Iklan Berbayar

Sabtu, 11 Februari 2012

skill yang perlu ada pada seseorang yang mahu menceburi bidang perkhidmatan pelanggan

mungkin ramai yang mengatakan aku tertinggal keretapi, mungkin juga ada yang berkata aku ni tak sensitif dengan isu semasa... ni semua ayam punya pasal lah kan...

ramai yang dok bertekak, terutamanya netizen. adoyai, macam-macam pendapat dilontarkan. ada kalanya boleh membakar api yang begitu sensitif di malaysia ni. api perkauman. tapi aku tak berminat langsung nak melontarkan pendapat dari ape yang berlaku, apa yang sedang berlaku atau yang akan berlaku terutama isu "ayam kentucky" ni...  tapi aku lebih berminat kepada customer service atau khidmat pelanggan.

apa yang berlaku tak mengejutkan. dan aku dah jangkakan satu hari akan berlaku dan telahpun berlaku. aku hanya tergelak bila membaca komen2 netizen baik di blog dan facebook. aku pernah tulis pasal ni dulu, klik kat tajuk ni "restoren, makan luar dan tapak kasut" korang bacalah apa akibatnya kalau pelanggan kerek sangat


***********

CUSTOMER ALWAYS RIGHT.... satu azimat yang cukup kuat yang tiada bandingnya. setiap pelanggan akan menggunakan tagline ni. tak kiralah dari segi apa situasi pun. pada dasarnya, aku pun setuju dengan tagline tu. dan orang yang mencipta tagline tu pun orang-orang yang menyediakan perkhidmatan.

satu bidang yang cukup mencabar. aku yang berpengalaman hampir 1 dekad dalam bidang ni tak menafikan, inilah bidang yang paling mencabar dan diri seseorang tu memang akan dicabar ke tahap paling maksima. ramai yang kecundang, ramai yang gagal, dan ramai yang memecat diri sendiri (meletak jawatan) akibat tidak tahan tekanan dan tak kurang juga dipecat.

oleh itu, kepada mereka-mereka yang teringin nak keje dalam bidang perkhidmatan pelanggan, ini ada beberapa nasihat untuk korang fikirkan dan WAJIB ada dalam diri korang.

1. hati yang keras dan tidak ada perasaan (hati batu) - tanpa perasaan takut dan emosi yang mengganggu, pendek kata, tak mudah menangis atau tersentap hati walau berbakul makian dihamburkan.

2. kulit tebal, kebal dan keras - kalis malu dan tak mudah blushing. pelanggan akan maki dan memekak tanpa mengira keadaan. ramai orang ke, tgh penat ke, dah nak mati kena sakit jantung ke. diorang takkan pedulik punya.

3. muka yang manis - bukan sweet menggedik-gedik, senyuman yang paling manis perlu dilontarkan. tak kiralah yang memaki tu muka macam singa atau bawak singa sekalipun... pastikan muka tenang dan senyuman sentiasa terukir.

4. tak mudah panik - tenang dan tak menggelabah

5. hipokrit - yang ni mungkin paling panas, hipokrit tu penting dalam servis orang ni, orang marah, kita senyum, orang maki kita cakap lemah lembut. orang memekak kita mendengar, kita faham dan kita cuba selesaikan... lepas selesai, pegi belakang kedai, korang makilah... korang hentamlah balik... korang lepaskanlah marah korang kat objek-objek yang bukan benda hidup.

sedikit panduan lah untuk korang yang berminat dengan bidang khidmat pelanggan terutama dalam FnB, aku tau, bidang ni majoriti akan jadikan sebagai bidang separuh masa atau bidang "last resort". so, tak ramai yang tahu selok belok dan rasanya kerja khidmat pelanggan ni.


p/s: lupakan aje kalau korang takde ciri2 ni, nanti menyusahkan employer korang pulak

Tiada ulasan: