apa yang aku tahu, bila hujung tahun je...bermacam azam baru akan dibuat.... (bukan asam/perkasam...hahah) tak caya?, bila tiba bulan disember, akan bermulalah sesi "memperbaharui" dan mempromosi azam baru masing-masing... dan aku rasa blogger pon tak ketinggalan nak memperbaharui dan mempromosi azam baru kan.... kan...kan....
jadi, apa azam baru korang untuk tahun hadapan?? soalan lazim...
Nak lebih berjaya?
Nak lebih popular?
Nak lebih kaya?
nak lebih hit dlm blog korang?
.
.
Nak paycheque dengan angka besar dari nuffnang?
.
.
so on.... so on....
atau ada yang berkata....
AKU BERAZAM UNTUK TIDAK BERAZAM TAHUN NI!!
aik...camni pon ada....hahahahaha
Tak kisah lah...apa pun azam, apa pun impian, apa pun cita-cita.... selagi ada kemahuan.... selagi ada kemampuan....teruskan usahadan cuba untuk menggapai impian.....
Mesti ramai yang pelik.... buang tebiat ke orang tua ni membebel pasal azam dalam bulan sebelas ni....?? mesti ada punyalah....ada kan.... t bkan soalnya membebel dalam bulan sebelas....TETAPI, sekadar mengingatkan....
"tercapaikah impian kita dalam bulan 11 ni? dah berapa byk pencapaian? berapa peratus? beratus-ratus? apa yang beratus? atau...azam tinggal azam atau dapat boifren/anak nama azam?"...
tercapai? TERcapai? TERCAPAI? atau TAK TERCAPAI AKAL MU?
ermmmm aku mintak satu benda je....
jangan tanya aku apa azam aku dan pencapaian azam aku.... hahahahha.... sebab, aku takkan promosi atau bgtau seantero isi dunia aku nak camtu, aku nak camni....biarlah aku kongsi dengan hati dan perasaan dan si-dia yang bertakhta di hati...cewaaahhh....
apa yang penting.... bulan 11 ni, revise balik 10 bulan lepas.... buat post mortem.... setidak-tidaknya bulan 12 nanti boleh la susun strategi untuk capai apa yang diimpikan.... takla azam jadi "JERUK ASAM KECUT" atau "PERKASAM" yang tak menjadi!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan