Iklan Berbayar

Isnin, 3 Januari 2011

marah, apa dan mengapa

salam kedamaian.....

senyap sunyi je waktu subuh di kawasan perumahan aku ni...mungkin ramai yang masih diulit mimpi .... damai lagi mendamaikan. dan takda sekelumit pun rasa marah dalam hati. sejuk dan sejahtera je... lagi-lagi kalau ada angin dingin yang menyapa....fuhhhh.......

menurut wikipedia :

Kemarahan adalah suatu emosi yang berkaitan dengan persepsi seseorang tentang yang telah tersinggung atau dirugikan dan kecenderungan untuk membatalkan kesalahan tersebut dengan balasan. lanjut klik sini.

dan ramai antara kita kekadang sukar untuk mengawal perasaan marah, sampaikan adakalanya tindakan dari keadaan emosi dlm keadaan marah lebih banyak merugikan dari menguntungkan .

aku tak nafikan, perasaan marah juga amat perlu dalam kehidupan. dengan rasa marah, kita akan mempertahankan hak kita sebagai individu. juga dapat mengelakkan diri kita dari "diambil kesempatan"  oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.tetapi, adakah kita perlu marah hingga hilang pemikiran rasional?

Bagaimana pula dengan panas baran? marah yang boleh datang walaupun dengan hal yang kecil? kan bertambah mengarut namanya..tak caya....korang tgklah sekeliling korang hatta kawan rapat korang.... 

jadi pada aku, marah tanpa sebab dan marah secara berlebih-lebihan adalah seseorang yang EGO, MENTAL KURANG STABIL dan maaf cakap..... BODOH.... (mesti ramai yang slam aku lepas ni...mari kita tengok hasilnya)


pernah seketika dulu, ada orang tanya kat aku, camna nak kawal kemarahan....... dan pertanyaan ini mengingatkan satu kisah yang pernah aku baca (yang mana aku kurang ingat kisah dari siapa dan mana sumbernya, dan kalau ada sesapa yang ingat kisah ni boleh la tinggalkan diruangan komen ) kisah seorang alim bermimpi ada sebuah gunung yang amat besar dan beliau bertekad untuk memakannya, anehnya, semakin beliau menghampiri gunung tersebut, semakin kecil saiznya. dan akhirnya apabila sampai, gunung tersebut menjadi sebuku roti yang amat manis, semanis madu dan cukup enak. dan apabila ditanyakan apa maksud mimpi tersebut, jawapannya.....

Gunung yang besar itu adalah rasa marah, semangat dan tekad untuk memakannya itu adalah kesabaran dan hasil dari menahan marah tadi, amatlah manis.....

aku tak tau korang pernah merasai kemanisan ni ke belum.....

aku pernah buat, dan hasilnya, amatlah menyenangkan....dan jika diamalkan, korang akan dapat buat satu "anger management" yang paling berkesan.....

tapi jangan haraplah korang dapat buat overnight....hari ni nak buat besok dapat hasilnya..... latihan mental cukup penting.... tapi kalau mental tak kuat....sampai bila-bila tak kurang hangin satu badan tu.... seeloknya jumpa pakar psikatari mintak kaunseling!

takut-takut terus sakit mental....kan susah....hahahhaha

walauapapun, tepuk dada tanya iman, seseorang yang marah tetapi masih berfikiran rasional pasti akan dihormati dari seseorang yang marah mengikut emosi....pucuk pangkal, gunalah akal yang dianugerahkan tuhan tu......

Tiada ulasan: