Iklan Berbayar

Rabu, 25 Januari 2012

sambung laptop ke monitor, akibat monitor laptop dah blackout

monitor laptop blackout? atau rosak atau retak.... masalah yang cukup menghantui pengguna laptop... iyelah...tengah syok-syok online... tiba-tiba, laptop buat hal...

sekali monitor gelap....hitam... dan tak berfungsi. macamana nak buat? mesti korang frust menonggeng kan.... dan kejadian ni berlaku beberapa hari lepas. bermula dengan monitor laptop kejap terang kejap malap, pastu ada gegar-gegar menggeletar, pejam-celik-pejam-celik, terus piap.....

serentak kejadian, bermulalah keluhan dan bebelan, arghhhhh......................tensen...

kalau la kejadian ni terjadi kat korang...ape korang rasa? mesti nak lempar lappy kesayangan korang keluar tingkap atau sesapa yang duduk apartment/flat/kondo, mesti korang rasa nak cari tingkat paling tinggi dan campakkan ke bawah.... puas bukan?

dalam masa kecewa... tiba-tiba puan wife bersuara, "kan ada LCD monitor yang menganggur, sambung aje kat port monitor tu"

owhh, baru teringat, ada sebuah monitor LCD untuk desktop aku yang dah rosak, bagus idea tu. lagipun masalah cuma pada monitor dan sistem laptop ni masih boleh berfungsi dengan baik. sekurang-kurangnya tak perlulah hantar repair atau worst case scenario, terpaksa beli laptop baru.

laptop yang disambung ke monitor
dan hasilnya... WALLA!.... yess...berjaya... nasib baik laptop ni ada port untuk monitor. dan majoriti laptop ada port ni. tapi kurang pasti untuk netbook. kena check balik....hik hik hik...

tapi ada satu masalah.... display grafik bergetar, camne nak buat ni... dah puas "ejas" monitor, ejas function display...tetap sama.... cuba google....dan jawapannya,iskk senang aje rupanya....

tekan butang Fn + butang yang ada logo monitor (biasa ditanda dengan ikon segiempat dan terletak di butang F3 atau F4 bergantung kepada model laptop)

sekali lagi.... WALLA!... laptop dah jadi desktop

terang benderang....

p/s: time ni mulalah berangan... kalaulah ada tv LCD/LED yang besar dan boleh disambung ke komputer kan seronok.... dah tentu aku boleh menonton youtube atau stream filem kegemaran dengan pandangan yang amat luas sekali....hahahhah

1 ulasan:

PakMail berkata...

Thanks for sharing.
Kalau screen laptop saya rosak, boleh cuba kaedah ini.