Iklan Berbayar

Jumaat, 21 Januari 2011

customer always right? seller never wrong! rahsia jadi pelanggan VIP

korang mesti selalu dengar ayat tu kan...dan kekadang ayat tu dah jadi macam azimat dalam dunia ni... hak penggunalah, pelanggan adalah raja lah.... dan yang pasti, para pengguna cukup bangga dengan menda ni.... ni aku nak highlight sikit sebanyak ikut pengalaman aku dok berurusan dengan customer nie....
At Your Service.....

1.Customer always right, but seller never wrong! customer only have right, not always correct....

aku tak nafikan, pengguna memang selalu betul pasal pengguna ni yang bayar produk atau perkhidmatan dan pengguna berhak dapat produk/barang yang berkualiti...tapi taklah pengguna tu sentiasa betul....kalau sentiasa betul...seronok la aku.... aku nak TV plasma besar dengan harga TV 21 inchi.... tak boleh? i'm customer, so i always right!ok tak.....ekekekek

2. Customer Is King!

yek...nak muntah aku...kene lak ada customer dok guna ayat camni... rasa nak pelempang je.... hahahha ayat ni pon peniaga gak yang dok canang... apa taknya, kene bodek la baru barang boleh laku... tak gitu... kalau ikut otak nakal aku.... aku ckp je.... "kaduk Naik Junjung" kih....kih....kih..... jahat mulut aku

hmmm....apa lagi ye....

haaa....ada satu.... ayat ala2 biadap dan memang aku rasa nak biadap sama.....

"I pay all this with my HARD EARN MONEY!" ....blablabla....blablabla.... (dia kata susahnya dok travel nak gi keje semata-mata nak bayar produk tu)
semata-mata nak komplen yang produk dia beli tu tak memuaskan hati dia....eh...kalau keje kat restoren ada jugak customer yang ala-ala takmo bayar kalau produk ada "selek"  guna ayat camni atau yang no 1 tu tau....

cheh!.... hard earn money ko je lah kira.... pasal kalo ko tak bayar....aku jugak kene bayar guna "HARD EARN MONEY" aku gak! dah tu ko dok bagi panas telinga aku pulak.... shortage aku kene bayar tau!....

ayat terbaik nak balas tapi aku tak pernah guna la..kalo aku guna sure dia komplen kat management + surat khabar....tapi syok kalau dapat guna...rasa puas hati gila.....

"Its ok sir, you no need to pay, its on me, let me pay using my "HARD EARN MONEY!"...."... agak korang lah...kalau korane kena ayat camni terbakar tak hati korang???

Pain In Ass!!!....hahah member aku cakaplah....

terbakar kan....hahhaha next time kalau jadi pelanggan jangan jadi pelanggan yang tak reti jaga perasaan orang.... hakikatnya yang kita jumpa tu bukan tuan punya perniagaan.... jadi tak perlu lah marah-marah kat orang yang melayan kita tu ya.....

yang ni pulak rahsia kalau kita nak jadi pelanggan VVIP, walaupun kita ni mungkin seorang yang ber"poket" nipis tapi layanan... fuh... sure ikhlas punyalah....

1. Bila orang greet masa kita datang.... tak salah kalau kita bg senyuman yang paling manis sambil pandang muka si pengucap salam tadi.... dan balas greet dia dengan nada yang ceria..... secara tak langsung 1st impression mengatakan yang korang ni baik....tak la "kerek" nak lagi manis, tambah lagi skit...."how are u"

2. bila bercakap, kekalkan wajah tenang dan ceria. paling tidak segaris senyuman ringkas tp ikhlas.... nada mesra tp tak over....

3. jika ada sesuatu yang tak kena dengan produk, jangan la main jerit macam nak bagitau satu kampung.... ada plak tu dah la jerit....muka lak macam singa betina anak kene kidnap.... perkhhhh pantang besar kalau korang buat menda ni kat restoren.... nak tau akibatnya.... halus tapi hakikatnya.... iskkk aku takleh bocorkan rahsia... ni rahsia besar pelayan dan tukang masak restoren.... hahahhaa seeloknya tenang....panggil pelayan tu.... buat komplen sambil tunjuk masalah kat produk korang tu..... dan pastikan, time korang komplen tu, serapat mana meja sebelah korang, meja sebelah tak tau apa masalah produk tu (ni kat restoren la ye). lagi sekali....senyum jgn dilupa....

perkataan "tolong" "please" "sorry" "boleh tak" dan banyak lagi perkataan sopan korang boleh gunakan.....

yang ni mungkin ramai yang tak tau dan ramai yang tak setuju.... ye lah...menda ni bukan amalan tetapi jika korang suka dengan satu-satu restoren dan ada kemungkinan korang akan datang ke restoren tu dengan kerap.... ada satu rahsia besar....yang mana korang akan dapat layanan "SUPER VVIP"

4. TIPS...atau gratuity dalam bentuk duit..... pastikan korang bagi tips ni kat orang yang serve korang.... seeloknya lepas bayar, jika orang lain yang pulangkan baki korang, korang tanyakan kepada pelayan tu, siapa yang melayan anda tadi dan anda serahkan tips korang tu secara terus.... secara tak langsung anda akan diingati.... sebenarnya kuasa tips adalah kuasa yang paling besar untuk korang dapat layanan "SUPER VVIP".

tak caya? korang cuba 3 petua pertama.... apa yang pasti, nampak je kelibat korang, automatik ayat mereka menjadi mesra......

petua yg ke empat.... korang PASTI jadi tumpuan pelayan-pelayan yang ada....terutama restoren yang bertaraf sehingga 3 atau 4 bintang.....

yang 5 bintang, tips tu kenalah "besar punya!"

hihi...sedikit sebanyak petua kalau nak jadi customer....

awas, jgn buat "kerek" kat restoren ya....buruk padahnya......

Tiada ulasan: