Iklan Berbayar

Selasa, 24 Ogos 2010

AWAS, pengguna laman sosial! hackers wannabe suka buat onar

profile hacking, fake profile, like button bugs....hai, macam2 la hackers wannabe zaman sekarang nie. selama aku duk melayan facebook, baru-baru ni aku berhadapan dengan situasi yang mana ada seseorang yang suka buat group/page/profile palsu untuk kepentingan sendiri... errmmmm pening...

yang kelakarnya, hackers wannabe ni cuma tau mcmana nak buat fake profile user dengan detect ip user serta beberapa command lain yg setakat nak buat "people annoying" je.... tp, puhhh bermegah konon dah menggodam seluruh PC mangsa.... mula2 seram jugak tgk mamat nie... (langkah berjaga2, aku deactivate profile facebook then skodeng guna account lain...hahahah ) rupa-rupanya, handal setakat kat permukaan air, iskkk tak sempat nak hentam balik, dah tak cukup tanah larik bila ada user lain mula keluarkan "senjata" masing-masing.

ok, cukup pasal hacker wannabe, yang penting, laman sosial banyak dieksploitasi, awasi profile anda, jangan dedahkan terlalu banyak maklumat peribadi, lebih-lebih lagi bg mereka yg suka "add friend" membabi buta. profile anda mungkin jadi mangsa.... mungkin juga anda akan "ditukarkan" menjadi seseorang yang extreem-perkauman, pro sesuatu parti politik, extrimis agama dan paling parah, mungkin anda akan di "fake" menjadi seorang "TERRORIST!".

berhati-hati pada kemungkinan mereka yang berpengetahuan dalam "hacking-menghacking" ni....


Hai.dunia cyber, macam2...  lagi-lagi zaman bebudak sekarang yg ilmu baru sejengkal dah nak berlagak macam dia dah berkecimpung dalam dunia cyber semenjak 1985. harus diingat, ramai hackers yang handal masing-masing dah mcm harimau simpan kuku dan ramai yang amalkan resam padi.  tahap kesabaran diorang aku cukup respek... tp jgn bg diorang hilang sabar, buruk padahnya.....

berhati-hati bila "berlayar" didunia cyber........

2 ulasan:

Gen Fujita berkata...

kalau setakat fraud dgn identity theft tu level picisan je. kalau terer sangat pi la godam mainframe senjata nuklear negara luar tu. btw, ko ada info terkini ke pasal benda ni? boleh send detail dia kat msg box aku tak?

Unknown berkata...

tu la pasalnya....nanti aku hantar ke inbox ko link2 yang ada... ni sekadar amaran...ramai yg masih tak tau nie....