salam bahagian 3, bila dah pergi melancong ni, dah tentu satu benda yang akan bermain difikiran adalah pengangkutan. betul tak?. dan bagi mereka yang dah biasa memandu, sudah tentu bila ke mana-mana mesti nak bawak kereta sendiri. tapi, bagi aku yang sukakan adventure, dan nasib baik cik puan pun suka adventure, kitorang ambik keputusan nak gunakan pengangkutan awam. mungkin leceh bagi sesetengah orang. dan jgn terperanjat kalau ada yang fobia nak naik pengangkutan awam ni....
tapi, di pulau pinang, nak ke destinasi pelancongan utama di pulau ni rasanya aku boleh tinggalkan kereta dan hanya perlu ambil penerbangan dari mana-mana lokasi di malaysia ni. kerana apa, rapidpenang dah sediakan khidmat pengangkutan yang effisien untuk penggunanya. apa yang penting perancangan masa yang betul.
|
benda pertama yang perlu, peta dan jadual perjalanan |
|
panduan dan jadual tambang |
|
nombor bas dan destinasi |
|
penerangan yang lebih lengkap |
|
lagi panduan dan jadual tambang |
|
peta perjalanan bas |
|
kalau pening naik ni je |
|
pusat bandaraya dan hub perjalanan bas ke serata pulau |
tak kira korang masuk samada dari lapangan terbang atau jeti atau dari seberang perai sekalipun, semuanya berhubungan dan korang boleh pergi ke kawasan-kawasan pelancongan yang utama dengan mudah. dan ada satu lagi, bas yang bertanda MPPP, bas ni akan melalui sekitar georgetown dari pagi sampai malam dengan percuma!. jadi, ape lagi, masih nak drive ke penag lagi ke? naik la bas, jangan disesakkan pulau yang tak berapa kecik tu.... maklumat lanjut, google rapid penang atau gi je kaunter pertanyaan rapidpenang kat komtar tu mintak pocket guide perjalanan bas macam kat gambar pertama tu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan