ulat tiket, memang annoying, masalah yang tak pernah selesai agaknya. di mana pihak berkuasa? di mana SPAD, tolonglah, tak sanggup rasanya bila berjalan hendak membeli tiket bas ekspres tapi ulat-ulat ni dengan tak segan silu memanggil dan menarik orang yang lalu lalang untuk membeli tiket dari mereka...
memang gangguan, ya, sememangnya gangguan. tak salah jika syarikat bas mahu meningkatkan jualan tiket, tapi tolonglah, itu bukan caranya. hinggakan sy yg baru turun dari bas pun ditawarkan tiket. tak sempat lagi cecahkan kaki ke tanah dah ada pertanyaan. adoiii... kadang tu sampai semput nak menepis pertanyaan diorang ni.
lemah dan malas betul nak berhadapan dengan diorang ni. tahu tak, walau sekeras mana pun diorang berusaha, jangan haraplah aku nak beli tiket dari syarikat yang "menggajikan" ulat tiket ni. aku paham, ulat2 tiket ni hanya diberi komisyen tapi ada kalanya tingkah laku diorang ni biadap! memang tak la nak beli dari tiket syarikat bas ni.... buat semak je...
kepada syarikat bas, tolonglah... jgn "upah" ulat-ulat tiket (taik) ni.... merimaskan tau.
aku memang sokong apa yg dibuat di TBS. penjualan tiket berpusat lebih selesa untuk aku berurusan. nampak professional dan sempurna. lebih-lebih lagi di mata pelancong "backpackers". dah la imej pengangkutan awam banyak diburukkan oleh segelintir dari mereka yang tak beretika, ni pula ditambah dengan perlakuan ulat-ulat tiket...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan