Iklan Berbayar

Rabu, 19 Ogos 2015

reef in my heart 2, tahniah kepada kolej komuniti kota tinggi

sesekali menulis, kali ni nak cerita tentang program reef in my heart, program menanam dan memulihara terumbu karang ini bertitik tolak dari idea dan hasil usaha pensyarah di kolej komuniti kota tinggi yang mahu membuat program membina sahsiah pelajar kolej yang mengambil kursus Sijil Pelancongan Dan Pengembaraan di kolej ini dan program ini telah menjadi satu fenomena dan mendapat liputan akhbar.

antara artikel liputan akhbar program ini, bolehlah klik di link yang disenaraikan di bawah...

http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/johor/meneruskan-kelestarian-marin-1.63989

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Johor/20141001/wj_05/Enam-tukun-tiruan-diletak-di-perairan-Pulau-Mentinggi

http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/johor/kerja-kerja-melabuhkan-tukun-tiruan-di-dasar-laut-merupakan-antara-1.63987

rasa amat bertuah jadi salah seorang pelajar di kolej komuniti kota tinggi ini. walaupun hanya satu kursus yang ditawarkan, iaitu kursus Sijil Pelancongan Dan Pengembaraan, program seperti ini secara tidak langsung dapat menaikkan nama kolej. Jadi kepada yang berminat, apa salahnya mendaftarkan diri ke kolej ini untuk menyambung pelajaran.Usia dan kelulusan bukanlah satu halangan, boleh hubungi terus pihak kolej untuk mendaftarkan diri. pendaftaran untuk sesi november sudah dibuka, apa lagi, jangan lepaskan peluang anda...

oh ya, sebelum melalut, mesti ada yang masih  tertanya-tanya, ape dia program Reef In My Heart ni kan... apa kata layari blog ni..

http://reefinmyheart2.blogspot.com/

snap shot blog tu... sila klik link yang diberikan

dan tahun ni, dah masuk edisi kedua, dan program akan dijalankan di pulau tinggi dari 2 hingga 4 september ni. Jika kebetulan anda datang ke pulau berhampiran, bolehlah saksikan aktiviti memulihara terumbu karang ini. Tukun-tukun tiruan akan dilabuhkan dan diletakkan di kawasan pulau ini akan menggalakkan pertumbuhan terumbu karang dan secara tidak langsung, akan memperbaiki eko sistem laut. Tukun-tukun ini akan menjadi perlindungan ikan-ikan kecil dan ini akan memelihara bekalan sumber protein utama di masa akan datang.

harus diingat, pulau-pulau di johor juga amat cantik untuk dilawati. sekiranya anda minat menjelajah dan menikmati keindahan dasar laut, pulau-pulau di Johor bolehlah jadikan destinasi menyelam, terutama selaman skuba. jika selam skuba bukanlah pilihan dan mungkin jadi kekangan, pantai-pantai di pulau-pulau ini amatlah cantik denganair jernih yang membiru. cukup seronok dapat bersantai bersama yang tersayang malahan jika anda datang sendirian, pasti menenangkan jiwa anda yang serabut. 

bayangkan, seronoknya bersantai di pantai yang memutih sambil menghirup udara yang nyaman ditemani minuman kegemaran... pasti tidak dapat diucapkan dengan kata-kata.

kalau tak percaya, cubalah hubungi agen pelancongan berhampiran anda... tempahlah pakej2 pelancongan yang ada atau berbincanglah dengan agen anda untuk membuat pakej lawatan anda....

 jika anda seorang yang adventurous, bolehlah ajak penulis... jom terokai pulau2 menarik di Johor... ahaksss... gurau aje...

Tiada ulasan: