Melancong, kadang-kadang ia jadi satu kekangan untuk seseorang yang selalu berhadapan masalah kenipisan poket. Akan tetapi, percayalah, dengan poket yg nipis, anda masih lagi boleh menikmati keindahan malaysia yang begitu kaya dengan keindahan sumber alam sehinggakan pelancong dari seantero dunia menganga dengan keindahan sebuah negara yang begitu kerdil.
Pulau Pangkor, Sebuah Pulau yang menjanjikan satu pengalaman menarik yang mana anda boleh memilih konsep pelancongan anda, dari konsep pelancongan yang mementingkan keselesaan dan dikelilingi kemewahan hinggalah satu konsep pelancongan yang begitu sederhana. Di sini konsep pelancongan ringkas akan lebih ditekankan.
Indahnya ciptaan tuhan, Tatkala feri membelah kedinginan pagi, sang mentari mula menjengah. Begitu mendamaikan hinggakan bunyi enjin feri seakan satu muzik yang menjadi halwa telinga. Perjalanan selama 40 minit seakan tidak terasa.
Satu persinggahan yang menarik jika anda merancang untuk berkhemah dan tidak mahu terlalu jauh dari pekan, Ceria Bogak Beach Camp, yang hanya terletak 10 minit perjalanan dari jeti pulau pangkor. kawasan perkhemahan yang luas dan boleh memuatkan jumlah khemah yang agak banyak. Sesuai untu mereka yg datang secara berkumpulan. Kemudahan yang lengkap begitu memuaskan dan seakan satu tapak perkhemahan yang agak mewah
Jalur pantai yang panjang dan bersih cukup mendamaikan terutama pada ketika kedatangan pelancong tidak begitu ramai, pantai yang bersih dan mendamaikan cukup menenangkan dan ketika ini anda akan merasa ianya seakan 'pantai peribadi' anda.
Bosan dengan pantai, banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati, salah satunya kota belanda yang terletak di sebuah kampung nelayan. Kesan peninggalan penjajah Belanda yang mana menjadikan pulau ini sebagai salah satu benteng
pertahanan.
Burung enggang, Banyak terdapat di Pulau Pangkor ni, dari spesis apa kurang periksa. Jinak dan mesra pengunjung dan peluang yang tak seharusnya dilepaskan jika anda seorang peminat fotografi.
Salah satu chalet yang sempat di singgahi, lokasi di teluk nipah. Salah satu lokasi yang begitu popular dikalangan pengunjung dan kebiasaannye cukup meriah. Terletak kira-kira 20 minit perjalanan dari Pekan Pangkor. Banyak penginapan yang murah dan mampu disewa oleh mereka yg berbajet kecil. Lokasi yang cantik dan cukup sesuai untuk mereka yang menginginkan suasana yang agak meriah.
Banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan di pulau ini, walaupun ianya hanyalah sebuah pulau kecil dan seakan membosankan, tetapi jika anda cukup kreatif, terlalu banyak aktiviti yang boleh dilakukan antaranya snorkeling, memancing, banana boat, meneroka pulau, dan bermacam lagi aktiviti yang boleh dilakukan. Berhubunglah dengan tuan punya chalet tempat anda menginap tentang rancangan anda. Dengan tangan terbuka mereka sudi membantu.
Kredit untuk mereka yang membantu
1. Abg Abu:017-5030350
Ceria Bogak Beach Camp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan