mungkin ramai dah tahu, saya dah bergelar pelajar hampir sebulan lepas... seorang pelajar sijil pelancongan dan pengembaraan, kolej komuniti kota tinggi.
dan hari ni... dapatlah kad matrik ni ha... ermhhh lain macam rasanya, maklumlah... dah lama sangat tak pakai "kad pengenalan pelajar" nih...
walaupun usia menginjak siri 4, dan berada di kelas yang rata-rata berusia di bawah 25 tahun, alhamdulillah dapat juga menyesuaikan diri. kadang kala terasa muda, kadang kala terasa berusia (taknak guna term TUA, hahahah)
walaupun tempoh kelas sama seperti pekerja pejabat (8am hingga 5pm, dan biasanya tamat sekitar 430pm) masa berlalu begitu pantas hinggakan tak terasa langsung. mungkin rasa seronok dengan gelagat rakan-rakan sekelas yang menghiburkan menjadikan masa begitu cemburu....
apapun, hampir sebulan di kolej komuniti ni, memang happening... kenapa lah masa habis SPM dulu tak dikenalkan dengan konsep kolej macam ni...
mungkin ada hikmah disebaliknya...
untuk pelajar-pelajar lepasan SPM, jika gagal mendapat tawaran ke mana-mana IPTA/S atau kolej, meh la daftar kat kolej komuniti ni... terutama kolej komuniti Kota tinggi... learning with FUN, all that i can say....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan