Iklan Berbayar
Isnin, 10 Januari 2011
lembu mengamuk di pasaran saham
kepada mereka yang pernah melabur, mesti pernah dengar perkataan "bull" dan "bear" kan.... ape ke menda si lembu dan si beruang ni ye?
hoh....bukan si bodoh lembu dok buang duit kat pasaran saham dan juga bukan si ber'wang' yang jadi bodoh lembu kerana sebab yang sama.... ada yang marah korang karang aku tak tau....
bull (lembu) sifatnya bila menanduk akan mengasak ke atas, manakala beruang pula bila menyerang akan menekan mangsa ke bawah, maka jadilah "perumpamaan" untuk hala tuju pasaran saham samada naik atau turun.... atau disebut "bullish"
atau "bearish"..... teddy bear tak masuk tau!
kenapa aku dok merapu pasal lembu ngan beruang ni, pasal bursa malaysia dok mencanak-canak..... uptrend kata otai-otai pelabur dan ni masanya nak "menghumban" duit dalam pasaran. tambah-tambah pulak sentimen sokongan "hot money" atau pengaliran masuk dana dari pelabur luar, dengan jangkaan indeks mampu mencecah 1600 mata, ramai yang berpendapat inilah masanya
kaitan dengan saham amanah, kenaikan indeks pasaran saham boleh menjadi satu indikator yang pasaran dan ekonomi adalah baik. jadi, pulangan dari setiap pelaburan adalah lebih memuaskan terutama kepada mereka yang mengamalkan "pelaburan jangka panjang" dan tidak membuat pelaburan jangka pendek yang mementingkan "keuntungan berdasarkan kenaikan harga bagi sesuatu unit saham"
kenapa tidak kita ambil peluang "amukan" lembu dipasaran sekarang ni?
p/s: ikut sejarah (walaupun tak boleh percaya sangat tapi boleh jadi panduan) krisis ekonomi berlaku setiap sepuluh tahun, jadi dalam masa beberapa tahun ni, bolehla kita kumpul seberapa banyak hasil sebelum kita "menukar" strategi lain masa krisis ekonomi.... tips ni aku ceritakan kendian masa aku bincang "pengalaman" aku labur dalam ASN masa krisis ekonomi dulu.....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan