Iklan Berbayar

Khamis, 16 Februari 2012

persiapan hari resepsi, dah mula dari semalam

salam...

agak bizi semenjak dua menjak ni, akibat kehilangan talian internet kat kampung. streamyx wireless router kena sambar petir da.. dan tgh tunggu puan wife balik bawak modem. akak ada beli satu wireless router tapi takde function dsl, jadi, talian internet masih tertangguh. nasib baik ada jumpoa broadband akak dalam beg laptop untuk kegunaan rumah. ermhh asal dapat internet dan asal dapat updet dah la...
 
hujung minggu ni, majlis resepsi akan diadakan. macam aku pernah cerita dulu, majlis kat kampung aku ni dari preparation sampai ke penamat majlis mau 2 hari satu malam. tapi aku ternyata silap.
semenjak dari hari rabu lagi makcik dan sepupu aku mula datang membantu. dari persediaan barang-barang, sampailah ke goodie bag pun diorang tolong. syukur... terima kasih sangat-sangat. sekurang-kurangnya semangat gotong royong dalam keluarga aku masih kuat diamalkan.

waktu aku taip ni pun ada dah yang datang, ingatkan tadi takde sapa datang pasal dah tanya kat mak, takde sapa datang petang ni, ingatkan nak bersantai relax-relax. ermhhh ada jugak. terpaksalah aku turun gak ni.

eh...lupa plak, menu pun diorang dah plankan. ermh... dari pagi sabtu sampailah ke petang hari ahad, tapi ape menunya, jeng jeng jeng.... nnt aku updet. malam karang ke.... hahahhaah

eh...diorang dah panggil (saja bagi alasan ni...wekkkk!) nak gerak dulu... jumpa entri akan datang... hahahha (padahal dah malas nak taip lagi keh keh keh)

Tiada ulasan: