Iklan Berbayar

Isnin, 31 Januari 2011

aku terjebak... geng-geng collector buat aku terliur

sejak beberapa minggu ni, aku asyik layan blog-blog collector barang lama.... barangan antik, dan barangan nostalgia.... iskkk tak sangka... perlahan2 minat mula timbul nak mengetahui lebih banyak info pasal barang2 lama dan antik..disebabkan dioranglah.... aku teringat "khazanah" yang tersimpan dalam "bilik kebal"@ stor yang tak kebal.... ermmm rasa dah byk sangat barang-barang kecik besar yang tersimpan

Terasa nak selongkar balik....ye lah, mana tau "terselit" barang-barang antik ke... (perasan lebih ni)... hahhaha

dalam tak diam...aku pun dok ketuk-ketuk keyboard.... sementara aku ada idea.... maka...terhasilah header untuk blog baru aku....maybe ada sesuatu yang unik, kurang unik atau mungkin tak unik langsung akan dikongsi. silap-silap barang mengarut pun aku share sama...almaklumla... kebanyakan barang-barang tu ada yang ditinggalkan pemilik lama, ada barang-barang "freegift" dan memacam barang lagi lah.....

header blog terbaru

tu dia....header blog terbaru..... so sesapa collector yang dah follow blog nie, insyaAllah akan di linkkan dalam blog terbaru tu nanti.... pastu jemput2lah rakan2 collector lain lawat ye....

tapi blog ni masih dalam pembinaan lagi... akan war-warkan apabila siap kelak....

apabila siap....jemput-jemputlah singgah ke blog terbaru ni.... besar kemungkinan barang yang dipost akan dijual (akan diberitahu dalam posting)

jumpa di sanaaaaaaaaa..................

Tiada ulasan: