Bajet 2010 - Subsidi hanya akan diberi pada golongan sasaran, wah...satu idea yang baik, mungkin juga idea yang kurang baik, ataupun ada yang beranggapan idea yang kurang realistik. Walau apa pun, bukanlah nak jadikan minyak ni satu isu.
Mesti ramai yg tertanya-tanya kenapa tiba-tiba topik subsidi jadi sasaran penulis hari ni. Bukan nak memburuk atau menyokong, hanya satu pandangan yang kebetulan terlintas di fikiran tatkala hening subuh. Wah bersastera penulis hari ni. Setakat blog ini ditulis, belum lagi ada kekecohan yang agak besar terpampang di media elektronik, berita pon belum menyiarkan bantahan atau ketidakpuasan hati rakyat Malaysia. Apakah rakyat Malaysia sudah sedar dan berhati mulia untuk melepaskan subsidi minyak dan subsidi lainnya pada yang memerlukan, ataupun mereka masih sibuk dengan hal-hal politik yang penulis malas nak mengulasnya, ataupun belum lagi ada yang nak mempolitikkan isu ni, (almaklumla bila dipolitikkan baru sesuatu isu jadi panas dan seronok nak dibincangkan), terpulanglah pada pendapat masing-masing. Apa yang pasti, mengikut ramalan penulis, isu ini pasti akan jadi satu isu. Panas, hangat, suam-suam kuku atau tidak menjadi isu langsung, tunggu dan lihat apa yang akan terjadi seterusnya.
Harga Minyak di pam akan ikut pasaran dunia, secara tak langsung harga petrol di stesen minyak akan melambung, dan ramai yang beranggapan yang minyak naik, harga barang turut naik, ada betulnya, dan mereka 'takut'kan keadaan ini berlaku, yang pasti ramai yang melatah dan membantah, akan lahirnya ramai "superhero" yang akan memperjuangkan hak-hak rakyat. Tunggu dan lihat kelahiran mereka. Maaf cakap, dari pemerhatian penulis, yang lantang berjuang, yang lantang membantah sehinggakan yang sanggup bersusah payah berkumpul, berhimpun sampai menyusahkan orang ramai dan mereka yang berpendapatan rendah, adalah mereka yang terpelajar dang berpendapatan yang boleh dicukai. Apakah disebabkan mereka sebagai pembayar cukai? mungkin ya pada pendapat mereka. Tetapi, mereka mampu untuk membeli kereta yang bukan sahaja lebih dari satu, tetapi berharga 6 angka.
Sejenak kita memandang ke negara jiran, minyak tanpa subsidi, harga hampir 2 kali ganda. Mahal, dan pula ada prinsip kereta sentiasa kereta baharu, hutang baru habis dah kena lupus. Hmm duit, duit, duit..... susah nak menyimpan dan sudah tentu kepala sakit. Ada pula yang berkata, minyak mereka mahal, tol pula tiada, dan ada yang berkata, negara arab minyak murah, tol pon tiada. Terlalu banyak ulasan-ulasan sedemikian penulis mendengarkannya dari ramai pihak. Ada yang berkata, apa guna syarikat minyak negara jika tak dapat membantu mengurangkan harga minyak? untung berbilion tapi tak boleh menampung subsidi. Hmmm... penulis tak mahu ulas lebih lanjut. Apa yang boleh penulis katakan, ada otak, pandai, ada akal, pakai ada bijak jangan di gadai. Gunakan anugerah ilahi sebaiknya dan jangan disalah guna.
Pihak kerajaan pula, pastikan subsidi BENAR-BENAR sampai ke sasaran tanpa ada sebarang kompromi. Pastikan sistem yang diguna pakai BENAR-BENAR berkesan dan lancar. Jangan hanya mewar-warkan sistem yang begitu baik, tetapi pelaksanaan sampai BENAR-BENAR menguji kesabaran. Ingatlah, jangan hanya perancangan untuk kekal berkuasa tetapi perancangan BAJET UNTUK RAKYAT benar-benar mencapai sasaran dan mencapai matlamat. Jangan jadi ayam jantan yang gagah berkokok tetapi ekornya bergelumangan sesuatu.
Untuk rakyat dan sahabat-sahabat penulis, BERSEDIAKAH kita menghadapi semua ini, apakah kita cukup memahami apa yang dicadangkan untuk kita? atau apakah kita hanya menjadi pendengar dan pengikut tanpa memahami dan memikirkan apa yang terjadi? atau apakah kita jenis yang tak ambil pusing? hela nafas dalam-dalam dan fikirkan sejenak.
Maaf dipinta tgn dihulur, bukan ritual dikala hari raya, hanya sebagai tanda penulis insan biasa. Bukan seorang penulis yang bisa membakar dan menyemarak jiwa dengan kata-kata. Bukan juga seorang sasterawan negara. Maaf jika terlanjur kata, maaf juga andai ayat bertabur tidak sekata. Hanya mahu berkongsi seadanya apa yang terlintas dikepala.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan