Iklan Berbayar

Isnin, 15 November 2010

antara pisang dan susu, apa pilihanku

kenapa pisang? kenapa susu?

pernah dengar pepatah:

"setandan pisang tak semua elok, ada sebijik dua yang buruk"

juga

"kerana nila setitik, rosak susu sebelanga"

aku suka kaitkan pepatah ni dengan keadaan di Malaysia tak kira dalam organisasi koporat, bisnes atau politik
Setandan pisang... emmm lazatnya

dalam keadaan macam ni aku lebih suka memilih pisang dari susu...kerana apa, setandan pisang dan yang buruknya hanya sebilangan kecil dan masih ada banyak lagi yang boleh memberi faedah dan manfaat untuk diri sendiri dan orang lain.....

kenapa TIDAK susu sebelanga?

Pada aku, apa gunanya sebelanga susu, yang nampak kental dan menyegarkan... seakan menarik keinginan kita untuk menghirupnya...tetapi, akan rosak apabila ada anasir-anasir yang tak elok, (nila) bukan rosak sedikit, tetapi keseluruhannya hinggakan selayaknya "dihumban" kelongkang!
segelas dah la, tak jumpa sebelanga....

jadi, jelas kan yang mana pilihan aku? dan semestinya aku takkan mempersoalkan sekumpulan manusia dalam satu organisasi yang diibaratkan seperti setandan pisang tadi.....

dan mereka yang menjadi sebelanga susu? sudah jelas lagi nyata tanpa perlu aku terangkan lagi....

p/s: rosak-rosak pisang yang lebam dilenyek dibancuh tepung, sedap juga jadi cekodok, boleh dinikmati tatkala minum petang....tapi sanggupkah korang membancuh teh/kopi minum petang korang dengan susu yang dah dititik nila?

biar berkepala besar dan berotak yang boleh dipakai tetapi, jangan besar kepala tak berakai!

Tiada ulasan: