sambungan kisah pelajar senja dari episod 5
aku selamat mendaftarkan diri di Kolej Komuniti Kota tinggi. Sebuah kolej "kecil". manakan tidak, kelas hanya ada 1 bg setiap semester. dan bilangan ketika aku mendaftarkan diri hanya ada 8 orang. tak lama kemudian selepas beberapa intake, maka cukuplah 14 orang sekelas. bermula la diari aku sebagai seorang pelajar. untuk pengetahuan semua, pengajian di kolej komuniti sebenarnya hanya 4 semester dengan 3 semester kelas dan semester akhir untuk praktikal.
3 semester inilah aku belajar pelbagai ilmu asas mengenai pelancongan. Ilmu yang banyak boleh dikembangkan jika anda berminat dalam bidang pelancongan dan rekreasi. sedikit sebanyak mata pelajaran yang diajar di kolej ini adalah seperti Operasi agensi pelancongan, rekreasi air dan darat, tiketan dan beberapa lagi subjek yang menyediakan diri pelajar untuk masuk ke bidang pelancongan.
sepanjang pembelajaran, banyak kisah-kisah menarik. lawatan demi lawatan persis seorang pelancong dan seorang yang membawa pelancong sudah pasti menyeronokkan. Semestinya, lawatan dan aktiviti praktikal sememangnya diterapkan dalam pembelajaran. Pengiraan markah sebanyak 70% praktikal dan markah peperiksaan akhir yang hanya merangkumi 30% sudah tentu tertumpu dengantugasan yang memerlukan pelajar banyak "bergelumang" dengan tugas-tugas kertas kerja perlaksanaan dan perlaksanaan program itu sendiri. Tugasan ini banyak melatih pelajar dan menyediakan pelajar untuk "bersedia" apabila melangkah ke dunia pekerjaan itu sendiri.
mana arah selepas belajar? tepuk dada tanya akal. arah mana yang lebih sesuai. Adakah ke arah agensi pelancongan? ke arah aktiviti luar atau aktiviti air? atau menjadi seorang ketua rombongan. terlalu banyak pilihan yang boleh dibuat.
yang penting atitud pelajar itu sendiri ketika bekerja dan mempraktikan ilmu yang diajar. Alhamdulillah, sepanjang pengajian banyak perkongsian pengalaman oleh pensyarah yang berpengalaman dalam bidang masing-masing banyak memberi sedikit sebanyak gambaran tentang jalan mana yang akan ditempuh dan dipilih nanti...
tentang lawatan, memang seronok dan menyeronokkan. walaupun dengan bajet yang terhad dan ada kalanya pelajar terpaksa membayar sebahagian dari kos lawatan, bayaran tersebut ternyata berbaloi. di sini pelajar dapat belajar membuat bajet serta membuat pengurusan lawatan. segala-galanya persis menguruskan lawatan untuk pelancong. pengalaman yang cukup berharga untuk diri sendiri dan dalam pekerjaan..
ketika belajar jugalah, aku dapat menimba ilmu untuk diaplikasikan jika aku mahu melancong dan menjelajah samada destinasi tempatan atau luar, samada sekadar lawatan atau pengembaraan, samada kawasan bandar atau alam semulajadi. begitu juga menilai sesuatu destinasi samada ianya cukup menarik minat seseorang untuk melawat atau tidak. tak ketinggalan juga "how to make money from this industry".
apa yang pasti.... pengorbanan aku belajar selama setahun ni amat "membuka mata dan fikiran" aku mengenai industri pelancongan. walaupun industri pelancongan seakan "malap" terutama ketika ekonomi yang dikatakan "sakit" ni, sebenarnya banyak ruang dan peluang yang masih terbuka. Ketika kita asyik menumpukan kepada "pelancongan bandar", sebenarnya banyak "permata-permata" kasar destinasi yang boleh digilap terutama destinasi alam semulajadi. Hutan, air terjun, sungai, tasik, bukit, gunung ganang dan kampung serta industri pertanian antara segmen pelancongan yang masih boleh dieksploitasi dan masih meluas untuk dipromosikan. apa yang penting, agen-agen dan penyedia perkhidmatan perlulah bersedia untuk lebih aktif dalam menyediakan pakej-pakej serta aktiviti-aktiviti yang boleh membuatkan pelancong "terliur dan teruja" untuk membeli perkhidmatan yang disediakan...
dan paling penting, perkhidmatan terbaik, agar apa yang ditawarkan dapat membuatkan pelancong tidak jemu untuk datang dan mendapatkan perkhidmatan dari penyedia.
diam tak diam, beberapa minggu lagi aku akan menamatkan pengajian selama 3 semester di kolej ini. semester praktikal akan menjelma dan kemungkinan kerja juga menanti. InsyaAllah aku akan terus bercerita tentang pengalaman aku di tempat praktikal. buat masa ini catatan seorang pelajar senja akan mula berselang seli dengan informasi yang mungkin berguna untuk sesiapa yang gemar melancong. perkongsian mengenai destinasi yang pernah aku pergi selama aku belajar juga akan dimuatkan. semoga memberi manfaat untuk semua....
Bersambung lagi...
1 ulasan:
4 sem tu trmsuk cuti semester ke mcm mana?
Catat Ulasan