Iklan Berbayar

Selasa, 13 Disember 2011

oh tidak, transnasional hentikan perkhidmatan bas di selangor pulak!

hari ni, diberitakan konsortium transnasional mula memberhentikan perkhidmatan basnya di kawasan selangor. adoyai, sebagai salah seorang pengguna tegar perkhidmatan awam, ni dah tentu akan menyusahkan perjalanan aku untuk balik kampung...

tindakan ini diambil berikutan kerugian yang dialami mencecah RM8 juta setiap tahun... hinggakan pihak suruhanjaya pengangkutan awam darat "terpaksa" mencadangkan kerajaan untuk membantu syarikat-syarikat bas yang "sakit" ni...

kesannya, dah lah lembah kelang ni sesak dengan kereta, dengan ketiadaan perkhidmatan bas ni, bertambahlah kesesakan yang ada.... dan satu lagi, dah lah bas transnasional aje yang lalu kampung aku (dulu ada bas lain tapi, macam dah takde) dan selalunya sesak, nampak gaya, bertambah sesaklah bas yang lalu, sebab selalu sangat PENUH!

harap kepada yang berkenaan, ambil tindakan sepatutnya, kalau boleh ambil alih, ambil alih je syarikat bas yang "dah tak sanggup beri perkhidmatan", atau mungkin boleh tubuhkan syarikat "rapidselangor" pulak...

ni petikan dari surat khabar yang aku jumpa... ramai yang tak setuju...
Passengers criticise move to halt bus services


KUALA LUMPUR: Bus passengers are feeling frustrated by the stage bus company Cityliner's decision to stop its services in Selangor from today.

Thousands of daily passengers, especially those who regularly commute on its routes from Kuala Lumpur to parts of Selangor, will be severely affected by the halt.

Many would be forced to switch to other forms of public transport.

Student Norfazmira Kamal, 19, said it would be a struggle to travel from home to university daily should the bus service come to a halt.

“I have no other choice but to take the KTM Komuter to go back home,” she said at Pudu Sentral here yesterday.

baca lagi klik sini

kan dah menyusahkan mereka-mereka yang "pengguna tetap kenderaan awam"

cuma satu aje nasihat aku... jalan kita dah sedia sesak, takkan nak sesakkan lagi dengan berhentinya kenderaan awam. jadinya, mereka-mereka yang bertanggungjawab, ambil tindakan segera sebelum jalan bertambah sesak dengan jalaran kereta-kereta baru...

kalau takde idea sangat nak buat camne, turun ke bawah, tanya pengguna camne nak selesaikan.

Tiada ulasan: