Iklan Berbayar

Khamis, 22 Mac 2012

30 peratus lelaki malaysia adalah homoseksual

mengejutkan bukan....

hmmm tak tau nak cakap ape... semakin moden semakin mundur moral kita kan...

itu yang lelaki... tiba-tiba timbul persoalan lain, bagaimana yang perempuan? berapa peratus?

tepuk dada tanya akal, jgn sampai satu hari nanti tepuk dahi macam orang hilang akal

andaikata youtube menghadapi internal server error

kelakar plak ayat pemberitahuan youtube internal server error ni... terjadi ketika aku dok leka melayari youtube...

hahahaha

500 Internal Server Error

Sorry, something went wrong.

A team of highly trained monkeys has been dispatched to deal with this situation.

If you see them, show them this information:


vk15ojqx9HVAgzSVW3Dn9dehx1l1XTa1yvBhR5MU3AVWxBPECZWApDCsfAZd
WKmR_QJvZe_A724L6uhL7ISk6c2WFS1C76_hNglGWdzVChfBcA1BKy4OSlxc
fq0ZsOrh5Ggu6aU79rlYgfbF4OjkESB1syh3Lzpvu6LVB2Fy-wp63_r9Z1ZP
VgEVVfP-J7P2AFXiwWml14-G8mCOtyjFpXiTxvBXv6DlcvgMuko_28JUedgW
eoTvAbc1J7MRox2ZIGpDukOttHbMejXTSCiWe2x4rHzN_4dD_zu8BE4lE5J1
iBoP7HLIoUwofztcpL2vkZTIge_bpXDwyFSiBpH8GPDtI_0_BTuhv6BnHh8u
6tObE4V1nhHbSun2XcFC0yAfa2oj9O6AVmJJWssw03HXSQ3mdOrVnjDj7cEy
XaMq8vmlqbyPjmhbjQtMfgnknKXOBQiSo9Vj4Uhv6lCu9f--34CfU9FY5nCL
MWpLPY1lxK2s9QjSpDIF61TVdJOrGHKSRUaSyMm5FE7__soF5tZPZUzkSYkQ
QrLjRcjTcX3lGMHDR-J4WDEzlBiORznZYg2GY71KjhLfXcUV2C2Muse33mdq
4BS-NA0MzfB0r1NtWyK2b9UxFg-1YXBH252zluwITpsPrbvM_0n7e_r-NIf0
xPUt3ZM-vayKg3OlGRzyZ0W-rxttN79rcxbZiETx1NJTVwbcZvOGle3lXiqy
gG-pFjnqFni5K19cmh9nIzAZqYVrns3h8T7h7HU_82Q_tFPmuVca-tvgxJIx
EWHU2dUXxtmpLS5iWR4WGKSXWgq93G3oj0cVGkSH0l9GoIprCuHZZY5yN2Q3
5XiU5sEEtCAr1-8V11idCI7o2qyDUqz_6FmpIzoeg2WLf-g10XHKEIX4iE9J
-8X_I3wdHJwYb8Vz2jqitSVCDoONPh14yLB7uAOgBBudiMzZf3oT3RLf6fFi
U0WQfr7SsY29Bz02n7oXkghk8WL5yrGHaAPoEtLWrjTY7Fx78kgp4loWMDL1
DLua9XfT3BWjcAmwhqEeKEJz1reHrX7MyEXB7tyCgiLQJh_MNODODtFyiWHl
OTHyJrLy2RYARBXvK0oAcI73TvsIn43yoOedMBLHLoGnGrXVbSUkeOOu0rjc
HrphNRxw-LHWt7GZPLwJAFJSU7yhs-8XZ3YtyUrLWckuHGP99D0jvPqiNu3J
Ek4SwWVQgG5sCj7KHLJDbny5yLK41QwHqaLYLbmg_BIX4NwIopFCtDSmVJSW
w5IogMudQa_wZq0uy-beXznUXMS2-JoERR3m8n3mG_lzETv1VhAJy7KvsMqV
vdIrboyTKI7S32hLHtW8LS1ZNdpRsyubYs6gjTF7c7cgKSMmWQPUJ_bS1q0m
Eo55ClaLhA3K7RqOpdTYETGArWgo4OutBmg8WQz2Z6NsXbKGgnp58DUbfJhb
aAWlEiT1-_oIFa1YJFod027RYIleUviYH9m4xPAPH446WhmpyfbZ7HOBMDBB
CG_IeRCSLftORAGn6UkEpBPqgp47cdtHvFYyxh8h2zZ5Y_Ixb74lQ8T7zQBh
qLGvLYAIjHwPIwibtgfI955rMZ670qejQABNMnO5LbVZ2lB7Dz-JFKNPte9o
-xhlCujrtcdYI1giw2EEo7d_nCmktD0pbm-gvs7Y9dMvB9kgHiJ-DkfDQdGs
wPR2kIg69ICwXcA5H4uEuW3xeHkrMGPkf0rQL9X2Eq9tIdSAz2D5nxZixrrj
Bh_nCVeaY56zcQh8CszBTI8ynRgJONmEj-urMFRg20Z6N3h2HQ3WoJePhqot
tSx5KgsROs9XmB4dvj3pGCnQgmfKbuMCWW56-fF0XWJa1Do2WWTbkIabufi6
8t1W4BSGuG7FMSgHfGlehdXvNgoGklRnY_6AZo5gsHAakdaQPSJMwumyn4Xq
vekUlcv3FlMGBRnh38mKwCTDO20l5uIoN4FEp7f33U5Wr_vxpfeowr5G-vWw
oNxTgQqZXfBpGB0eW8_110i8LFSEV8z9EGIUe9S_w65CEwStmuT8tEbbph9i
DUV_wnGnmeOF1ljBiQTurJCOa3sUQRLhGfRZ4cJBExYUS0ZOq2rmlr4jCB4N
EVy9JF5oO_gCSoWrzK3NZPdPwu1PNDi9H0s5fV6mWM9M1a1XpFNuzNA9DX1L
dNqP0lgfwb5OPZUgqt4lnl2Rjuzb5UrKNcn95MNtxQFOsbblCSYdxsgn4tKl
Rbk3x_Ol-8KhfuFXobxTgy0xjPWUweslHgvHsF8J69CK7M9RNjKPXVzz_kzD
lTeTHIbyNgjMOHJMP_xVy6l0JB-0ONxMbJ8AkK9qgQvzEklxeS5N4aoRtn9-
deoRb5K-ATZZglP-4WhJODv2am-ya-z-7l9o0-R5QlGYk6dUbUI_IGwf7ofF
P-VliUEuqU-kcImco6Igod2E93vXS_U2Vyl7DxkBYiGz153PLOeN2FhpuQYC
mbc24c-ctYCzu-NCFJbwdHetGArxBlZm2ku5NAz-H2PIqUMVRpbgV-G8pA==

discovery penang part 4, where to eat, nasi kandar line clear

famous nasi kandar kat sini....rasa pun sedap wooo..... ramai yang blog pasal kedai celah bangunan ni. terletak kat jalan penang. nasib baik masa gi tu taklah ramai... tapi... tak lama lepas tu, sekelip mata je penuh... memang betul lah...tempat yang wajib singgah bila ada kat georgetown

nasi kandar line clear

menu yang aku ambik, ayam madu ngan udang dan kuah campur

orang mula ramai

wall paper nostalgia restoren line clear

galeri gambar
amri and the gang kucing comel kat restoren tu tak kaco orang punya

sejuta rakyat malaysia tonton sejuta jam video di youtube

youtube, satu media yang memberi peluang untuk mereka-mereka yang kreatif untuk menyiarkankan video mereka. tak kiralah dari segi apa ke-kreatifan mereka asalkan tidak mengganggu kehidupan orang lain.
klik gambar kalau nak ke siaran tuan punya blog

dengar dari siaran radio, youtube memaklumkan, setiap hari, sejuta rakyat malaysia meluangkan masa secara purata sejam untuk menonton video dari youtube. kenyataan dibuat ketika melancarkan youtube malaysia.

 hmmm dah macam satu ledakan dan tarikan tersendiri dunia youtube ni.

nampak gayanya, kepada mereka yang kreatif, ini adalah peluang mereka untuk menonjolkan bakat dan hasil seni. mana tau ada rezeki... maka akan dipinang oleh konglomerat media... kan dah melangkah ke tahap yang lebih tinggi tu

alaa....macam beberapa orang artis yang tengah hot.... dari mana asalnya... youtube jugak kan...

ada sesapa yang nampak potensi? kalau korang kreatif,tentu banyak potensi yang korang boleh buat kan.... sebagai contoh, korang boleh buat saluran penyiaran korang sendiri.... ikut suka korang, ikut gaya korang... janji... kreatif... hehhe...

p/s: cerita pasal youtube ni, jom singgah saluran youtube tuan punya blog... adalah beberapa video yang tak seberapa disiarkan.... http://www.youtube.com/user/taugeh1978?gl=MY&feature=mhee

Selasa, 20 Mac 2012

discovery penang part 3, going places, take rapid penang bus

salam bahagian 3, bila dah pergi melancong ni, dah tentu satu benda yang akan bermain difikiran adalah pengangkutan. betul tak?. dan bagi mereka yang dah biasa memandu, sudah tentu bila ke mana-mana mesti nak bawak kereta sendiri. tapi, bagi aku yang sukakan adventure, dan nasib baik cik puan pun suka adventure, kitorang ambik keputusan nak gunakan pengangkutan awam. mungkin leceh bagi sesetengah orang. dan jgn terperanjat kalau ada yang fobia nak naik pengangkutan awam ni....

tapi, di pulau pinang, nak ke destinasi pelancongan utama di pulau ni rasanya aku boleh tinggalkan kereta dan hanya perlu ambil penerbangan dari mana-mana lokasi di malaysia ni. kerana apa, rapidpenang dah sediakan khidmat pengangkutan yang effisien untuk penggunanya. apa yang penting perancangan masa yang betul.

benda pertama yang perlu, peta dan jadual perjalanan

panduan dan jadual tambang

nombor bas dan destinasi

penerangan yang lebih lengkap

lagi panduan dan jadual tambang

peta perjalanan bas

kalau pening naik ni je

pusat bandaraya dan hub perjalanan bas ke serata pulau

tak kira korang masuk samada dari lapangan terbang atau jeti atau dari seberang perai sekalipun, semuanya berhubungan dan korang boleh pergi ke kawasan-kawasan pelancongan yang utama dengan mudah. dan ada satu lagi, bas yang bertanda MPPP, bas ni akan melalui sekitar georgetown dari pagi sampai malam dengan percuma!. jadi, ape lagi, masih nak drive ke penag lagi ke? naik la bas, jangan disesakkan pulau yang tak berapa kecik tu.... maklumat lanjut, google rapid penang atau gi je kaunter pertanyaan rapidpenang kat komtar tu mintak pocket guide perjalanan bas macam kat gambar pertama tu...

Angkasapuri Will Become Mediacity of Malaysia

New facelift for bukit putra, an historical place for broadcasting and media. currently a place where RTM broadcasting their programme will change to a modern city and center of media also creative media by 2020

Bukit Putra to turn into Media City in 2020

source: the sun daily

KUALA LUMPUR: Bukit Putra at Angkasapuri here is to be known as Media City in 2020 following a redevelopment that is expected to incur an initial cost of RM860 million.

The redevelopment of the 27 hectares through a government-private sector collaboration is to be under two phases covering physical structures and latest broadcasting equipment and to be funded along with Media City Development Sdn Bhd.
The signing of the agreement on the project between the government and Media City Development took place at the Information, Communications and Culture Ministry, witnessed by Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim and Deputy Minister Datuk Maglin Dennis D'Cruz.

p/s: still remember the open day where i am roaming all over the Angkasapuri but hardly remember how the place look like, i am too young by that time....the word that i remember, IPPTAR - INSTITUT PENYIARAN DAN PENERANGAN TUN ABDUL RAZAK...heheh

Nestlé Malaysia 100 Years Celebration Video Clip - bringing me back to few decade memory

sweet, everyday story... this video make me smile... teringat beberapa clip tu seakan mengimbau kembali memori zaman muda2 dulu...ahakss...

discovery penang part 2, jom jadi robin hood, one indoor archery at komtar walk

salam bahagian dua, dah gi melancong tak syokla kalau asik terperuk kat dalam bilik hotel je kan... walaupun aku baru kawen, duk dalam hotel boleh tersiksa batin dibuatnya... huh, otak jangan kuning..... gambaran kaler biru jangan keluar.... sekeh nanti.... jom ikut aku jadi robin hood, au share gambar je dahla...malas la na taip pepanjang... untuk maklumat lanjut, sila google ye....

arena ni baru dibuka, dalam dua bulan

arena memanah, sempoi je tempat dia

menu minuman, kalau haus boleh order

kalau lapar masa memanah pun boleh order makanan

komtar walk, tak ramai orang, aku datang hari isnin da...
ni lah kali pertama aku memanah...belum pernah lagi buat aktiviti ni. biasanya aku cuba elakkan mencuba aktiviti yang boleh menyebabkan aku ketagih.... tapi kai ni...aku buat pengecualian ye... alang-alang dah sampai sini... layan kan ajelah...lagipun cik puan yang ajak... akhirnya, dari 1 game, kitorang tambah lagi satu game...syiok wooo

ops...sebelum tu, kalau korang agak seram sejuk nak mencuba, boleh mintak coaching dari diorang... kat sini aku guna kupon, jadi, jimatlah sikit dan dapat coaching percuma....

Isnin, 19 Mac 2012

candat sotong di tepi pantai, pulau pangkor

kenangan yang tak dapat dilupakan, kali pertama mencandat sotong dan ni lah tangkapan pertama aku dalam mendapatkan lesen sotong. almaklumlah, biasa kita tengok orang mencandat sotong di tengah laut dan tak pernah tengok orang candat sotong di tepi pantai kan... jadi ni buktinnya, tepi pantai pun ada sotong...

tangkapan pertama seorang amatur
 
dan video kat bawah ni bagaimana  si sotong menerkam candat.... dan untuk lebih ilmu mencandat sotong, boleh layari blog sahabat blog, sotong laut

p/s: dah lama tak renew lesen sotong, gian plak nak casting sotong pangkor....huhuhu...

discovery penang part 1, where to stay, tune hotel

dah 2 hari tak update, gatal tangan, banyak benda nak dikongsi, tapi kali ni banyak nak tunjuk gambar dari nak menaip. hahaha...

bukan susah nak carik tune hotel ni

bilik agak kecil tapi tilamnya cukup selesa

hiasan dinding ringkas, tapi menarik

pemandangan dari bilik tingkat lapan

comfort set, yang ni kena beli, tambah dari harga asas untuk bilik

tune hotel ni, konsep dia harga bilik murah dan kalau nak servis ekstra, bayar ekstra lah. tapi bagi korang yang suka backpacking dan bilik hotek sekadar tempat untuk tidur dan mandi, tune hotel ni dapat berikan korang keselesaan ekstra.

apepun, selalu-selalulah jenguk website dia kalau ada planning nak bercuti. bukan apa, mungkin korang akan dapat bilik dengan harga yang cukup rendah. contohnya, untuk trip kali ni, secara purata aku cuma bayar lebih kurang RM20 setiap malam.... cuba bayangkan hotel bajet mana yang boleh berikan korang keselesaan camni denganharga RM20....

Jumaat, 16 Mac 2012

Tax Charge update, its Highly Speculative, MCMC said

speculation!
yesterday, HLIB says most likely.... MOST LIKELY

that is means its not sure yet... but most of us start rambling dissatisfaction.

today, MCMC Said, its highly speculative, this issue still under discussion and deny sending any memo to mobile provider....

still remember when the 1st time i am using this prepaid mobile, what can i say, its very-very expensive from nowdays, even for the stater pack, not considering the hole in pocket for reloading every month just to keep its validity... try ask those people who experience it....

today's rate, cheap and very2 affordable!

sigh of relieve...

Khamis, 15 Mac 2012

Prepaid service tax in July?

Is it for real?

according to HLIB Research, Government likely to give "green light".

 hmmm... RM10.60 for RM10 reload, RM106.00 for RM100 reload....

"KUALA LUMPUR: Rumour has it that the government may have finally decided to allow telecommunications companies (telcos) to pass on the six percent service tax to prepaid subscribers, HLIB Research says.

"It is understood that the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) has issued a memo to all the industry players instructing the telcos to be technically prepared for the launch on July 1," said the research house today. (read more) " - malay mail, 15 march

i am sure, people will blame the government, but actually, the tax is currently charged and paid by mobile provider. and the question is, are these provider become greed? or taking chances for not taking the blame once the charge imposed to their customer?

in coporate world, chances are something "hard to resist"

for my opinion, mobile provider actually have so many ways to "impose the tax without making it so obvious" such as, more "provider friendly" package... no need to make people feel uneasy....

or...maybe, the provider start "recovering damage" after lots of "convenience package" and promotions imposed?

let the things flow... and what i am very sure, with the convenience of number portability, provider who give the best offer will be chosen... let see how long they can brag about this charge after they impose this....

ha...ha...ha...

Rabu, 14 Mac 2012

mengajar anak berenang

bila paling sesuai nak ajar anak berenang? setahun? dua tahun?

di UK, kanak-kanak semuda 3 bulan dah mula diajar berenang. mungkin ramai ibu bapa yang tak sampai hati nak "mencampakkan" anaknya ke dalam air diusia semuda tu kan...tapi hakikatnya, baby-baby comel ni ada "natural instinct" bila berada dalam air... tgk aje video kat bawah ni... relax je muka baby-baby comel tu...





amacam, ada berani?

Isnin, 12 Mac 2012

tips cuti cuti bajet, takde duit tapi boleh melancong

cuti sekolah baru je bermula. mesti ramai yang pergi bercuti kan. almaklumlah, awal-awal tahun ni, ramai yang begitu "mewah" dengan cuti dan juga "bekalan" poket yang begitu tebal.

dan persoalan paling besar, berapa besar "lubang poket" yang dihasilkan?

ye lah, mana yang pergi bercuti dengan keluarga, dah tentu belanja yang dikeluarkan agak besar. tak dinafikan. tapi tak apalah, masa untuk keluarga lebih bernilai dari wang ringgit kan

okeylah, takyah bebel panjang, kang merapu plak tulisan aku ni. dah lama sebenarnya aku nak kongsi tips tips menjimatkan

1. melancong bukan waktu 'peak season'

ramai antara kita suka pergi melancong ketika orang lain pun cuti sama. secara teori, memanglah meriah dengan adanya ramai orang. the more the merrier kan... hakikatnya, dengan penambahan permintaan, harga penginapan, kadangkala harga makanan pun memecut tinggi ke awan.... hehehhe tu sebab aku lebih suka melancong di hari biasa. lagi-lagi diwaktu belum ada anak nI...kan. tapi, kalau dah ada anak terutama yang dah bersekolah, maka kenalah buat planning lain.

2. kurangkan bintang hotel penginapan

hotel yang selesa, dah tentu jadi pilihan. tetapi perlukah bilik hotel yang lengkap dengan kemewahan dan lain-lain? jadi, adalah baik rancang aktiviti percutian tu samada hendak bercuti di luar hotel atau satu  percutian yang asyik terperuk dalam bilik macam pengantin baru? pilihan di tangan anda

3.tempah penginapan dalam talian

banyak untungnya jika menempah bilik dalam talian. antaranya adalah diskaun yang diberikan. tak caya, cuba google mana-mana website yang menawarkan tempahan bilik secara online. mungkin ramai yang tak mengetahui perkhidmatan ni.... majoriti akan ada diskaun. tapi berhati_hati, pilihlah website yang benar-benar boleh dipercayai. jangan lupa juga periksa harga bilik yang hendak ditempah dengan hotel untuk dapatkan update harga sebenar.

4. rancang lokasi lebih awal

elakkan ad-hoc vacation melainkan korang dah biasa dan bersedia. seeloknya rancang lokasi lebih awal, buat kajian awal lokasi tersebut. kaji tentang perkhidmatan, kemudahan,  pengangkutan dan kos. especially tempat yang belum pernah dikunjungi. sekurag-kurangnya ada persediaan untuk risiko yang bakal dihadapi.

5.tempah penerbangan seawal mungkin

yang ini mungkin ramai dah tahu. tempahan awal untuk penerbangan sebenarnya betul-betul menjimatkan. ada kalanya sehingga 100 peratus!. untuk pemilihan penyedia atau syarikat penerbangan, pilihlah syarikat penerbangan tambang murah. asal selesa dah la kan. lagipun penerbangan dalam negara bukannya memakan masa berjam-jam.

6. guna kenderaan awam

bercuti adalah masa untuk kita merehatkan minda dan fizikal. kenapa perlu memandu sendiri untuk pergi ke destinasi yang jauh  yang tentunya memenatkan fizikal dan mental? gunakanlah kenderaan awam, tak perlu memandu, dan yag paling menarik tentulah boleh  berehat dalam perjalanan. kan itu lebih baik dari terpaksa berehat selepas tiba di destinasi. rugi masa dan tenaga. seeloknya memandu biarlah terhad apabila sudah tiba dilokasi.

7.coupon diskaun

akhir-akhir ini jika korang perasan, banyak iklan-iklan diskaun bersepah-sepah di website-website dan blog yang korang kunjungi kan, mungkin korang rasa annoy dengan iklan-iklan ni. fikir 2 kali sebelum  korang mengabaikan iklan tersebut. ada kalanya iklan iklan ini memberi peluang korang untuk menikmati makanan di restoren dan cafe yang harganya boleh membakar poket korang ditahap maksima. ataupun korang boleh dapatkan bilik-bilik hotel yang lebih baik dengan harga hotel bajet. kan lebih bermakna percutian korang tu. diskaun sehingga 70 peratus atau lebih mungkin korang akan dapat. dah jimat kan.

8. ringan dan ringkas, go backpack-ing

korang bercuti nak rehatkan minda, nak meneroka dan melihat negeri orang, apa perlunya membawa bagasi seperti hendak berpindah atau bermigrasi? cukuplah sekadar membawa sebuah backpack dan pakaian untuk beberapa hari. tak perlulah pakaian yang seakan mahu ke parti. keep it simple and light... seperti mana yang biasa kita tengok pelancong-pelancong dari barat. walau apepun, dengan sebuah beg dah tentu memberI lebih banyak ruang untuk korang bawak "lebih banyak beg" apabila balik nanti kan.... apetah lagi bila korang ni seorang kaki shopping dan pergi ke destinasi shopping heaven!

jadi, ape lagi, jomlah pergi bercuti... rehatkan minda, tenangkan fikiran. tak kisahlah cuti-cuti malaysia atau antarabangsa....

buah ketapang boleh dimakan?

ketapang, tropical almond, indian almondatau dalam baha saintifiknya, Terminalia catappa

ramai yang sedia maklum pasal pokok ni, pokok berdaun lebar dan rendang seringkali dijadikan sebagai pokok teduhan.

buah ketapang yang masih muda
teringat masa zaman sekolah rendah dulu, selalu duduk kat bawah pohon ni semasa waktu rehat. tak tau pulak yang buah atau lebih tepat lagi biji pokok ni boleh dimakan. isinya seakan kacang merupakan "delicacy" di sesetengah tempat kat dunia ni


warna bila dah masak

proses memecah biji untuk mendapatkan isi

biji yang telah dipecahkan dan isi "kacang" yang boleh dimakan

isi yang sidah diproses,

sapa sangka kan, dulu biji pokok ni aku selalu sepak-sepak dan jadikan alat permainan masa zaman kanak-kanak dulu adalah "kacang" yang boleh dimakan. nampak enak dan menyelerakan.

Ahad, 11 Mac 2012

tambang teksi dari kuchai lama ke TBS RM3, biar betul..

lama tak menarikan jari, ampun maaf untuk semua pengunjung. mood hilang skit lepas dari majlis tu hari. nak tulis pasal majlis tu pun belum ada mood lagi pasal...gambar masih belum ada kesempatan nak di-upload. semangat tu belum sampai lagi gamaknya...

oklah, pagi 11/3/2012, aku nak hantar cik puan gi TBS-BTS, cik puan nak balik kampung sekejap pasal nak hantar buah tangan yang diborong masa bercuti di pulau mutiara tempoh hari. pasal cuti ni pun belum ada kesempatan nak tulis...hehhe teruk kan.... dipendekkan cerita, aku pun tahan lah teksi. lagipun TBS-BTS tu bukanlah jauh sangat kalau naik teksi, dalam sepuluh minit je kalau jalan tak jem.....

punyalah peramah pemandu teksi tu, sedari aku melangkah masuk je, terserlah keramahannya. seronok pulak rasa bila masih ada lagi pemandu teksi yang berdedikasi macam tu. nak aje aku cadangkan nama dia kat kementerian pelancongan untuk program pemandu teksi duta pelancongan. dalam ramah tu, aku perasan, pemandu teksi ni tak tekan meter la.... ape lagi, "telinga kiri" dok dengar bisikan-bisikan yang kurang menyenangkan. asyik tengiang bisikan "abihla....ko kena sembelih pagi ni". tapi aku cuba abaikan.... alang-alang pemandu teksi ni ramah, aku layankan aje...seronok berbual dengan abg teksi ni....

jauh di sudut hati, ada rungutan tak puas hati pasal meter jugak... biasalah, manusia....

tak lama lepas tu, sampai TBS, baru abang tu perasan yg dia tak tekan meter, tanpa ada reaksi terkejut dan dengan muka selamba, dia pun sebutlah tambang....

"3 ringgit je dik"

terasa awan nano...eh... awan kelabu menyelubungi kotak fikiran aku.... satu persoalan "besar" menerjah dalam lubuk hati yang dari tadi dok merungut...

"HAA....biar betul?".....

"bagi abang 3 ringgit je dik, abang lupa tekan meter tadi" sambung abang tu. macam boleh baca fikiran aku yang kelabu tadi.....

aku tau tambang teksi yang sebenar jauh lebih Mahal dari tu... biarpun tak jem sekalipun, RM3 tuh terlalu murah.

terharu...... dan aku hulurlah anggaran tambang yang sepatutnya....

memang aku sanjung keperibadian abang teksi tu, jujur dan berdedikasi... tak macam selalu yang kita dengar dan mungkin yang pernah kita alami. pengalaman hari ini memang akan dikenang....

semoga bertambah rezeki mereka yang mencari rezeki dengan jujur, amin....