sambungan dari Posting lepas....(baca sini)
memang ramai yang mula berkata...
"walaupun aku tak kaya, tp aku bahagia".... sekarang mungkin,,, tatkala badan masih sihat... tatkala kudrat masih kuat... ketika pendapatan kita boleh dikatakan "berlebihan" hinggakan banyak baki yang boleh dibelanjakan...
Ketika umur meniti senja, ketika umur mula mencecah 5 series, 6 series dan insyaAllah 7 series, mampukah kita meneruskan kehidupan dengan gaya hidup sekarang? apakah "payung" yang kita sediakan cukup "kembang" untuk menahan "hari-hari" hujan?
"mengikut kajian, purata umur rakyat malaysia mencecah 70 tahun bg lelaki dan 75 tahun bagi wanita"
Mengikut kajian, kos kehidupan kita meningkat seiring dengan pertambahan usia... cuba bayangkan, apabila umur mencecah 40-an, satu demi satu penyakit mula memberi salam dan "bermastautin" dalam diri kita tanpa kita sedar. bermula dari klinik....perlahan-lahan kita meng"upgrade" kepada hospital.... dari pesakit luar kepada wad hospital.... secara tak langsung, kos rawatan pun meningkat dan meningkat... (patutlah, penjagaan kesihatan sekarang menjadi satu industri. dan ianya begitu berjaya!)
akan tetapi...kita bersediakah?......
Yang pasti, kita mahu yang terbaik, mahu wad yang selesa, mahu layanan yang mesra ketika kita menghadapi sakit...tp,di mana kita boleh dptkan keselesaan dan kemesraan selain rawatan yang terbaik?
ramai akan menjawab....hospital swasta.... kemungkinan wad bertaraf 5 bintang dengan bilik seakan bilik hotel dan jururawat yang sentiasa tersenyum mesra...
ye lah...dah sakit...takkan nak tambah kesakitan tu dengan sakit kepala dan sakit hati pulak kan....
tp sejauh mana kemampuan kita... bil rawatan...dah tentu boleh menyebabkan seseorang "terpaksa" dimasukkan wad sekali lagi selepas di "discharge"...hahahha
Last resort.... hospital kerajaan....
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
15 tahun lepas, aku tertanya... kenapa ramai yang sanggup mendapatkan rawatan untuk penyakit-penyakit yang melibatkan pembedahan di hospital swasta....bukankah mahal?
dan bil rawatan bukan calang-calang... mencecah puluhan ribu ringgit kalau tak ratusan ribu ringgit...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dulu, ketika usia awal 20-an, aku sendiri tak pernah terfikir apa yang akan terjadi ketika usia emas aku... aku enjoy to the max.... berapa aku dapat...aku belanja sehabis-habisnya sampai aku puas... simpanan? ermhh nantilah dulu.... pelaburan? aiseh...aku belanja pon tak cukup...hahahha...punyala singkat pemikiran aku masa tu.... dan yang nyatanya...masa tu internet taklah selaju dan semurah sekarang... (hai, beruntung sungguh anak muda zaman sekarang nie ye...) dan satu2nya sumber internet aku adalah.... CC!...bukan Carrot Cake atau Coca Cola....tp cyberCafe!... ermhhh tu dulu...
Lama kelamaan aku mula sedar.... betapa pentingnya "payung" sebelum hujan menimpa.... tu pun selepas "dinasihati" oleh seseorang.... seseorang? siapa kah dia.... biarlah "dia" menjadi misteri buat masa ni... hihi...
"payung" pertama... insurans... bukan setakat insurans nyawa.... tetapi insurans yang akan cover jika "Hujan" yang "membolehkan" aku menjadi "penghuni sementara" di "rumah" sakit.... disaat aku mendengar penerangan dari agen, baru aku nampak...kenapa aku kena ada "payung" ni... setidak-tidaknya, masa aku sakit, taklah aku "bertambah sakit" dengan memikirkan bil-bil dan pendapatan aku yang dah tentu terjejas...
"I've Freed my mind from one burden!"....
lega dah walaupun aku cuma ambik polisi yang agak basic.... dan dari sini baru aku tau kenapa orang yang agak kaya dan kaya-raya suka sangat pergi hospital swasta jika diorang sakit yang agak serius atau mengalami kemalangan... rupa-rupanya diorang "dibayar" untuk ke sana!...
"payung" ke dua....ermmm investment... aku dah byk kali dengar tapi aku tak cuba nak mengetahui lebih lanjut... alasanya...duit tak cukup! (kekononnya la)....hahahha
Bila umur dah 3 series nie... baru la minda aku terbuka... barulah terhegeh-hegeh buat pinjaman untuk pelaburan... ermmm sekurang-kurangnya aku akan ada simpanan untuk hari tua aku.... hmmm itu pun atas nasihat "si-dia"... syukur.... masa tu ada promosi dari satu bank ni dan pakej dia agak menarik....tak salah aku cuba buat pinjaman... ada juga komitmen aku nak menyimpan walau hakikatnya dalam bentuk pinjaman! (bayar tiap-tiap bulan, kira macam menyimpan jugakla kan!)
tak sangka...dalam pada aku tengah leka dengan pinjaman tu...terjumpa kawan si-dia pulak, suggest dengan unit trust (saham amanah)... aku tertarik lagi....dan aku mula jatuh cinta pasal return dia lagi tinggi dari pinjaman yang aku buat tu... aku pun mula berkira-kira...tak sangka...risikonya rendah.... bertambah sesalnya, kenapa la aku tak mulakan simpanan dan pelaburan aku seawal mungkin...kalau tak dah tentu aku dah boleh "bersara" menjelang usia 40 tahun atau mungkin 35.... dengan pendapatan bulanan mencecah 5 angka!.... ermhhh bahagianya... dan aku mulakan langkah pertama dengan melaburkan "simpanan hari tua" aku dalam saham amanah dan sedang berkira-kira untuk "menambah" lagi dengan pelaburan "tunai" dari poket aku sendiri...
Sasaran... RM1 JUTA dalam masa 15 tahun!.... dan aku yakin aku boleh capai simpanan tu....nak tau camne?
pssttt....aku boleh kongsi dan perturunkan ilmu tu... pengerasnya... tinggalkan email dalam ruangan komen dan sediakan duit tambang/minyak kenderaan sendiri untuk jumpa aku...hahahha.senangkan...
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tak sangka...aku masih berpeluang untuk mengecap ketenangan fikiran dengan cara sebegini...dan aku percaya, ramai yang kaya-raya dengan cara sebegini.... aku percaya aku belum terlambat!
pelaburan secara berdikit-dikit dan penyediaan payung untuk bil-bil rawatan yang ditanggung pihak ke 3, secara teori amat memudahkan dan amat praktikal.... barulah aku nampak kenapa mereka yang kaya akan bertambah kaya.... dan ada diantaranya.... hanyalah seorang pekerja biasa TETAPI menjadi kaya apabila umur mereka melepasi 40 tahun dan tetap kaya hinggakan ke anak cucu mereka.... dan apa yang mereka lakukan.... hanyalah usaha diwaktu muda mereka....
TAPI AWAS...jangan jadi mereka yang mengecapi "kekayaan sementara" dengan "perabih duit KWSP mereka" yang tak seberapa tu...
Yang ni dah takleh nak kata ape dah!.....
Yang masih muda.....fikir-fikirkanlah ye....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan