Iklan Berbayar

Ahad, 20 Disember 2015

benarkah ini model gantian perodua kenari? macam alphard dalam skala mini!


comel! reka bentuk seakan alphard tapi skala kecik.... nak satu!

motivation: your life, you decide: don't hold until you looose control



Put a frog into a vessel fill with water and start heating the water.
As the temperature of the water begins to rise, the frog adjust its body temperature accordingly.
The frog keeps adjusting its body temperature with the increasing temperature of the water. Just when the water is about to reach boiling point, the frog cannot adjust anymore. At this point the frog decides to jump out.
The frog tries to jump but it is unable to do so because it has lost all its strength in adjusting with the rising water temperature.
Very soon the frog dies.
What killed the frog?
Think about it!
I know many of us will say the boiling water. But the truth about what killed the frog was its own inability to decide when to jump out.
We all need to adjust with people & situations, but we need to be sure when we need to adjust & when we need to move on. There are times when we need to face the situation and take appropriate actions.
If we allow people to exploit us
physically, emotionally, financially, spiritually or mentally they will continue to do so.
Let us decide when to jump!
Let's jump while we still have the strength.
Good morning and have a great day beloved!


-source:FB - Dawson SV

Sabtu, 28 November 2015

awas, jangan melawak dengan polis, buruk padahnya



hormatilah mereka yang menguatkuasakan undang-undang... jangan silap melawak... tak ke mana nnt, tak perlulah acah alim macam pencetus ummah atau imam muda... salah tetap salah....

iklan kelakar, kalah "kuputey" ko, acah-acah frozen gitu





awas, mungkin anda akan murung jika menonton video ini, "kuputey" ke, funfaire and luvly ke, semua tak sehebat iklan ni... nakal sungguh imaginasi diorang...

bangla ni menjawap panggilan yang menyebabkan dia menggelupur, jom lihat kesudahannya





awas ye, jangan menjawab panggilan ketika menggosok baju, ada padah yang menanti...



boleh gelak guling-guling sibuatnya...hahaha

Isnin, 23 November 2015

Ahad, 20 September 2015

I am strong, i want to live and i will stand up again


maksud tersirat dalam video ni, walaupun dah tumbang, dah dipotong-potong, tetapi tetap akan berdiri kembali dan pasti akan dapat teruskan kehidupan.

Sabtu, 22 Ogos 2015

sedapnya nasi lemak ikan selar kuning goreng

salam mesra, tangan gatal lagi nak menulis, kali ni nak tulis pasal nasi lemak ikan selar kuning goreng. menu yang agak jarang ditemui di negeri-negeri lain selain negeri Johor.

menu ini amat popular untuk sarapan di johor dan jika terlambat, alamatnya peniaga senyum je lah, dan ayat terbaik yang terpacul mulut dari peniaga, "dah abis lah dik"



ditambah dengan kesukaran mendapatkan bekalan ikan selar kuning, membuatkan hidangan nasi lemak ini agak terhad. namun, untuk penggemarnya, datang awal bukanlah satu kekangan demi menikmati keenakan dan keunikan menu ini. bertambah enak dinikmati bersama teh tarik atau kopi pekat... perghhhh....

oleh itu, jika anda ke johor, cuba-cuba tanyakan menu ini. jika anda bertuah, anda akan dapat merasai keenakannya...

Jumaat, 21 Ogos 2015

i miss travel

rindu
dah lama, 2 tahun tak mengembara bersama yang tersayang, walaupun kini aku mengambil jurusan pelancongan dan pengembaraan, rasa nak travel membuak-buak. tapi apakan daya.... kehidupan seorang pelajar agak "mengekang" kebolehupayaan nak travel...

bila terpandang koleksi gambar masa travel dulu-dulu, iskk rindunya...

terbang di awan biru
rindu menghirup udara tempat lain, rindu suasana lapangan terbang, rindu perasaan berada di awan biru di aras 30 000 kaki, rindu deburan ombak... aduhhhh....

rindu hendak meneroka tempat baru sambil merasai makanan tradisi dan suasana lokasi yang belum pernah dilihat dan belum pernah diterokai...

masih ada 10 bukan nak menamatkan pengajian dan pertapaan... sabar lah hati...  hanya blog ini sahaja yang akan jadi medium melepaskan kerinduan itu....

reflection
oh ya, selepas ini bog ini akan menjadi medan untuk aku menulis dan melatih diri untuk salah satu subjek yang agak tough jika anda bukanlah seorang yang suka bercerita dihadapan audien. subjek "commentry" atau dalam bahasa melayunya, komentar... tak taulah, samada aku dapat melepaskan rindu melancong dan mengembara atau.... bertambah rindunya aku nak melancong dan mengembara....

mungkin juga boleh dijadikan contoh untuk mereka yang mengambil subjek yang sama, walaubagaimanapun, komentar saya, cara saya, jangan ditiru bulat-bulat!

Rabu, 19 Ogos 2015

reef in my heart 2, tahniah kepada kolej komuniti kota tinggi

sesekali menulis, kali ni nak cerita tentang program reef in my heart, program menanam dan memulihara terumbu karang ini bertitik tolak dari idea dan hasil usaha pensyarah di kolej komuniti kota tinggi yang mahu membuat program membina sahsiah pelajar kolej yang mengambil kursus Sijil Pelancongan Dan Pengembaraan di kolej ini dan program ini telah menjadi satu fenomena dan mendapat liputan akhbar.

antara artikel liputan akhbar program ini, bolehlah klik di link yang disenaraikan di bawah...

http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/johor/meneruskan-kelestarian-marin-1.63989

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Johor/20141001/wj_05/Enam-tukun-tiruan-diletak-di-perairan-Pulau-Mentinggi

http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/johor/kerja-kerja-melabuhkan-tukun-tiruan-di-dasar-laut-merupakan-antara-1.63987

rasa amat bertuah jadi salah seorang pelajar di kolej komuniti kota tinggi ini. walaupun hanya satu kursus yang ditawarkan, iaitu kursus Sijil Pelancongan Dan Pengembaraan, program seperti ini secara tidak langsung dapat menaikkan nama kolej. Jadi kepada yang berminat, apa salahnya mendaftarkan diri ke kolej ini untuk menyambung pelajaran.Usia dan kelulusan bukanlah satu halangan, boleh hubungi terus pihak kolej untuk mendaftarkan diri. pendaftaran untuk sesi november sudah dibuka, apa lagi, jangan lepaskan peluang anda...

oh ya, sebelum melalut, mesti ada yang masih  tertanya-tanya, ape dia program Reef In My Heart ni kan... apa kata layari blog ni..

http://reefinmyheart2.blogspot.com/

snap shot blog tu... sila klik link yang diberikan

dan tahun ni, dah masuk edisi kedua, dan program akan dijalankan di pulau tinggi dari 2 hingga 4 september ni. Jika kebetulan anda datang ke pulau berhampiran, bolehlah saksikan aktiviti memulihara terumbu karang ini. Tukun-tukun tiruan akan dilabuhkan dan diletakkan di kawasan pulau ini akan menggalakkan pertumbuhan terumbu karang dan secara tidak langsung, akan memperbaiki eko sistem laut. Tukun-tukun ini akan menjadi perlindungan ikan-ikan kecil dan ini akan memelihara bekalan sumber protein utama di masa akan datang.

harus diingat, pulau-pulau di johor juga amat cantik untuk dilawati. sekiranya anda minat menjelajah dan menikmati keindahan dasar laut, pulau-pulau di Johor bolehlah jadikan destinasi menyelam, terutama selaman skuba. jika selam skuba bukanlah pilihan dan mungkin jadi kekangan, pantai-pantai di pulau-pulau ini amatlah cantik denganair jernih yang membiru. cukup seronok dapat bersantai bersama yang tersayang malahan jika anda datang sendirian, pasti menenangkan jiwa anda yang serabut. 

bayangkan, seronoknya bersantai di pantai yang memutih sambil menghirup udara yang nyaman ditemani minuman kegemaran... pasti tidak dapat diucapkan dengan kata-kata.

kalau tak percaya, cubalah hubungi agen pelancongan berhampiran anda... tempahlah pakej2 pelancongan yang ada atau berbincanglah dengan agen anda untuk membuat pakej lawatan anda....

 jika anda seorang yang adventurous, bolehlah ajak penulis... jom terokai pulau2 menarik di Johor... ahaksss... gurau aje...

Jumaat, 7 Ogos 2015

kesibukan belajar semakin mencengkam, rindu pada dunia pekerjaan semakin kuat

salam, hari raya masuk ke minggu akhir, masih ada rumah terbuka di waktu2 kecederaan ni. ni pun sempat menulis lagi tatkala bersiap sedia nak ke rumah terbuka. jemputan seorang rakan yang jarang-jarang jumpa.

mungkin jarang coretan menerjah ke laman ni. sibuk? tak juga, malas, mungkin juga. tapi, biarlah, apapun, kegembiraan yang seharusnya dipancarkan dan dikongsi bukan kesedihan dan duka lara. baru dunia bertambah ceria...

sebelum merapu panjang, kehidupan sebagai pelajar, memang banyak suka duka. lebih-lebih lagi menjadi pelajar diusia penghujung 30an (walaupun jiwa masih 25, hehehe). tak mengapa. tetapi, aku merindui dunia pekerjaan. rindu nak berjumpa orang sekeliling, rindu nak bercakap dengan rakan sekerja. Almaklumlah, hampir 2 tahun dunia professional ni aku tinggalkan...

dan buat masa ini, sekadar kerja-kerja part time... agak lumayan juga buat kerja-kerja part time ni, walaupun tak selumayan kerja tetap macam dulu-dulu, alhamdulillah lepas juga bayar yuran dan belanja makan.


tiba-tiba hari ni... terjumpa pulak kad-kad ni. puhhhh.... lama sungguh tak berbicara tentang perancangan kewangan dan duit, hati asyik menguit2 dan mengasak2 untuk mulakan balik kerja-kerja marketing ni...

nampak gayanya kena kumpul duit balik.... nak renew lesen, dah expired. mana tau kali ni ada rezeki berkat pertapaan lama dari arena kewangan ni. doa doakan yang kekuatan diri mampu melompat pagar kelemahan agar dapat capai cita-cita yang aku hajati selama ini....

Sabtu, 25 Julai 2015

sunday blues, when others having monday as theirs

assalamualaikum, raya mood still around the corner... raya biscuit still on the table... today's class start with biscuits and kerepeks... dunno they have their breakfast or not...

eceh, ingatkan nak teruskan dengan bahasa inggeris, tp... kelaut.....



hari ni, kelas di kolej dah bermula selepas 10 hari bercuti. terasa malas... pensyarah pun masih melayan "demam raya" dengan jamuan kecil-kecilan.

kami? dengan cara kami sendiri... sedikit kuih, kerepek dan minuman ringan...

anda pula bagaimana???

1juta view, channel youtube akhirnya mencecah 7 angka.

alhamdulillah....

dah lama tak check statistik saluran youtube. dan akhirnya... cecah juga 1 juta view. setelah sekian lama. maklum sajalah,  channel ini bukanlah channel video2 viral... sekadar membuatnya untuk kepuasan diri sendiri... alhamdulillah... dah 3 kali juga withdraw dari google adsense untuk 2 tahun ni... dengan purata hasil 10USD sebulan...


antara top 12 video yang menjadi tontonan pengunjung channel youtube ni....


jom singgah... tgk2 video yang ada.... klik di sini --->  youtube

enjoy!!!!

Selasa, 30 Jun 2015

classmate dubsmash crazy behind the scene pt.2

part 2, let see how my classmate making dubsmash


dubsmash crazy in the making pt 1

my classmate going crazyyyy.... dubsmash time!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



minyak naik, ramai mula naik minyak

harga baru minyak mulai bulan julai

2015July petrol prices per litre: 
RON95 petrol up 10 sen to RM2.15
RON97 up 20 sen to RM2.55.
Diesel price unchanged at RM2.05.


Ahad, 28 Jun 2015

pedaftaran ke kolej komuniti kota tinggi masih dibuka sehingga 7 julai 2015credit

INFORMASI: pengambilan pelajar ke sesi Julai 2015 masih dibuka sehingga 7 julai 2015. jika anda/kenalan anda/anak kenalan anda/saudara mara anda berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pelancongan, ini peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat Sijil Pelancongan Dan Pengembaraan di Kolej Komuniti Kota Tinggi.

jika ada sebarang pertanyaan, boleh sms/whatsapp ke nombor 016 7433471 dan saya sedia membantu anda...

"kenapa anda perlu membayar untuk melancong sedangkan ramai yang sedia membayar anda utk melancong"

credit: Kolej Komuniti Kota Tinggi FB Page

Sabtu, 27 Jun 2015

meriahnya bazaar sempena ramadhan di kota tinggi

seperti lazimnya, bazaar ramadhan  di kota tinggi ddibahagikan kepada 2 bahagian, bazaar basah (juadah dan kuih muih) di tempat letak kereta kip mart, dan bazaar kering (pakaian dan kerepek) di kawasan jalan niaga. dan seperti tahun-tahun lepas, kedua-dua bazaar ini tetap meriah dgn kunjungan mereka yang mahu membeli belah. ada kalanya pengunjung dari singapura dan keluang juga datang berkunjung ke bazaar ini. memang meriah.... tengok sajalah gambar di bawah ni..


memang meriah... dan kemeriahan ini akan berterusan sehingga malam Aidilfitri. pelbagai barangan di jual dan tersedia terutamanya baju melayu dan baju kurung... sempat juga saya berkunjung ke bazaar ini memandangkan bazaar ini terletak di belakang bilik sewa... buka sehingga lewat dan semakin lewat menjelang minggu-minggu terakhir ramadhan..

apa lagi, jika ada bajet lebih untuk raya dan tak sempat menempah baju raya juga hiasan raya, datanglah ke sini... kawasan kedai baru jalan niaga yang terletak dibelakang bangunan yang terdapat hotel bin khalid dan restoren yummy riverside.... selamat membeli belah!

oh ya, entry akan datang kita tgk pula kemeriahan bazaar ramadan untuk juadah di parking kip mart pula....

Jumaat, 26 Jun 2015

kota tinggi: seronoknya berbuka ditepian sungai

kita biasa disajikan dengan berita berbuka di dataran atau di padang-padang awam di bandar-bandar. seronok bukan berbuka beramai-ramai. Akan tetapi keunikan Kota Tinggi mempunyai keunikan tersendiri, penduduk di sini berbuka di tepian sungai seperti berkelah. dengan adanya sungai yg berada di tengah-tengah bandar, semestinya seronok berbuka bersama keluarga.

terasa kemeriahan bila berbuka di sini. dengan keindahan lanskap yang berjaga, pasti seronok. saya juga mahu merasainya satu hari nanti. Ajak rakan-rakan untuk berbuka puasa atau mungkin sambil ber-bbq. memang peluang yang tak mungkin akan dilepaskan....

Khamis, 25 Jun 2015

drones vs pigeon?

lama tak pos video, hari ni  dapat upload kat youtube... enjoy the video ok....


Rabu, 24 Jun 2015

syukur alhamdulillah... manisnya kejayaan, result dah keluar!

syukur, tiada apa yang dapat aku katakan ketika ini. walaupun ada yg lebih baik keputusannya dari aku, tapi keputuan inilah yg terbaik untuk aku setakat ini...

walaupun ianya hanyalah keputusan semester satu pengajian peringkat sijil, syukur ke hadrat ilahi...


dan... paling penting....

semester ke 2 dan berikutnya.... azam kuat untuk aku teruskan "kemanisan" ini tertanam kukuh disanubari!

-DOAKAN-


Jumaat, 5 Jun 2015

semester satu dah nak abis, cepat masa berlalu

assalamualaikum, dah lama tak menari jari ni... (ceh, alasan, biasa dok menari kat wassap, insta, fb bagai) sampai bersawang blog ni...

alhamdulillah, final exam untuk semester satu dah mula menjengah. beginilah hidup sebagai seorang student, tak berani nak kata hidup sebagai seorang blogger, pasal, jarang jengah blog sendiri...

syukur juga, carrymark dah mula keluar, sasaran nampaknya tak jauh tersasar. Tak sia-sia lah usaha selama beberapa bulan ni. walaupun dah lama tak bergelar pelajar...

mungkin ada yang tatau atau terlepas pandang, ya, sy ni dah jadi pelajar balik, usia dah camni baru naj sambung belajar peringkat sijil. cari batu loncatan yang rendah sikit....

lagipun minat dalam bidang pelancongan dah semakin berkembang... maka eloklah mendalami selok belok pelancongan ni kan...

dan satu lagi, mohon maaf tak update apa-apa aktiviti sepanjang pengajian... entahlah, makin malas pun ya, makin tepu pun ya... nak ketuk keyboard tulis blog manjang takde idea.... doa-doakanlah jari dan otak ni dapat bekerjasama....

kali ni takde gambar... malas nak upload... doakan kejayaan saya...

Isnin, 30 Mac 2015

video gambar perjalanan cuti-cuti di borneo




jalan-jalan ke borneo, gambar dalam bentuk video. latihan untuk kelas interpretasi pelancongan, semester 1, kursus Sijil pelancongan dan Pengembaraan, kolej Komuniti Kota Tinggi.

Selamat Menonton!!

betapa tak sukanya aku dengan ulat tiket

ulat tiket, memang annoying, masalah yang tak pernah selesai agaknya. di mana pihak berkuasa? di mana SPAD, tolonglah, tak sanggup rasanya bila berjalan hendak membeli tiket bas ekspres tapi ulat-ulat ni dengan tak segan silu memanggil dan menarik orang yang lalu lalang untuk membeli tiket dari mereka...

memang gangguan, ya, sememangnya gangguan. tak salah jika syarikat bas mahu meningkatkan jualan tiket, tapi tolonglah, itu bukan caranya. hinggakan sy yg baru turun dari bas pun ditawarkan tiket. tak sempat lagi cecahkan kaki ke tanah dah ada pertanyaan. adoiii... kadang tu sampai semput nak menepis pertanyaan diorang ni.

lemah dan malas betul nak berhadapan dengan diorang ni. tahu tak, walau sekeras mana pun diorang berusaha, jangan haraplah aku nak beli tiket dari syarikat yang "menggajikan" ulat tiket ni. aku paham, ulat2 tiket ni hanya diberi komisyen tapi ada kalanya tingkah laku diorang ni biadap! memang tak la nak beli dari tiket syarikat bas ni.... buat semak je...

kepada syarikat bas, tolonglah... jgn "upah" ulat-ulat tiket (taik) ni.... merimaskan tau.

aku memang sokong apa yg dibuat di TBS. penjualan tiket berpusat lebih selesa untuk aku berurusan. nampak professional dan sempurna. lebih-lebih lagi di mata pelancong "backpackers". dah la imej pengangkutan awam banyak diburukkan oleh segelintir dari mereka yang tak beretika, ni pula ditambah dengan perlakuan ulat-ulat tiket...

Isnin, 23 Mac 2015

tak makan kerak roti?

saya mkn semuanya, termasuklah kerak sebelah luar roti dan agak terkilan kalau nampak bahagian ni dibuang ke dalam tong sampah, rasa sedih sangat makanan buat camtu, mungkin mereka tak pernah rasa lapar terputus makanan, wallahuaalam. entahlah... memang agak emosi bila "membuang makanan" ni... pernah sekali rasa sayu membuang nasi basi yang tak termakan... terbayang diri sendiri pernah "terputus bekalan makanan dan wang"... terasa nak menitik air mata ni....

apa pun, inilah realiti kehidupan, masing masing ada cara Dan pandangan tersendiri...

Sabtu, 21 Mac 2015

satu petang di Kota Tinggi, jom main buih sabun

seronok pulak tengok bebudak ni main belon buih sabun ni. teringat zaman kecik-kecik dulu... lagi satu dulu buih-buih ni kecik-kecik jer....






Khamis, 19 Mac 2015

kad matrik, lama dah tak pakai, rasa kekok bercampur sedikit ecited

mungkin ramai dah tahu, saya dah bergelar pelajar hampir sebulan lepas... seorang pelajar sijil pelancongan dan pengembaraan, kolej komuniti kota tinggi.



dan hari ni... dapatlah kad matrik ni ha... ermhhh lain macam rasanya, maklumlah... dah lama sangat tak pakai "kad pengenalan pelajar" nih...

walaupun usia menginjak siri 4, dan berada di kelas yang rata-rata berusia di bawah 25 tahun, alhamdulillah dapat juga menyesuaikan diri. kadang kala terasa muda, kadang kala terasa berusia (taknak guna term TUA, hahahah)

walaupun tempoh kelas sama seperti pekerja pejabat (8am hingga 5pm, dan biasanya tamat sekitar 430pm) masa berlalu begitu pantas hinggakan tak terasa langsung. mungkin rasa seronok dengan gelagat rakan-rakan sekelas yang menghiburkan menjadikan masa begitu cemburu....

apapun, hampir sebulan di kolej komuniti ni, memang happening... kenapa lah masa habis SPM dulu tak dikenalkan dengan konsep kolej macam ni...

mungkin ada hikmah disebaliknya...

untuk pelajar-pelajar lepasan SPM, jika gagal mendapat tawaran ke mana-mana IPTA/S atau kolej, meh la daftar kat kolej komuniti ni... terutama kolej komuniti Kota tinggi... learning with FUN, all that i can say....

Selasa, 17 Mac 2015

tips GST, tips ni berguna

Tips GST

1. Sebelum membeli barang, tanya dahulu harga yang dikenakan termasuk GST atau tidak. 

2. Jika ada GST, tanya adakah resit rasmi akan diberikan untuk pembelian tersebut? Resit rasmi haruslah memaparkan nama dan nombor pendaftaran syarikat (akta ssm) dan juga no pendaftaran GST. Jika gst dikenakan, dan tiada resit dikeluarkan, JANGAN BERURUSNIAGA. 

3. Setelah berurusniaga, semak nama dan no pendaftaran syarikat tadi di website kastam untuk memastikan syarikat tersebut betul berdaftar GST dan kenakan GST pada pelanggan. 

4. Jika syarikat tersebut tidak berdaftar GST dan kenakan GST pada pelanggan, buat aduan ke kastam dan bawa resit tadi.
Peniaga boleh dikenakan denda rm200k jika tidak berdaftar GST tetapi kenakan GST pada pelanggan. Elakkan dari tertipu. Tiada resit, Jangan beli. Sekian, terima kasih...

dapat dari media sosial! 

Ahad, 15 Mac 2015

brand new day, brand new week, brand new classroom

ahli keluarga pelajar semester mac semakin bertambah. kelas asal yg penuh keselesaan, dengan kemudahan meja terpaksa dilupakan dengan pertambahan ahli keluarga. 14 orang semuanya.

tak seronok sungguh, hilang dah pemandangan luar yang cantik... isskkk tak best dah. tapi demi ilmu, layankan ajelah...


pssttt... nasib baik boleh bukak lappy dan HP.... asalkan pandai-pandai "cover" dan laman utamanya adalah encik google....

Sabtu, 14 Mac 2015

gambar-gambar sekitar lawatan menteri Pelancongan ke homestay kampung temenin baru, kota tinggi

wajah ceria para senior sebelum memulakan perjalanan

we are juniors, classmate penulis, memang kami suka bergambar


sebelum bertolak, kata aluan dari pensyarah

dalam perjalanan ini...  cewah... feeling2 nyanyi lagu ekamatra plak...

update facebook/twitter/wassap ke bang... ke hantar report utk yang "tersa....." hihihihii

selamat datang ke Homestay Kampung temenin baru...

"kami tetap suka bergambar" senir-senior di Kolej Komuniti memang sporting!

orang kuat Kampung Temenin Baru

classmate penulis pun sporting jugak!

walau kami dijemput, kami tetap "ringan tangan dan tulang"

kami membantu dengan senyuman.... 

berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

sempat juga kami "belajar" membakar ikan

sempat juga penulis mengambil gambar ni dalam kesibukan persiapan dan hujan gerimis

terjumpa sebiji buah markisa (passion fruit) kalau buat jus memang kegemaran penulis

sebahagian tenaga pengajar kolej Komuniti yang hadir

kumpulan kompang dah bersedia menyambut kehadiran Menteri Pelancongan

salah satu hasil penduduk kampung, kerepek pisang tanduk

tuan punya perusahaan kerepek pisang tanduk 


selfie dulu sebelum menteri datang


Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan, walaupun hujan lebat, senyuman tetap terukir, cantik topi Dato Sri, pinjam boleh?

Pasukan kompang mengalu-alukan kedatangan Menteri walaupun hujan turun dengan lebatnya

setelah semua acara selesai, makan adalah agenda utama yang perlu "diselesesaikan"

semua lauk yang terhidang penulis ambik, jangan jeles....

belangkas kegemaran dan siput gonggong yang belum pernah penulis rasa

bergambar dengan menteri, pelajar dan pensyarah Kolej Komuniti KOta Tinggi

acara "memakan pencuci mulut" disambung

kami ceria dan sporting

pencuci mulut yang sedap menceriakan kami....

candid snapshot... nikmatnya pencuci mulut

siapa bilang pencuci mulut tak sedap, tengok, suapan tepat ke dalam mulut walaupun memandang ke arah lain

"akak, saya borong ye"

bergambar lagi... 


jemputan dari hos program, salah sebuah rumah yang menjadi homestay

feeling-feeling suasana "hari raya di kampung" masing2 sibuk nak bergambar kat tingkap


sehabis program, kami masih ringan tulang untuk membantu mengemas, kami tetap ceria


terima kasih tuan rumah, ada program jemputlah kami lagi