Iklan Berbayar

Jumaat, 6 Januari 2012

clothes that poke eye? parah ni, kita perlukan lebih "english education"

tak tau nak cakap camne.... sampai jadi bahan gelak, mungkinkah pembelajaran bahasa inggeris perlu dipertingkatkan lagi?

korang bacalah keratan akhbar ni, pada aku malu dan memalukan...kena gelak pulak tu,
dan lebih memalukan lagi... isu pembelajaran bahasa inggeris pernah jadi isu hangat... 

klik kalau nak besarkan

sememangnya memartabatkan bahasa melayu itu penting, walaupun kadang kala kita (termasuk aku jugak) mencemarkan martabat bahasa sendiri.... tanpa kita sedari.... tetapi kalau dah jadi macam ni... ermmm

malu lagi memalukan... adakah ini hasil perjuangan memartabatkan bahasa melayu hinggakan bahasa ke 2 di malaysia jadi macam ni?

entahlah...nak bangkitkan isu PPSMI, malas dah bila mereka yang "terlalu bijak lagi pandai" dah masuk campur dan akibatnya jadi macam air batu campur..... kalau ye pun air batu campur... sedap jugak tapi ni, ermmm sampah bercampur kut?

aku akui, tak semua antara kita fasih dan lancar berbahasa inggeris, seperti mana kekok dan pelatnya mereka cuba berbahasa melayu walaupun 11 tahun dimasukkan dalam sistem pembelajaran di malaysia.

Tepuk dada tanya akal, dah jadi macam ni, ramai tepuk dahi sambil ketawakan korang macam orang hilang akal....

1 ulasan:

ordinary malaysian berkata...

Lebih baik clothes that poke daripada tanpa clothes lah!