Iklan Berbayar

Jumaat, 7 Ogos 2015

kesibukan belajar semakin mencengkam, rindu pada dunia pekerjaan semakin kuat

salam, hari raya masuk ke minggu akhir, masih ada rumah terbuka di waktu2 kecederaan ni. ni pun sempat menulis lagi tatkala bersiap sedia nak ke rumah terbuka. jemputan seorang rakan yang jarang-jarang jumpa.

mungkin jarang coretan menerjah ke laman ni. sibuk? tak juga, malas, mungkin juga. tapi, biarlah, apapun, kegembiraan yang seharusnya dipancarkan dan dikongsi bukan kesedihan dan duka lara. baru dunia bertambah ceria...

sebelum merapu panjang, kehidupan sebagai pelajar, memang banyak suka duka. lebih-lebih lagi menjadi pelajar diusia penghujung 30an (walaupun jiwa masih 25, hehehe). tak mengapa. tetapi, aku merindui dunia pekerjaan. rindu nak berjumpa orang sekeliling, rindu nak bercakap dengan rakan sekerja. Almaklumlah, hampir 2 tahun dunia professional ni aku tinggalkan...

dan buat masa ini, sekadar kerja-kerja part time... agak lumayan juga buat kerja-kerja part time ni, walaupun tak selumayan kerja tetap macam dulu-dulu, alhamdulillah lepas juga bayar yuran dan belanja makan.


tiba-tiba hari ni... terjumpa pulak kad-kad ni. puhhhh.... lama sungguh tak berbicara tentang perancangan kewangan dan duit, hati asyik menguit2 dan mengasak2 untuk mulakan balik kerja-kerja marketing ni...

nampak gayanya kena kumpul duit balik.... nak renew lesen, dah expired. mana tau kali ni ada rezeki berkat pertapaan lama dari arena kewangan ni. doa doakan yang kekuatan diri mampu melompat pagar kelemahan agar dapat capai cita-cita yang aku hajati selama ini....

Tiada ulasan: