kawen...hahaha gatai tak leh blah sungguh!!!

dah jadi adat kat kampung aku, kalau kenduri ,mesti 2 hari 1 malam, mula dari hari sabtu tengah hari sampailah petang ahad, rewang (rasa-rasa ramai dah tau apekemenda ni ye) mula paling lewat dari hari jumaat lagi, persiapan tu.... menu? fuh... sarapan hari sabtu lain, makan tengah hari lain, makan malam lain.... gitu gak masa hari ahad.... nah.... kalau korang join kenduri orang jawa ni...memang mewah dengan makanan.. memang larik la diet korang.... perut tak sempat kempis.... hahahah

Aku memang tak sempat ambik gambo masa hari sabtu... sibuk, sampaikan gambar-gambar yang aku ambik semua tak menjadi... kabur macam orang kena parkinson ambil gambar...hahahha setelah dipilih, di padam dan diambil gambar, ni lah suasana malam pertama(sabtu malam ahad), tetamu memang dah ramai.... semenjak petang sabtu lagi....




                                                                           saudara jauh dekat, jiran sekampung semua datang memeriahkan majlis kali ni...almaklumla...keluarga belah abah memang besar, yang tak boleh aku nak ingat, sepupu nenek belah abah pun sempat meluangkan masa untuk datang...yang dari sungai besar, yang dari banting, dan dari ceruk rantau mana lagi tah semuanya datang...sampaikan, aku rasa cam bongok je tak kenal sedara mara...ape leh buat, jumpa pon paling kuat setahun sekali masa raya, jadi time ni lah nak bukak balik "buku salahsilah keluarga"
dan ape yang pengting, hidangan masa majlis... punya la banyak.... hahaha tengok je lah, penuh satu meja ko.... mana tak lari diet...sampaikan aku pun dah lupa apa ke nama hidangan- hidangan tu semua...isy..aku pun tak hengat ape ke nama  nye, dari daging kicap, sup ayam, ulam-ulaman dan memacam lagi la...aku lak dok sibuk melayan rewang sesambil layan tetamu terutama atuk-atuk sedara yang jauh.... hilang ingatan dah aku kat diorang semua....hahhah boleh gitu.... no wonder kalau kebiasaan kenduri kat kampung aku sampai 2 hari 1 malam, nak bagi peluang jemputan berkesempatan untuk datang... biasalah....ada kala kenduri kita tu 'clash' dengan kenduri orang lain... jadi jemputan leh "arrange" masa nak hadirkan diri...tak gitu...... taklah diorang terkejar sana, terkejar sini nak hadir kenduri-kenduri yang pastinya berlambak-lambak...lagi-lagi cuti sekolah....kan kan..... tetamu hadir tak berhenti-henti dari siang tadi ni tau...biasalah, jemputan untuk sekeluarga.... dah ala-ala reunion untuk famili dan kengkawan.. insyaAllah tiba masa aku, aku pun akan buat reunion untuk kengkawan jugak!



 peluang nak tunjukkan bakat......sekadar isi masa terluang... fotografer ni pon tak lepaskan peluang menunjukkan bakat terpendam ....siap gelek-gelek lagi...takleh tahan betol.... nasib baik tak rekod video akibat memori kamera yang kecik dan ak bawak laptop balik...huhhu sayang tol....kalau tak aku share ngan korang.....



makcik dan sepupu sepapat yang merewang sama.... tak menang tangan dok prepare hidangan...terima kasih lah sebab sudi membantu....jangan lpa pack lauk pauk yang banyak tu sebelum balik ya..... time ni masih sibuk nak prepare rempah ratus untuk hidangan esok.... time ni pun dah ramai yang balik sebenarnya, tinggalah saudara an jiran yang rapat.... tukang masak dah balik pun.....






ahai...tamat sudah siri pertama majlis kawen abang aku ni...yang kekonon nak buat LIVE tapi keadaan memang tak mengizinkan langsung....sampai demam ko....arghhhh tidakkkk....terbayang kalau la majlis aku then demam...iskkk terbantut projek...ahahhaha apapun... tunggu siri ke 2 nanti ya....banyak lagi gambar-gambar yang boleh aku share.... sekadar gambar je kut.... banyak dah aku cerita kat sini.... letih-penat dah jadi mainan...tapi demam....uwaaaa.... takleh tahan....

bersambung ke siri dua....

kepala dah penin oiiii.....demam....demam....