Iklan Berbayar

Jumaat, 2 Disember 2011

blog dah macam siaran tv, buat perabih bandwidth "berokben" je!

ada orang bagi mesej kat aku... bunyi dia sebiji kat atas. aku senyum je lah.... pedulik ape kan... my blog, aku punya suka la..... hahhaha

uhukss....tersedak.... pekena dulu teh o madu kegemaran aku dulu...dah naik sejuk plak.... anyway, bukanlah aku reply camtu pun. walau apepun orang komen, walau camne pun orang kutuk.... walau bagaimanapun orang maki, aku suka gunakan teknik "anger management" yang selalu aku guna masa kerja FnB dulu.... tarik nafas, tahan seketika, lepas perlahan-lahan..... dan senyum!

memang akhir-akhir ni aku dok post video, sebabnya, aku jadi "typeless"? eh...adeke perkataan tu? perosak rakan sebaya...eh... perosak bahasa betul la.... dapat sesuatu yang menarik tapi tatau nak cerita apa... akhirnya, biarlah video tu yang bercerita.... mungkin lebih menarik dari penceritaan aku...

dan... kepada readers/followers/watchers dan lain lain lagi, harap korang tak bosan singgah dan menjengah blog yang tak seberapa ni.... dan jangan lupa, singgah-singgah la blog koleksi harta karut yang mungkin dapat mengimbau kenangan lama zaman kecik-kecik dulu....

oklah...adios senor, senoritas..... chiow...

Tiada ulasan: