Iklan Berbayar

Ahad, 11 Mac 2012

tambang teksi dari kuchai lama ke TBS RM3, biar betul..

lama tak menarikan jari, ampun maaf untuk semua pengunjung. mood hilang skit lepas dari majlis tu hari. nak tulis pasal majlis tu pun belum ada mood lagi pasal...gambar masih belum ada kesempatan nak di-upload. semangat tu belum sampai lagi gamaknya...

oklah, pagi 11/3/2012, aku nak hantar cik puan gi TBS-BTS, cik puan nak balik kampung sekejap pasal nak hantar buah tangan yang diborong masa bercuti di pulau mutiara tempoh hari. pasal cuti ni pun belum ada kesempatan nak tulis...hehhe teruk kan.... dipendekkan cerita, aku pun tahan lah teksi. lagipun TBS-BTS tu bukanlah jauh sangat kalau naik teksi, dalam sepuluh minit je kalau jalan tak jem.....

punyalah peramah pemandu teksi tu, sedari aku melangkah masuk je, terserlah keramahannya. seronok pulak rasa bila masih ada lagi pemandu teksi yang berdedikasi macam tu. nak aje aku cadangkan nama dia kat kementerian pelancongan untuk program pemandu teksi duta pelancongan. dalam ramah tu, aku perasan, pemandu teksi ni tak tekan meter la.... ape lagi, "telinga kiri" dok dengar bisikan-bisikan yang kurang menyenangkan. asyik tengiang bisikan "abihla....ko kena sembelih pagi ni". tapi aku cuba abaikan.... alang-alang pemandu teksi ni ramah, aku layankan aje...seronok berbual dengan abg teksi ni....

jauh di sudut hati, ada rungutan tak puas hati pasal meter jugak... biasalah, manusia....

tak lama lepas tu, sampai TBS, baru abang tu perasan yg dia tak tekan meter, tanpa ada reaksi terkejut dan dengan muka selamba, dia pun sebutlah tambang....

"3 ringgit je dik"

terasa awan nano...eh... awan kelabu menyelubungi kotak fikiran aku.... satu persoalan "besar" menerjah dalam lubuk hati yang dari tadi dok merungut...

"HAA....biar betul?".....

"bagi abang 3 ringgit je dik, abang lupa tekan meter tadi" sambung abang tu. macam boleh baca fikiran aku yang kelabu tadi.....

aku tau tambang teksi yang sebenar jauh lebih Mahal dari tu... biarpun tak jem sekalipun, RM3 tuh terlalu murah.

terharu...... dan aku hulurlah anggaran tambang yang sepatutnya....

memang aku sanjung keperibadian abang teksi tu, jujur dan berdedikasi... tak macam selalu yang kita dengar dan mungkin yang pernah kita alami. pengalaman hari ini memang akan dikenang....

semoga bertambah rezeki mereka yang mencari rezeki dengan jujur, amin....

2 ulasan:

Uncle Jonni berkata...

hmmmm...... ada lg abg teksi camtu eh?....
selalunya bukan sbb lupa... tp sengaja buat2 lupa....
huhuhuhu

nitestalker berkata...

alhamdulillah ada lagi uncle, masih boleh jumpa abg-abg teksi yang macam serius dan ikhlas dengan apa yang dilakukan, tapi sayang, lupa nak tanya atau catit nO teksi abg tu...