Masih ingat kisah Norazita yang menghina Johor dan "facebook page" yang menghentam dia? sampaikan hampir 20 ribu orang klik kat "suka/like", page tersebut telah DITUTUP!... diulang sekali lagi DITUTUP! Dengan rasminya pada waktu subuh 20/8/2010....
Aku dah ikut page tu hampir 2 minggu, pada mulanya perasaan ingin tahu mengelojak dan benar-benar marah walaupun aku bukan orang johor pun, tapi aku pernah bermastautin kat Johor. Geram. tapi...ternyata, semua tu hanyalah mainan seorang yang "PSYCHO" rasa menyesal pun ada, cuma nasib baik aku bukanlah penghentam tegar kat page tu. Cuma dengan hajat dan niat, alang-alang dah hampir 20k, takkan aku tak boleh berkenalan dengan beberapa orang dan cuba buat marketing pasal unit trust aku ni... (hehe...peluang terhidang mesti diambil kesempatan! money minded sungguh)
semakin lama semakin mengarut pula page tu, yang seronoknya admin bermain wayang sampaikan berjanji sehingga hari Isnin, 16/8/2010, admin page tersebut nak ambil tindakan. hmmm oklah tu... TETAPI, janji tinggal janji...aku tgk beberapa penyokong mula mendesak dan mendesak, persoalan demi persoalan diasak kepada admin, saat ini admin mila beremosi dan mula mengarut dengan membuat beberapa profil palsu. Aku pon tidak ketinggalan menambah perencah dan perisa terhadap bidasan diorang... seronok kau...hentam admin beramai.
disini penghentam admin mula guna pendekatan psikologi, ternyata taktik yg amat berkesan. hinggakan ancaman laporan ke pihak berkuasa dan pihak cybersecurity. dan hasilnya, salah seorang admin telah mengambil tindakan drastik dengan memadam page tersebut...dan yang pasti...bukan satu tp dua! fuh... tak sangka, admin page tu "PSYCHOTIC!"
Sekarang, terima kasih untuk mereka-mereka yang berusaha menutup page tersebut dengan cara halus dan berkesan, siapa? biarlah aku simpan ketat identiti mereka. ternyata mereka begitu dedikasi hinggakan tak sampai 24 jam page tersebut ditutup. terima kasih untuk mereka-mereka yang terlibat. secara tak langsung mereka dah "membersihkan" PSIKO-CYBER dan juga "membersihkan" nama NOR AZITA OSMAN dari kejian dan cacian (walaupun aku tak pernah setuju dengan apa yang dia buat,tetapi past is past) - hik hik hik...nor azita, bila nak belanja diorang nie....haha...
oklah...dah tamat cerita makian dan fitnah, ingatlah...hati-hati bila nak bersuara, kebebasan bersuara bukanlah sesuatu yang boleh disalah guna...silap-silap ada hati yang sakit, kata-kata makan diri... kepada yang lain, hati2 bila melontarkan kata-kata, jangan sampai kata-kata menjerat diri...
3 ulasan:
First!!!!
ahahahaha mesti bebulu dengan komen style troll aku ni. lek arr bob, baguih aaa, teruskan menaip. banyak market ko dapat dari page karut tu? he he he...
saya pun ada follow kejap. busuk hati gila admin page tu.
oh, rasanya ada kan budak2 yg buat page admin tu pulak. siap ada gambar lagi.
depa lupa kot, sekali kita aibkan org, esok lusa 10x ganda tuhan boleh balas.
tu lah...bila tujuan kita tak betul...maka dengan mudahnya org tau... ternyata diorang buat page tu dengan tujuan busuk... anyway the blabber...thanx for ur visit!
Catat Ulasan