Iklan Berbayar

Selasa, 6 Disember 2011

aku hampir menangis kerana anjing ini

sebak...

walaupun aku bukanlah pencinta anjing, jauh sekali hendak membelanya sebagai pets, dan kadangkala seakan tidak dapat menerima kehadiran haiwan ini, tetapi, jauh di sudut hati, masih ada perasaan kasihan dan kasih terhadap binatang yang "najis mughalazah" ni....

kadangkala keletah haiwan ini mampu membuatkan aku tersenyum... terutama anjing-anjing yang approach aku dengan ekor yang melambai-lambai.... seakan tersenyun dan salakannya seakan memanggil-manggil aku untuk rapat dan minta dimanjakan....

kebanyakannya, mereka ini tidaklah semesra dan semanja seperti segelintir dari anjing-anjing "mesra" yang pernah aku jumpa....

tetapi malang... aku masih mengelak untuk menyentuh haiwan ini...

dan blog seorang pencinta haiwan ini semakin membuka minda aku... korang boleh lawat blog dia ni di http://kucing2terbiar.blogspot.com

aku sebak, bila post video terbaru, seekor anjing peliharaannya yang setia menjadi penjaga kebun, telah pergi, bukan kerana kematian secara semula jadi, tetapi seakan perbuatan khianat...

korang tontonlah video ini.... sedih...



bukan hendak menuduh... tetapi dari keadaan mulut berbuih, aku seakan setuju yang anjingnya "DIRACUN"

kepada mereka yang pernah mendaki bukit tabur, mungkin korang mengenali atau mengecam anjing ini yang sering "menemani" para pendaki.... seekor anjing berwarna coklat... bernama peace tak akan kelihatan lagi kelibatnya lagi....

Tiada ulasan: