Iklan Berbayar

Sabtu, 22 Ogos 2015

sedapnya nasi lemak ikan selar kuning goreng

salam mesra, tangan gatal lagi nak menulis, kali ni nak tulis pasal nasi lemak ikan selar kuning goreng. menu yang agak jarang ditemui di negeri-negeri lain selain negeri Johor.

menu ini amat popular untuk sarapan di johor dan jika terlambat, alamatnya peniaga senyum je lah, dan ayat terbaik yang terpacul mulut dari peniaga, "dah abis lah dik"



ditambah dengan kesukaran mendapatkan bekalan ikan selar kuning, membuatkan hidangan nasi lemak ini agak terhad. namun, untuk penggemarnya, datang awal bukanlah satu kekangan demi menikmati keenakan dan keunikan menu ini. bertambah enak dinikmati bersama teh tarik atau kopi pekat... perghhhh....

oleh itu, jika anda ke johor, cuba-cuba tanyakan menu ini. jika anda bertuah, anda akan dapat merasai keenakannya...

2 ulasan:

Aniey Yusoff berkata...

Ooo menu sebelah Johor ye..ikan selar kuning goreng mmg best mkn dgn nasi panas2 tp xpenah cuba mkn dgn nasi lemak..

Unknown berkata...

isyaAllah, jika berkunjung ke johor, bolehlah cari dan mencuba nasi lemak ni... selamat mencuba