Dah lama aku tinggalkan blog ni, tiba-tiba terasa gatal nak menulis lagi, ye lah...mana tau aku terus melekat dan jatuh cinta seterusnya ketagih nak menulis, seakan ada sesuatu yang menghalang aku nak menulis, mood salah satu halangan yang paling besar, cerita yang nak ditulis, tu pun satu cabaran sebab susah nak mengolah cerita agar jadi sesuatu yg menarik. Walau apa pun, akan diusahakan. Pelan-pelan kayuh kata sesetengah orang. Blog ini seterusnya akan jadi satu catatan perjalanan menarik yg rasanya berfaedah untuk dikongsi semua.
Lebih setahun blog nie terbiar di sudut usang, tapi bernasib baik kata laluan dan kata kunci masih terpahat kukuh dalam ingatan, rasanya setelah setahun berlalu, banyak memori suka duka dah berlaku, kehilangan, pertemuan, pertemuan semula, imbauan dan bermacam lagi memori dan peristiwa. Langkah sentiasa diatur, masa tetap berdetik, nafas tetap dihela. Rasa bertuah hidup ini masih boleh diteruskan walau banyak liku dan luka terpaksa ditempuh. Inilah asam garam kehidupan yang menjadikan hidup kita seakan satu drama, satu filem atau satu cereka yang dipentaskan di satu pentas kehidupan yang maha luas.
Walau apa pun yang terjadi, walau jauh mana pun kita melangkah, walau keras mana pun kita tersungkur, sesungguhnya kita dianugerahkan sesuatu yg amat bernilai iaitu akal, dengan akal kita boleh terus melangkah dibumi yg maha luas ini. Hargailah diri, sayangi insan disekeliling dan ketahuilah yang setiap insan didunia ini adalah istimewa. Janganlah kerana terlalu ralit memandang indahnya langit, kita lupa bumi yg dipijak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan