Iklan Berbayar

Selasa, 31 Januari 2012

sesungguhnya, marah itu meletihkan

marah, ramai yang tahu perasaan ni. memang tak selesa,  memang tak menyenangkan. satu perasaan yang sememangnya tak elok dan amatlah tak baik diamalkan.

masih ada kaitan dengan entri sebelum ini. rasa marah, kecewa dan sakit hati ternyata "memakan" diri sedikit. aku rasa begitu lemah dan hilang semangat. seakan tenaga aku diserap dek aura buruk tu.

memang amat sukar untuk seseorang yang jarang marah, yang jarang naik hangin. memang amat meletihkan. ternyata, marah tu amat berbahaya jika diamalkan. dan kesannya, aku letih dan hilang semangat.

p/s:marah memang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan penyakit jantung....silap hari bulan, kembali ke rahmat tuhan yang esa... moral, kawal marah ye kengkawan....

khidmat pelanggan anda mengecewakan, prasarana dan rapidkl sila ambil perhatian

kekecewaan yang amat memeritkan. tanpa mengharapkan satu servis bertaraf 5 bintang, aku terpaksa menghadapi satu peristiwa yang aku rasakan, satu servis yang aku rasakan lebih rendah dari ekspetasi servis aku yang rendah.

selama beberapa tahun aku dalan industri servis, tak pernah aku berhadapan dengan seseorang yang menjadi barisan hadapan yang memberikan servis tanpa cuba mengetahui apa masalah pelanggan dan cuba memberi penyelesaian sebaiknya. ya, aku hanyalah seorang pengguna menggunakan servis yang harganya amat kecil dan mungkin tak bernilai apa-apa, tetapi dengan servis sedemikian, nilai yang tak seberapa tu akan menjadi satu harga yang cukup besar untuk dibayar.

kejadian berlaku pada 31/1/2012, sekitar jam 11.30pg memulakan perjalanan dari bukit jalil menuju ke jelatek, membeli token perjalanan di mesin layan diri dan aku cukup gembira dengan servis yang dapat memudahkan pengguna lrt. tak seperti dulu, tak perlu beratur panjang dan tak perlu menghabiskan masa. pada aku ianya satu kemudahan yang baik. walaupun perlaksanaan token tersebut seperti mendadak, hanya beberapa bulan dan mungkin kurang dari setahun dari pelaksanaan kad "rabbit", aku tetap menyokong penuh tindakan rapidkl dan prasarana memberi kepelbagaian kaedah pembayaran khidmat untuk penggunanya. ianya memang memudahkan dan mempercepatkan perjalanan pengguna.

sampai di stesen masjid jamek, stesen pertukaran ke kelana jaya line, aku turun untuk pertukaran tren ke stesen jelatek dan terus menuju ke laluan keluar,  apabila aku menyentuhkan token tambang, pintu laluan tidak dibuka. aku cuba mencari seseorang yang aku boleh jadikan rujukan dan pertanyaan dan mencuba beberapa kali, masih tidak terbuka. mungkin aku sedikit blur atau boleh, boleh dikatakan "agak bodoh" dengan sistem baru ni.aku telah memasukkan token ke dalam slot dan dengan cara itu sahaja aku boleh keluar melalui laluan tersebut. disebabkan tiada staff stesen yang boleh dirujuk, aku ke kaunter dan bertanya kepada petugas kaunter yang ada, hanya beliau bertugas berseorangan. ketika itu sekitar jam 12.30 tgh hari.

apabila aku mengadu masalah dan bertanyakan kepada petugas tersebut, yang aku lupa nak tanya namanya, petugas itu hanya menjawab dengan jawapan ringkas tanpa cuba memahami apa masalah yang dihadapi. "Abang dah masukkan token tu kan?, beli kena token baru kat seberang sana" huh... ringkaskan jawapan dia. memang menyentap hulu jantung aku masa tu. aku cuba kawal diri agar kekecewaan tidak menguasai diri. ternyata, pengalaman mengawal dan mengurus kekecewaan agak "tercalar" ketika itu apabila petugas tersebut mempersoalkan "kenapa aku masukkan token tersebut" dan "tidak menggunakan laluan belakang" untuk keluar dan bertukar ke stesen laluan kelana jaya untuk ke jelatek? memang tersentap, cukup tersentap, tanpa cuba memahami apa permasalahan pelanggan, terus menyalahkan pelanggan? sungguh bagus skil khidmat pelanggan dari sebuah syarikat prasarana yang cukup gah liputannya di media elektronik dan media cetak.

sungguh mudah petugas tersebut untuk melepaskan diri  mempersoalkan "kenapa tidak bertanya dan terus memasukkan token ke dalam slot"...

oh, mudahnya, salahkan pelanggan buta-buta tanpa ada inisiatif untuk mendengar pemasalahan pelanggan yang mengadu. amat-amat mengecewakan dengan servis sebegini.

timbul persoalan, di mana silapnya, adakah petugas terbabit tidak diberikan latihan sebaiknya? atau pengurus stesen tidak memantau dan ambil peduli tentang servis yang diberikan oleh staffnya?

pengurus stesen masjid jamek, encik mohd zamri, sila ambil perhatian ya....

ada lagi yang mengecewakan. aku hanya mengetahui laluan untuk menukar stesen berada di belakang kaunter khidmat pelanggan TETAPI, tiada papan tanda untuk mengarahkan penumpang ke situ. walaupun laluan tersebut betul-betul berada di hadapan eskelator. tanpa papan tanda untuk mengarahkan penumpang yang hendak menukar laluan dengan jelas, pasti mereka terkeliru.oleh itu hal ini seharusnya diambil perhatian yang lebih serius. harus diingat, walau beratus ribu penumpang tetap anda menggunakan perkhidmatan itu setiap hari, ada beberapa orang yang agak jarang menggunakan perkhidmatan ini terutama pelancong dan mereka akan keliru dengan sistem ini. ditambah pula dengan khidmat pelanggan kurang memuaskan. jika saya sebagai pelancong, sudah tentu saya akan memberi satu pandangan yang amat buruk.

walauapapun, aku sekadar meluahkan kekecewaan yang amat sangat. satu perkhidmatan yang mantap seharusnya disertakan dengan satu perlaksanaan yang akan memantapkan lagi perkhidmatan tersebut. bukanlah perlaksanaan yang boleh mengecewakan pelanggan. seorang pelanggan anda mungkin membayar tambang tak sampai RM10,satu nilai yang kecil, tetapi bukanlah satu alasan yang boleh digunakan dengan memberikan perkhidmatan tahap rendah. maaf agak kasar bunyinya.

sesungguhnya aku amat kecewa....

p/s: terasa macam nak e-mailkan kepada pengurusan syarikat prasarana dan rapidkal, juga emailkan kepada editor-editor suratkhabar agar penambahbaikan khidmat pelanggan boleh dilakukan... apa kata anda?

Jumaat, 27 Januari 2012

TV 42 inchi untuk dimenangi, mudah tanpa peraduan

Tawaran hebat, TV 42 inci untuk dimenangi, tanpa beli apa-apa, tanpa masuk peraduan apa-apa... menarik kan?

mestilah menarik..... bukan senang nak menang tanpa ada peraduan kan? mesti ramai tanga camne caranya...

senang aje, laporkan kejadian paip pecah ke SYABAS dan korang berpeluang untuk memenangi hadiah berupa TV 42 Inci... senang kan....

ianya bertujuan untuk orang ramai lebih prihatin dengan paip bocor ni. secara tak langsung boleh mengurangkan "non revenue water"...

mudah kan? apa lagi, jika ada kejadian atau terjumpa paip pecah, cepat-cepat laporkan ye... jadilah warganegara yang prihatin...

p/s: jangan lepas ni ramai pulak yang laporkan kebocoran atau paip pecah dalam rumah kat syabas, tu mengada namanya.... atau paling teruk, saja pecahkan paip tepi jalan... tu carik bala namanya!

altitude alto, hasil animasi yang hebat hanya dari komputer desktop

cuba tengok hasil animasi ni, hampir sehebat disney atau pixar? adakah mereka ni animator professional dari luar negara?



 ianya memenangi beberapa anugerah.... secara peribadi, mereka berbakat.... dan jangan tak percaya, diorang ni student MMU dan mereka hanya menggunakan 4 desktop komputer untuk animasi secantik ni....

p/s: jangan ditanya spesifikasi desktop tu.... aku pun tak tau... hehehehhe

Khamis, 26 Januari 2012

The 7 Deadly Credit Card Sins

ALERT: Check your wallet/purse... is there any other card except your ID card? if yes, is that the card we call "credit card"?

if yes, just be aware, because if you are not wise enough, you will trapped in "sinfully" credit life... i am kinda agree with the article below, just read and use your most-top-few-pound-organ to think....

The 7 Deadly Credit Card Sins

“Card”-inal Sins
Credit cards can be a great asset or a great liability, depending on how a cardholder uses them. While you probably won’t go to hell for committing any of these sins, the financial situation you will find yourself in afterwards can certainly cause some pain to your pocketbook and damage your credit score. Read on to find out the seven deadly credit mistakes you should avoid at all costs.

Gluttony: Bumping Up Against Your Credit Limit

Just because your issuer awarded you a $6,000 credit limit doesn’t mean you should max the card out. For starters, those who aren’t able to pay off their balances in full increase the likelihood of winding up in debt, since they’ll be subject to the interest on their purchases. Secondly, bumping up against your credit limit is likely to have a negative overall impact on your credit score.

“The closer you get to your credit limit, the riskier your credit profile is going to look,” says Chris Mettler, founder of  CompareCards.com, since it leads to a high credit-to-debt utilization ratio. Mettler says a best practice is to use credit in moderation, using only 15% or less of your total credit at any given time. And yes, you should also pay off all those balances in full by the end of the month whenever possible.

Pride: Not Checking Your Credit Score

You might assume your credit score is in fine standing based upon a presumably stellar payment history, but the truth of the matter is that credit reports can easily contain errors. And the more egregious ones, like inaccurate delinquencies or improper credit limit information, can cost you more than a few points on your accompanying credit score.

As such, consumers should check their credit report at least once a year – especially since you’re entitled to one free copy each year, thanks to the Fair Credit Reporting Act – or right before you apply for a big loan, to minimize the chance that you’ll encounter any surprises.

Lust: Applying for Too Much Credit
Lucrative sign-on bonuses can certainly be attractive, but that doesn’t mean you should apply for every credit card that’s touting one. Too many credit card inquiries – generated by lenders who are looking to see if you deserve a new line of credit – in a short timeframe can also negatively impact your credit score. Instead, apply for credit as you need it and add a new card to your payment arsenal about once a year until you’ve got three or four you can consistently pay off on time at your disposal.


Greed: Taking Out a Cash Advance
It may seem like an awesome idea to use your credit card to get a cash advance at a casino so you have some cash to gamble with, but in addition to the lousy odds you’ll have in making the money grow, the paper comes with a price.

“You’re going to be charged a significant amount of interest,” Mettler says, estimating that most transactions will carry an interest rate around 23% or higher. As such, it’s best to use a credit card only in instances where the plastic itself can be used to make the purchase… and you can pay back the funds by the subsequent bill’s due date.

Envy: Applying for a Card That’s Out of Your League
Your globe-trotting friend may continuously flash a credit card that grants them access to swanky airport lounges, earns free airfare and avoids foreign transaction fees, but don’t let jealously lead you to sign up for one of your own. Typically, cards of that caliber contain high annual fees that are only worth paying if you travel enough to justify the rewards.

Instead, ask yourself a few questions to figure out what type of credit card is more suitable to your lifestyle.  (You'll also want to check that your credit score qualifies you for the account so as not to rack up any unnecessary inquiries we were talking about.) There may be a great rewards card with no annual fee that will look much better with your name on it. 

Wrath: Closing All Your Credit Card Accounts
Those who have gotten burned by their plastic may be inclined to cut up all the credit cards in their wallet and close all the accompanying accounts, but it’s best to curb your anger. Closing accounts can negatively influence your credit-to-debt ratio, especially if the one card you’re leaving open – or transferring a balance to – is bumping up against its credit limit.

It’s better to keep the account open, but not use it, since that will keep your credit-to-debt ratio positively intact and not jeopardize the average age of your credit report.

Sloth: Not Checking Your Monthly Credit Card Statements
It can be easy to set up automatic bill pay on your account and then forget all about your credit card, especially in instances where you use it infrequently. However, it’s a bad idea to skip out on checking your monthly credit card statements entirely.

“You can be paying for things you’ve signed up for and forgotten about,” Mettler says, in addition to any fraudulent charges that may appear, courtesy of errors or – worse yet – identity theft.


source: yahoo finance


then, USE wisely folk, if you fail to plan your card spending, fail to pay it on time, and to make it worst, fail to plan your money, you will be sent to "credit hell" forever....

p/s: keep your "credit sin" as low as possible and you will enjoy "heavenly" life ever after.... 

Rabu, 25 Januari 2012

sambung laptop ke monitor, akibat monitor laptop dah blackout

monitor laptop blackout? atau rosak atau retak.... masalah yang cukup menghantui pengguna laptop... iyelah...tengah syok-syok online... tiba-tiba, laptop buat hal...

sekali monitor gelap....hitam... dan tak berfungsi. macamana nak buat? mesti korang frust menonggeng kan.... dan kejadian ni berlaku beberapa hari lepas. bermula dengan monitor laptop kejap terang kejap malap, pastu ada gegar-gegar menggeletar, pejam-celik-pejam-celik, terus piap.....

serentak kejadian, bermulalah keluhan dan bebelan, arghhhhh......................tensen...

kalau la kejadian ni terjadi kat korang...ape korang rasa? mesti nak lempar lappy kesayangan korang keluar tingkap atau sesapa yang duduk apartment/flat/kondo, mesti korang rasa nak cari tingkat paling tinggi dan campakkan ke bawah.... puas bukan?

dalam masa kecewa... tiba-tiba puan wife bersuara, "kan ada LCD monitor yang menganggur, sambung aje kat port monitor tu"

owhh, baru teringat, ada sebuah monitor LCD untuk desktop aku yang dah rosak, bagus idea tu. lagipun masalah cuma pada monitor dan sistem laptop ni masih boleh berfungsi dengan baik. sekurang-kurangnya tak perlulah hantar repair atau worst case scenario, terpaksa beli laptop baru.

laptop yang disambung ke monitor
dan hasilnya... WALLA!.... yess...berjaya... nasib baik laptop ni ada port untuk monitor. dan majoriti laptop ada port ni. tapi kurang pasti untuk netbook. kena check balik....hik hik hik...

tapi ada satu masalah.... display grafik bergetar, camne nak buat ni... dah puas "ejas" monitor, ejas function display...tetap sama.... cuba google....dan jawapannya,iskk senang aje rupanya....

tekan butang Fn + butang yang ada logo monitor (biasa ditanda dengan ikon segiempat dan terletak di butang F3 atau F4 bergantung kepada model laptop)

sekali lagi.... WALLA!... laptop dah jadi desktop

terang benderang....

p/s: time ni mulalah berangan... kalaulah ada tv LCD/LED yang besar dan boleh disambung ke komputer kan seronok.... dah tentu aku boleh menonton youtube atau stream filem kegemaran dengan pandangan yang amat luas sekali....hahahhah

Selasa, 24 Januari 2012

i wish all malaysian boss will do this

lunar new year, in the year of dragon.... maybe this time, all the bosses, or someone who own the company, or the the decisiom maker of the company... able to do this... able to come down, work side by side with their frontliners... just to understand their problems and their need...

come on... leave your plush seat... work with them and not just "counting performance and profit"



dare to do this bosses? especially those with the bursa listed company....

Rabu, 11 Januari 2012

jemputan ke majlis resepsi

salam semua...

lebih kurang sebulan lagi, satu majlis resepsi untuk tuan punya blog akan diadakan, dan hari ini dengan segala hormatnya menjemput semua pembaca, pengikut dan rakan-rakan blogger untuk hadirkan diri ke majlis tersebut pada 19 febuari 2012.

sila rujuk peta untuk lokasi dan koordinat GPS.

sila klik untuk gambaran lebih jelas
dan kepada sesiapa yang hendak sahkan kehadiran, bolehlah tinggalkan pesanan di ruangan komen, bolehla kita merapatkan silaturahim....

operasi pemotongan bekalan air untuk bil tertunggak di selangor

perhatian untuk semua pengguna,

satu operasi pemotongan bekalan air untuk bil-bil tertunggak akan dijalankan di kawasan hulu selangor, kuala selangor dan petaling. informasi dari syabas hari ini.

oleh itu, dinasihatkan kepada pengguna, sila bayar bil air anda terutama yang tertunggak sebelum dipotong. nanti tak mandi pula... kan dah susah...

ada satu lagi, kepada mereka yang sentiasa membayar bil minima, jangan berlengah lagi, dah tentu korang taknak bayar caj penyambungan bekalan kan.... apatah lagi korang yang sentiasa dapat "bil murah" yang mana bekalan air korang sentiasa "disubsidi" oleh kerajaan selangor... bawak bayarlah tunggakan tu...

sekadar nasihat...
alamak... mana pulak bil aku bulan ni tersorok ye... iskkk

Sabtu, 7 Januari 2012

tali raket Lin Dan putus terbarai, satu serangan psikologi?

Lin Dan, pemain ulung dari negara china, tali raketnya putus terbarai bila buat smash.... ermhh reput ke tali raket dia?

selama 33 tahun aku hidup, pernah meminati badminton terutama ketika malaysia menjadi pasukan antara yang terbaik di di dunia, ketika adik beradik anak kepada arwah hj sidek menjadi bintang, belom pernah berlaku kejadian seperti ini....

bersepai atau terbarai?

ni pukul bulu tangkis ke bola skuasy?
nampak tak? berlubang dibuatnya. salah satu faktor yang aku boleh jangkakan, tali raketnya terlalu ketat. kebiasaan untuk pemain prefessional untuk menggunakan regangan tali maksima kerana mereka tidak perlukan keanjalan tali untuk memacu bulu tangkis tidak seperti pemain amatur.

adalah mustahil untuk mengatakan tali tu dah reput, takkan lah kan..... atau, ianya sebagai satu serangan psikologi untuk sesiapa sahaja bakal lawannya di masa hadapan?

Jumaat, 6 Januari 2012

kesian harimau ni, giginya dah patah

harimau ni ditemui di sekitar kawasan kereta kabel langkawi, berhampiran dengan jambatan. nampak garang tetapi cukup jinak, hinggakan ianya hanya menganga melihatkan pengunjung yang lalu lalang....

tetapi.... harimau ni memang membuatkan aku terkejut dan sangat-sangat terkejut.... itupun selepas dia menegur aku dengan suara yang cukup menyedihkan....sempat aku ambik gambar dia.....

.
kesiankan.... nampak terbiar dan berpenyakit..... hehehhe jangan marah ye.... santai hujung minggu....

insurans kenderaan naik, mesti ramai tepuk dahi

mesti ramai yang menyampah kan... mulai 16 januari ini, insurans kederaan bermotor akan dinaikkan antara RM1 hingga RM64.

menurut bank negara, kenaikan ini dikenakan hanya selepas 30 tahun dan akan dikaji setiap 4 tahun sekali selepas ini.

kenaikan untuk kenderaan persendirian adalah seperti berikut:-


perlindungan pihak ke-3 bagi motorsikal 110cc, kenaikan antara RM1 hingga RM3.50 setahun untuk 4 tahun akan datang


kereta persendirian 1400cc - kenaikan antara RM6 hingga RM34 setahun untuk jangka masa yang sama

sumber : the sun

clothes that poke eye? parah ni, kita perlukan lebih "english education"

tak tau nak cakap camne.... sampai jadi bahan gelak, mungkinkah pembelajaran bahasa inggeris perlu dipertingkatkan lagi?

korang bacalah keratan akhbar ni, pada aku malu dan memalukan...kena gelak pulak tu,
dan lebih memalukan lagi... isu pembelajaran bahasa inggeris pernah jadi isu hangat... 

klik kalau nak besarkan

sememangnya memartabatkan bahasa melayu itu penting, walaupun kadang kala kita (termasuk aku jugak) mencemarkan martabat bahasa sendiri.... tanpa kita sedari.... tetapi kalau dah jadi macam ni... ermmm

malu lagi memalukan... adakah ini hasil perjuangan memartabatkan bahasa melayu hinggakan bahasa ke 2 di malaysia jadi macam ni?

entahlah...nak bangkitkan isu PPSMI, malas dah bila mereka yang "terlalu bijak lagi pandai" dah masuk campur dan akibatnya jadi macam air batu campur..... kalau ye pun air batu campur... sedap jugak tapi ni, ermmm sampah bercampur kut?

aku akui, tak semua antara kita fasih dan lancar berbahasa inggeris, seperti mana kekok dan pelatnya mereka cuba berbahasa melayu walaupun 11 tahun dimasukkan dalam sistem pembelajaran di malaysia.

Tepuk dada tanya akal, dah jadi macam ni, ramai tepuk dahi sambil ketawakan korang macam orang hilang akal....

Khamis, 5 Januari 2012

dah buang shoutmix

salam...seminggu tak tulis blog.... balik kota tinggi melawat mentua sesambil shopping baju melayu kat pasar kemboja.....

dan hari ini....dengan rasminya shoutmix aku dah buang, memang perasan ramai yg mengeluh pasal shoutmix ni. tak kisahlah, aku taknak guna dah... so, selamat jalan ye shoutmix!

ingat, aku bukan "cheapskate", mana tau ada yang cakap aku asyik nak guna barang free, anyway, hak aku untuk memilih samada nak guna atau tak... kan.... kan.... jadi,aku pilih untuk tidak menggunakannya....

tengoklah...kalau ada perkhidmatan lain yang boleh aku gunakan.... tapi buat sementara, aku guna guna apa-apa service lagi.....