cuti sekolah baru je bermula. mesti ramai yang pergi bercuti kan. almaklumlah, awal-awal tahun ni, ramai yang begitu "mewah" dengan cuti dan juga "bekalan" poket yang begitu tebal.
dan persoalan paling besar, berapa besar "lubang poket" yang dihasilkan?
ye lah, mana yang pergi bercuti dengan keluarga, dah tentu belanja yang dikeluarkan agak besar. tak dinafikan. tapi tak apalah, masa untuk keluarga lebih bernilai dari wang ringgit kan
okeylah, takyah bebel panjang, kang merapu plak tulisan aku ni. dah lama sebenarnya aku nak kongsi tips tips menjimatkan
1. melancong bukan waktu 'peak season'
ramai antara kita suka pergi melancong ketika orang lain pun cuti sama. secara teori, memanglah meriah dengan adanya ramai orang. the more the merrier kan... hakikatnya, dengan penambahan permintaan, harga penginapan, kadangkala harga makanan pun memecut tinggi ke awan.... hehehhe tu sebab aku lebih suka melancong di hari biasa. lagi-lagi diwaktu belum ada anak nI...kan. tapi, kalau dah ada anak terutama yang dah bersekolah, maka kenalah buat planning lain.
2. kurangkan bintang hotel penginapan
hotel yang selesa, dah tentu jadi pilihan. tetapi perlukah bilik hotel yang lengkap dengan kemewahan dan lain-lain? jadi, adalah baik rancang aktiviti percutian tu samada hendak bercuti di luar hotel atau satu percutian yang asyik terperuk dalam bilik macam pengantin baru? pilihan di tangan anda
3.tempah penginapan dalam talian
banyak untungnya jika menempah bilik dalam talian. antaranya adalah diskaun yang diberikan. tak caya, cuba google mana-mana website yang menawarkan tempahan bilik secara online. mungkin ramai yang tak mengetahui perkhidmatan ni.... majoriti akan ada diskaun. tapi berhati_hati, pilihlah website yang benar-benar boleh dipercayai. jangan lupa juga periksa harga bilik yang hendak ditempah dengan hotel untuk dapatkan update harga sebenar.
4. rancang lokasi lebih awal
elakkan ad-hoc vacation melainkan korang dah biasa dan bersedia. seeloknya rancang lokasi lebih awal, buat kajian awal lokasi tersebut. kaji tentang perkhidmatan, kemudahan, pengangkutan dan kos. especially tempat yang belum pernah dikunjungi. sekurag-kurangnya ada persediaan untuk risiko yang bakal dihadapi.
5.tempah penerbangan seawal mungkin
yang ini mungkin ramai dah tahu. tempahan awal untuk penerbangan sebenarnya betul-betul menjimatkan. ada kalanya sehingga 100 peratus!. untuk pemilihan penyedia atau syarikat penerbangan, pilihlah syarikat penerbangan tambang murah. asal selesa dah la kan. lagipun penerbangan dalam negara bukannya memakan masa berjam-jam.
6. guna kenderaan awam
bercuti adalah masa untuk kita merehatkan minda dan fizikal. kenapa perlu memandu sendiri untuk pergi ke destinasi yang jauh yang tentunya memenatkan fizikal dan mental? gunakanlah kenderaan awam, tak perlu memandu, dan yag paling menarik tentulah boleh berehat dalam perjalanan. kan itu lebih baik dari terpaksa berehat selepas tiba di destinasi. rugi masa dan tenaga. seeloknya memandu biarlah terhad apabila sudah tiba dilokasi.
7.coupon diskaun
akhir-akhir ini jika korang perasan, banyak iklan-iklan diskaun bersepah-sepah di website-website dan blog yang korang kunjungi kan, mungkin korang rasa annoy dengan iklan-iklan ni. fikir 2 kali sebelum korang mengabaikan iklan tersebut. ada kalanya iklan iklan ini memberi peluang korang untuk menikmati makanan di restoren dan cafe yang harganya boleh membakar poket korang ditahap maksima. ataupun korang boleh dapatkan bilik-bilik hotel yang lebih baik dengan harga hotel bajet. kan lebih bermakna percutian korang tu. diskaun sehingga 70 peratus atau lebih mungkin korang akan dapat. dah jimat kan.
8. ringan dan ringkas, go backpack-ing
korang bercuti nak rehatkan minda, nak meneroka dan melihat negeri orang, apa perlunya membawa bagasi seperti hendak berpindah atau bermigrasi? cukuplah sekadar membawa sebuah backpack dan pakaian untuk beberapa hari. tak perlulah pakaian yang seakan mahu ke parti. keep it simple and light... seperti mana yang biasa kita tengok pelancong-pelancong dari barat. walau apepun, dengan sebuah beg dah tentu memberI lebih banyak ruang untuk korang bawak "lebih banyak beg" apabila balik nanti kan.... apetah lagi bila korang ni seorang kaki shopping dan pergi ke destinasi shopping heaven!
jadi, ape lagi, jomlah pergi bercuti... rehatkan minda, tenangkan fikiran. tak kisahlah cuti-cuti malaysia atau antarabangsa....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan