Iklan Berbayar

Khamis, 5 Ogos 2010

Projek : Cuti bajet - kembara kenderaan awam 1

Kita sering disajikan dengan program pelancongan di media massa yang menonjolkan keindahan alam semula jadi di malaysia dam semetinya akan menggamit keinginan kita untuk meneroka keindanhan tersebut. Akan tetapi, kadangkala kekangan yg pasti, dari segi kewangan. Tentunya kekangan ini sedikit sebanyak membunuh keinginan kita untuk menikmati keindahan tersebut.
Pernahkah kita terfikir, kadangkala perjalanan itu memenatkan? sudah tentunya kan. jadi timbul idea bagaimana nak menjimatkan tenaga dengan mengelakkan diri dari memandu dan menyerabutkan pemikiran dengan mencari jalan bagaimana hendak ke destinasi. terutamanya bagi destinasi yang tak pernah kita tiba. maka, timbullah idea "gunakan kenderaan awam" bunyinya agak pelik dan bagi yang jarang menggunakan kenderaan awam, dah tentu idea ini seakan satu cabaran! Dan destinasi kali ini, Cherating

Perjalanan dimulakan dari stesen bas ekspres (Yang sekarang ni di bukit jalil dan berdekatan dengan rumah) menuju ke kuantan. Pejalanan di sebelah malam tidaklah begitu digemari kerana tiada apa yg dapat dilihat selain kegelapan malam. disebabkan kekangan masa, tabahkan jua. Bertambah bosan apabila sukar melelapkan mata. mujurlah abag driver pasang radio. walaupun kedengaran sayup-sayup, terhibur juga hati mendengarnya.

Leka melayan perasaan sambil memandang lebuhraya yang agak sunyi, tiba tiba hadir kegusaran apabila terpandang meter kelajuan bas, hmmm patutlah banyak komplen dari pengguna jalan raya. tak sangka, dalam pada leka, kelajuan bas mencecah 160km/j!

Sebelum subuh, tiba di bandar kuantan (stesen bas ekspres bersebelahan stadium darul makmur), selepas melepas sengal badan di kedai mamak berhampiran stesen bas kuantan, perkara pertama yang dicari, masjid, ya...tempat yang sesuai untuk dituju sementara menantikan sang mentari menunjukkan wajahnya. Masjid yang terletak di belakang bangunan kompleks pejabat kerajaan bersebelahan dengan Padang MPK2 sambil menantikan subuh berkumandang.
Selepas subuh, dan dan berehat seketika, langkah terus diatur menuju ke tebing sungai kuantan (yang biasanya dipaparkan di tv apabila membuat liputan di kuantan) sesambil menikmati kedinginan pagi (orang tempatan panggil tempat ni benteng) begitu tenang sekali setenang air sungai yang mengalir. sesekali terlihat seorang dua petugas perbandaran dan juga beberapa orang remaja yang masih melepak (mungkin datang untuk membuka kedai). hajat dihati nak cari kedai untuk bersarapan tetapi tak kesampaian. belum ada yang buka, mungkin waktu tengah hari. (hati-hati bersiar diwaktu begini, keadaan agak sunyi)

Tatkala mentari mula bersinar garang, langkah terus diatur sepanjang jalan bukit ubi menghala ke jalan Wong Ah Jang dengan satu misi untuk bersarapan, tiba-tiba tercium satu aroma yang biasa. NASI LEMAK! wah...kagum, begitu tertarik dengan aroma nasi lemak nie...tak pernah selera begitu terbuka nak merasa.almaklumla, dari tepi jalan dah tercium aroma nasik lemak tu, gerai yang agak tersorok (sebab gerai nie terletak di belakang sebuah gerai lagi). memang sedap, terangkat! dan gerai ni terletak bersebelahan sebelah pasaraya borong (lupa pulak nama dia) cukup rasa dan cukup menyelerakan!

Setelah puas mengisi perut, langkah diteruskan ke padang mpk2 untul meneruskan perjalanan ke cherating. dari sini perlu mengambil bas ke kemaman (bas sihat atau mira, juga boleh naik bas yang sama dari stesen bas ekspres bersebelahan stadium darul makmur) dengan tambang tak sampai RM5 satu perjalanan. Murah bukan? berbanding jika anda mengambil teksi dari bandar kuantan.Sepanjang perjalanan, anda disajikan dengan pelbagai pemandangan, dari kehijauan alam sehinggalah aktiviti manusia. dari aroma kesegaran alam, hinggalah ke aroma getah, kilang kelapa sawit dan kayu bergergaji sebelum pemandangan anda kembali disajikan dengan keindahan perkampungan persisir pantai bermula dari pantai balok mengunjur sehingga kemaman. Indah dan begitu puas menjamu mata dengan pemandangan yang tak akan kita dapat jika kita memandu sendiri.

Disebabkan check in di The legend Resort jam 2 petang, maka perjalanan diteruskan ke chukai, dengan hajat nak mencari satar dan otak-otak yang begitu popular. Tetapi, kesilapan maklumat menyebabkan gerai otak2 tak dijumpai sehinggakan tersadai di stesen bas ekspres cukai, almaklumla, terlupa nak tanya nama gerai tu... penyudahnya langkah kaki diteruskan dan jangan terkejut, diwaktu hampir tengah hari rembang, terpaksa ber"ekspedisi" ke teluk mak nik (monica bay)! fuh...rasa terbakar kulit berjalan di tepi pantai. hampir sejam berjalan hingga tiba teluk mak nik melepas lelah. (berhadapan bangunan INTAN). Nasib baik ada gerai menjual air kelapa, dapat juga menghilangkan dahaga. Barang diingat, jika mahu mencari gerai, pastikan anda dpt maklumat sekurang-kurangnya nama gerai atau kedai yang anda nak cari.



Puas melepas lelah, langkah kembali diatur, dari pantai melalui taman perumahan, dan akhirnya menanti bas untuk kembali ke cherating. Sebelum check in, sempat bersantai di tepi pantai sambil menikmati kedamaian. ternyata, jika anda datang bukan pada hari minggu, senyap dan damai terasa...hanya bunyi ombak menghempas pantai.

Selepas urusan Check in selesai dan berehat seketika, baru teringat, duit dalam poket dah berkurang, menggelabah dibuatnya, terus turun tanya pada receptionist. dapat maklumat, samada patah balik ke kuantan atau teruskan perjalanan ke kemaman. Aduh....macam mana boleh terlupa,rupanya ada hikmah disebalik terlupanya nak keluarkan duit tu, ya...perjalanan seterusnya dah tentu ke kemaman. lagipun tak pernah sampai kemaman, jadi tak salahkan teruskan perjalanan ke sana.

Perjalanan sekitar 1 jam seakan tak terasa, kehijauan sepanjang perjalanan, sesekali kelihatan hutan bakau menghijau, terubat keletihan berjalan kaki tengah hari tadi walaupun kulit masih terasa pedihnya!
walaupun kemaman seakan bandar kecil, tetapi diwaktu petang cukup meriah. di tebing sungainya yang diperindah, begitu ramai orang beriadah dan tak kurang juga yang sekadar bersiar-siar. begitu juga deretan gerai buah-buahan segar yang menggamit sesiapa sahaja untuk singgah dan membelinya. Ternyata satu hikmah yang berbaloi!. tapi jangan terlalu leka dibuai keseronokan. bas terakhir dari kemaman ke kuantan jam 8 malam, kalau terlepas...paham paham sudah!

Dalam perjalanan pulang, dengan jumlah penumpang yang tak ramai, pakcik driver yg memandu bas seakan pemandu F1, mengucap panjang.... ditambah pula dengan kegelapan malam, aduh....bimbangan dibuatnya, dahla sepanjang perjalanan amat kurang lampu jalan, ditambah dengan kelajuan bas, bimbang terlepas. Walaupun dah pesan kat konduktor bas supaya berhenti di hentian bas di jalan masuk ke The Legend Resort tu, bimbang tetap bimbang, syukur alhamdulillah, biarpun ter'awa'l tekan loceng, bas berhenti di hentian sebelumnya....kira-kira 150 meter sahaja. sempat singgah kat satu kedai runcit beli minuman sebelum balik ke bilik!

Sampai di bilik, letihnya mula terasa, akan tetapi perut mula berkeroncong minta diisi, oh ya, lupa nak isi perut. takpe...tunggu dulu program isi perut, lagipun restoren tempat nak isi perut tu betul2 di sebelah pantai resort ni. oleh itu...bersantai dulu dalam "bath tub"...owhhh "so heaven!"
selesai membersihkan diri, terus ke tempat tujuan, satu restoren yang betu-betul berada di pantai bersebelahan pantai resort tadi. menjamu selera dengan ditemani hembusan bayu malam dan deburan ombak laut cukup-cukup mendamaikan. cukup tenang suasana restoren ni... secara tak langsung menambah selera makan. menu tomyam dan dua gelas air, tembikai dan sunquick-laici. Cukup memuaskan hati!



lepas makan apa lagi....balik bilik, merehatkan diri setelah penat berjalan sepanjang hari.Bangun pagi, mandi, snap gambar dari balkoni, kemas beg nak pergi...alamakkkk tak sarapan pagi... takpelah...tea making fasiliti!, secawan dua kopi segera, terus kemas-kemas dan check out, lokasi seterusnya, taman gelora, ambil bas ke kuantan.sebelum tu, singgah sebentar beli buat tangan (keropok kering dan keropok lekor, masih panas lagi)kat kedai bersebelahan hentian bas. dari kuantan terpaksa ambil teksi ke taman gelora, tah betul tah tak, pasal lokasi dia tepi pantai dan berdepan dengan kampus IKIP 3. Pekena rojak ayam! ermmm yum yum yum, pertama kali makan rojak ayam. lain dari yang lain.

lepas makan-makan, baru tersedar, alamak...camna nak gi bandar kuantan lagi nie?
maka terpaksalah berjalan kaki lagi, tanya punya tanya, ermhh terpaksa ambil teksi, alahai...melayang lagi bajet. isk isk isk...dan yang pasti teksi kat kuantan tambang ikut driver, kene pandai tawar menawar...tu pon kalau dah biasa! tapi tak apa lah....sesekali ke tempat orang, sekurang-kurangnya belajar sesuatu yang baru.


Sebenarnya perjalanan kali ini banyak membuka mata aku dan terfikir di fikiran aku yang dulu selalu menggunakan kenderaan awam (sekarang pon cuma jarang disebabkan tempat kerja hanya 10 minit berjalan kaki). Ada banyak lokasi percutian percutian di malaysia lebih hanya memberi peluang kepada pengusaha pakej pelancongan dan juga mereka yang berkenderaan sendiri. Dari pemerhatian, maklumat tentang kenderaan awam untuk ke satu-satu destinasi amat kurang. dan ini sedikit sebanyak merencatkan potensi pelancongan domestik.

Baru-baru ni, kementerian pelancongan melancarkan pelancongan keretapi. Program ini diulas dalam rancangan bual bicara U wartawan di Astro dengan tajuk "pelancongan keretapi dan homestay" Ianya satu tindakan yang bagus dan sokongan 100% saya berikan. akan tetapi, maklumat pelancongan di setiap stesen berpotensi tu yang penting. dan jangan dilupa, kemudahan kenderaan awam (selain teksi) seharusnya dipertingkatkan selain dari pengusaha homestay tu sendiri menyediakan perkhidmatan tersebut sebagai nilai tambah.

Jika anda pernah menonton di 8tv "welcome to the rail world", satu rancangan yang menarik, sedikit sebanyak dapat memberi idea baru untuk kita menambah-perisakan percutian anda.

Jadi, rancanglah percutian anda, mungkin kita boleh menjadikan percutian kita kearah "percutian yang lebih hijau" dengan meninggalkan kenderaan dirumah dan menggunakan kenderaan awam.

Dan saya semestinya, akan menggunakan kenderaan awam untuk bercuti terutama destinasi yang agak jauh. Dan apa yang penting, bajet yang digunakan dibawah RM300 seperti biasa!




terima kasih : Legend Worldwide untuk voucher penginapan percuma 2 hari 1 malam, dapat dari promotion booth dia...

3 ulasan:

NORUL berkata...

HAHA....BOB...KO LAYAN KAT THE MOON EKK??? KAT SEBELAH LEGEND TUH... TMPT AKU SLALU DATING DULU NGAN BINI AKU SKRG...WAKAKAKA....

Unknown berkata...

ermhhh dah situ je yg dekat...mana taknya aku gi situ...dah letih beb time tu

wAt| berkata...

hahaha... akhirnya. dpt gak aku baca entri ni.
bravo. walaupun ada sedikit kesalahan ejaan. (mcm cikgu BM hang x, bob? hehehe