Iklan Berbayar

Selasa, 6 Disember 2011

bila tak dijemput, merajuk, bila dijemput tak datang pulak, pelik... pelik...

pelik, sungguh pelik orang kita ni kan...

lama aku dah perhatikan, bila ada sesuatu majlis je, kebetulan majlis tu majlis tertutup sebagai contoh, majlis nikah, ada la segelintir kawan "orang kita" ni, bising-bising dan keluar statement, "sampai hati tak jemput", padahal, awal-awal lagi dah stated "majlis tertutup".... macam dia tu rasa kecewa sangat tak dapat datang "majlis tertutup" tu...

dan tak lama lepas tu... bila si empunya badan buat majlis resepsi, maka dijemputlah semua kenalan, jiran-jiran dan orang kampung. dari gunakan kad jemputan konvensional sampailah menggunakan medium terkini dan berteknologi, semata-mata nak jemput dan taknak kene sindir "sampai hati tak jemput" dari kawan tu...

keputusannya? aku rasa korang dah boleh agak.... sejuta satu alasan boleh dia bagi....

kalau camtu baik awal2 dulu bagitau, "sok majlis resepsi takyah jemput, aku bz" kan senang....

tu yang kadang-kadang aku pelik dengan perangai "orang kita" ni... ermmm entahlah... mungkin diorang ni dah terbiasa dengan cara camtu kut.... ape2jelah....

p/s: best jugak kalau bahasakan org yg kita jemput tu dengan bahasa yang sama, "sampai hati ko tak datang majlis aku... buat penat aku jemput je... kalau tahu baik aku takyah jemput ko macam masa majlis nikah tu hari...".... agak-agak boleh putus kawan tak?....

hahahahhah 

Tiada ulasan: