Iklan Berbayar

Jumaat, 28 Oktober 2011

hadiah kawen kah ini? nuffnang bagi hadiah kawen la....

memang lama aku jarang updet blog, readers pun dah berkurangan.... ermhhh next week pun mungkin kurang update pasal aku akan bercuti.....

bercuti dengan hajat terbesar dalam kehidupan aku.... BINA MASJID

dalam pada kurang updet, readers pun kurang... nuffnang tak bg buffered...ermmm i need to do sumthing....
kadang-kadang curik2 update benda-benda merapu...video... quote2 yang mungkin bukan taste pembaca....

tiba-tiba hari ni...tatkala aku dah naik letih kemas mengemas...gatal lak nak bukak nuffnang.... dah sebulan takde buffer ni...ermmm bukak je lah.... tp semangat nak bukak tu masih di tahap paling rendah sebab visitors tak sampai 30 sehari...jgn ditanya pasal unique ip... haram berapa kerat je.....

DING....!
aih....macam tak caya... sampai 2 dia bagi.... ada betul ka? ermhhh bukak blog... perati balik kat iklan tu... owwhhh....patut lah... dah berjoget riang dah.... sampai iklan kementerian pun ada....

oklah ni...ada jugak pembakar semangat tatkala aku sibuk...aku penin kepala...

aku anggapkan ni hadiah kawen aku dari nuffnang....ekekeke poyo je stetmen....

pssttt...pssttt.... bila blog i-am-not-a-collector aku nak dapat buffer ni... bg2lah nuff....

eh korang... meh la singgah blog koleksi HARTA KARUT aku tu....

Khamis, 27 Oktober 2011

aku akan bercuti panjang

ermhh konon... biasalah... aku mmg jarang update blog lately, sambungan untuk weight loss program pun aku terpaksa tangguhkan dulu....

kenapa plak aku nak cuti panjang... ni lah sebabnya....

kalau tak nampak sila klik kat gambar, taknampak jugak, guna kanta pembesar
owh ya....majlis ni majlis tertutup, maaf tak dapat jemput semua untuk majlis ni.... tp jgn risau.... akan ada jemputan untuk majlis resepsi... tarikh dan tempat akan diberitahu kemudian.... masa tu jemputan terbuka untuk semua ye....

doakan kami berbahagia.....

gambar...nantilah... nanti aku uploadkan....keh keh keh...

[video] bila kucing buka spa, ada sesapa nak try?

cute kucing ni... tah bile la dapat peluang diurut oleh seekor kuceng!



kiut kan...

Isnin, 24 Oktober 2011

aku benci kau adalah perkataan paling ikhlas dituturkan

kita selalu bertanya,
ikhlaskah seseorang itu bila berkata-kata,

bila mereka berbicara tentang cinta,
bila mereka menabur janji, 

bila mereka bercerita tentang kebaikan seseorang,
bila mereka memuji

bila mereka begitu,
bila mereka begini,

jauh di sudut hati, pasti akan tertanya...
ikhlaskah mereka?
hanya mereka yang ada jawapannya...

TETAPI....

kata-kata yang menyatakan kebencian adalah ayat yang paling ikhlas dituturkan!!!!

Sabtu, 15 Oktober 2011

aku dia dan cinta, hati berbunga semakin gembira, tapi debarnya, ya Allah....

hati berbunga, gembira tak terkata...
bila yang dirancang berjalan lancar..
asal kelu hilang kata-kata,
di dalam hati berdebar-debar...
perjalanan jauh sampai penghujungnya,
setelah 10 tahun menyulam cinta
kepada ibu bapa restu diminta
persetujuan diberi senyum sampai ke telinga

eceh...bersajak gurindam pulak.... iskk kelam, tatau camna nak tulis dah.... menggigil jantung berdebar tangan, 
eh...eh... adoyaiii... 

salah tu.... berdebar jantung menggigil tangan dan jejari ni...
peluh jantan boleh menitik!

ermhhh takpelah.... doakan saja ianya kekal, insyaAllah....

30-10-20-11, nombor ni akan jadi kenangan sepanjang hayat!

Jumaat, 14 Oktober 2011

5 larangan dalam tido

uwarrghhh..... salam pagi.... iskkk kurang sopan sungguh ni..... jap jap, cuci muka dulu....
.
.
.
.
.
.
.
okeh...dah breakfast?, ermhhh hari ni bangun-bangun je.... bukak fesbuk, nampak quotation ni....

5 LARANGAN DALAM TIDUR :

1. JANGAN TIDUR MEMAKAI JAM TANGAN
Jam boleh menghasilkan radioaktif, walaupun hanya sedikit, tapi kalau terlalu lama memakainya boleh mendatangkan bahaya.

... 2. JANGAN TIDUR MEMAKAI COLI (buat perempuan)
Para pengkaji di Amerika mengatakan bahawa memakai coli lebih 12 jam, boleh mengakibatkan kanser payudara.

3. JANGAN TIDUR MEMBAWA HANDPHONE
Gelombang Medan magnet yang dihasilkan oleh alat elektronik ini, boleh merosakkan sistem syaraf kita

4. JANGAN TIDUR KETIKA MASIH MEMAKAI MAKE-UP
Hal ini dapat menimbulkan masalah pada kulit, kerana kulit tidak dapat bernafas

5. JANGAN TIDUR DENGAN ISTERI ORANG (buat lelaki)
Ini kerana anda mungkin akan tidur selamanya , kehkeh..
 larangan yang ke 5 tu lah yang menyebabkan aku nak tergelak dan terus update....satu benda je aku nak sebut.... HAPE DA.............

hypnosis weight loss programme by hypno station siri 1

3 minggu lepas, aku yang kuat makan dan begitu enjoy dan agak taksub dengan makanan, menghadiri satu seminar hypnosis weight loss program yang dianjurkan oleh hypno-station...

harga: RM350 per person

tempat: bilik Dr Ishak,
Malaysian Society Of Complementary Medicine
2nd Floor, No 163-2-10
Wisma Mah Sing
163, Jalan Sungai Besi
KualaLumpur

Inquiry: 012 3891552

secara peribadi, seminar ni memang menarik, yang mana kita akan menggunakan pemikiran di bawah sedar (sub-concious mind) untuk mengawal tindak tanduk kita,dalam konteks ini, cara dan pola pemakanan...
kebiasaannya kita jarang sedar bahawa tindak tanduk kita kebanyakannya dikawal oleh pemikiran di bawah sedar, jadi, seminar ni akan menyerlahkan tindakan pemikiran bawah sedar untuk mengingatkan diri kita secara automatik...

aku nak cerita pun, dah terkelam... nak bukak balik handout, nanti aku cerita dalam entry selepas ni

antara benifit yg aku dapat...

1. aku boleh mengawal jumlah makanan yang diambil
2. jadual makan aku akan lebih teratur
3. selera lebih terkawal
4. pengambilan jenis makanan lebih terancang
5.lebih bertenaga walaupun tanpa senaman yang berat
5.kurang rasa lapar

6. kejayaan pertama yang paling besar, berat aku kurang sebanyak 6 kilogram, dari berat asal 81 kg, dengan hanya 2 minggu!

menarik bukan?

ada yg nak cuba? aku akan ceritakan tentang perjalanan 2 minggu menurunkan berat badan lepas ni, memang aku tak sangka yang penurunan berat aku sebanyak tu... anyway, kalau korang berminat nak tau camne nak turunkan berat badan, korang followlah blog aku ni... tak kisahlah...klik kat widget "follow" tu ke... atau bookmark blog aku pun takpe....

eh, by the way, kalau berminat nak join, boleh call nombor kat atas tu untuk pertanyaan... jgn lupa mention "promote by misbah" masa korang buat inquiry tu ye... atau korang boleh tinggalkan pesanan "saya nak join" dan tinggalkan e-mail, nnt aku emailkan flyers (yg dulu la).....dan seminar terdekat adalah pada hari sabtu, 22/10/2011 hingga 23/10/2011 (2 hari)
jam 2ptg hingga 6ptg

apa yang penting, tekadkan hati dan beranikan diri untuk menghadiri seminar ni, jika anda berusaha nak mengubah rupa bentuk diri korang tu... ke arah yang lebih sihat

jumpa entri akan datang.....

Rabu, 12 Oktober 2011

[video] ketahui jenis kucing-kucing anda, alahai...comel2nye.....

cat 101, knowing your cat...ambomakkk cumil2nye kekucing ni... cam nak peluk2 je...hik ihk ihk ihk



diorang buat siri rancangan ni, satu klip satu kucing... ada lebihkurang 40 klip...agak2 susah sgt nak cari, masuk youtube, search cat 101.... layan kekucing comel ni ye.... sesambil tambah pengetahuan pasal jenis2 kucing yang ada

Khamis, 6 Oktober 2011

poligami, kena cara hidup gembira, nampak manis tapi korang sanggup ke tanggung tanggungjawab?

perspektif baru berpoligami... tapi sebelum (lelaki) pasang cita-cita,  boleh ke korang bahagi kasih korang tu untuk dapat balasan 3x kasih sayang dari pompuan yang korang kahwini tu? macam mana dengan anak?(anak-anak)? hahahah kalau yang lelaki sanggup bahagi kasih, harta benda dan masa... itu hak korang ye....

anyway, yang ada 1 pun  jaga tak seberapa, makan selalu miss... bila ujung bulan je mengadu tak cukup duit, anak mintak duit belanja mula tarik muka, mula picit kepala.... simpan cita-cita korang tu dalam seluar korang ye.... hahahhahah....



tapi kalau korang boleh memenuhi kriteria "adil" tu... berbahagia lah korang....

psst... ada pakcik pernah pesan, poligami tu syurga, tapi salah cara, takyah tunggu kiamat, korang dah rasa "NERAKA" kat dunia ni... jadi... fikir2lah ye!

Rabu, 5 Oktober 2011

budak kecil yang berani

rompakan bersenjata...boleh budak berusia 12 tahun gagalkan rompakan ni...



ni baru the real hero!

tablet komputer termurah dalam dunia, kenapa tak dilancar di malaysia

india sekali lagi, lepas pernah melancarkan kereta termurah dalam dunia, sekarang melancarkan pula tablet komputer termurah... hanya 60 dollar! atau lebih kurang RM185.... lagi murah dari henpon 3g cap ayam tu...

buat masa sekarang, ianya hanya untuk pembelajaran... tapi kalau betul RnD, tak mustahil kita dapat tablet dengan harga yang amat murah!


berita lanjut boleh tgk kat sini http://www.crazyengineers.com/akash-tablet-worlds-cheapest-tablet-60-1089/

ni video pelancaran tablet tu...

mari tengok aksi pukau, awas, ini mungkin berlaku kepada anda

kita biasa terdengar, juruwang dipukau sampai habis duit dalam drawer, pastu menggelupur... pasal duit "short", ada yang lebih malang, beribu duit habis dikerjakan dek "pemukau"...

sebenarnya, mereka hanya bermain dengan psikologi kita... tak caya tengok video ni.... ia mungkin berlaku kepada anda...

url video http://www.youtube.com/watch?v=wZ-oOtdLyIs&NR=1

trik bolasepak menarik

layan video ni.....

angry bird theme... menarik!



lagi teknik yang menarik...



sambungan teknik yang menarik...



mana tau korang tak pernah tgk lagi kan....

layan.............

Selasa, 4 Oktober 2011

kenapa aku kurang setuju kebebasan bersuara yang kurang menggunakan akal

dah beberapa hari tak updet, rasa gatal plak tangan ni... apa nak buat...ada urusan "membina masjid" yang perlu didahulukan....
dan aku terbaca dari facebook, sesuatu yang selalu aku katakan, kenapa kebebasan bersuara ni lebih banyak buruk dari baik. lebih-lebih lagi bila yang bercakap tu kurang menggunakan akal bila bercakap....
Teka-teki Imam Ghazali rah.a
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “
Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “
Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”
Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “
Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

IMAM GHAZALI” Apa yang paling berat didunia? “
Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi “
Murid 3 = ” Gajah “
Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”
Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “

Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “
Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “
dan ingatlah, bahawa lidah kita ni lebih banyak "melakukan dosa"... jagalah ia dan bersama-sama kita elakkan menyakitkan orang lain... 

Ahad, 2 Oktober 2011

VIDEO perkahwinan bertajaan RM12 juta norman dan meme

hari perkahwinan 2 orang artis yang paling kontroversi.... siap tajaan RM12 juta tu... perghhhh beruntung diorang ye...



last-word....

kadang-kadang liputan negatif boleh jadi satu hasil yang amat positif... kan kan... jadi, jika ada yang beri pendapat atau  kritikan yang negatif, tak perlu cepat melatah, marah dan memaki tak tentu pasal, gunakan akal fikiran macamana nak menjadikan liputan negatif kepada suatu yang amat positif...dalam kes ni, siap dengan bonus lagi!

jadi yang selalu melayan amarah jiwa bila dikritik, korang cuma membuka pintu "kebodohan" diri sendiri dan org lain akan tengok korang tu "teramatlah bodoh dan berada di tahap kebodohan yang tertinggi"...