lama
rasanya tak menaip, takde mood akhir-akhir ni. fikiran agak serabut
memandangkan 2014 semakin meninggalkan kita. fuhhh, banyak cabaran
dan dugaan sepanjang tahun ni. rasanya tak perlu diluahkan dan
biarlah ianya berkubur dan menjadi sesuatu yang berguna demi untuk
saya meneruskan hidup di muka bumi Allah ni.
berbalik
kepada tajuk, ya, memang saya semakin kurus. jika dulu jika membeli
seluar memanglah saiz sekitar 34 ke 36 inci, sekarang saya dah boleh
memakai seluar bersaiz 32! cukup gembira, begitu juga dengan berat
badansaya, sebelum ni saya tak pernah turun di bawah 75kg dan pernah
mencapai 80kg. tapi bukan kerana cabaran yang sering mengganggu
kehidupan, tapi memang saya mula mengamalkan cara pemakanan yang agak
berbeza dari kebiasaan.
untuk
rekod, kebiasaannya bilamana saya berhadapan masalah dan cuba mencari
penyelesaiannya, saya akan bertemankan teman yang amat setia
iaitu.... MAKANAN... tak lupa juga beberapa gelas teh tarik dan teh
ais juga kadang-kadang teh o ais. bila dah minum di kedai, faham
sajalah rasanya, SUPER MANIS!, tu agaknya yang membuatkan wajah saya
manis walaupun usia dah mula menginjak hujung 30an (perasan!)..
bagaimana
rejim pemakanan? apa rahsia penurunan berat badan saya? bagaimana
dengan senaman?
banyak
yang akan bertanya mengenai semua ni. saya paham, menurunkan berat
badan bukanlah sesuatu yang mudah. walaupun beribu tips diamalkan dan
beribu ringgit dibelanjakan. hasilnya mungkin terlalu sedikit dan
akibat kecewa dengan keputusan, ramai antara kita terus berputus asa
dan kembali kepada habit asal. ya lah, asalkan sihat. padahnya, berat
badan terus kekal dan ada diantaranya terus menambah berat dan
membulat...
banyak
pulak bebel saya ni, inilah rahsia pengurangan berat badan 7kg
dalam 2 bulan, sebenarnya boleh buat lebih jika betul-betul serius
dalam usaha. jika masih ingat, ada satu post beberapa tahun dulu
pernah ditulis di blog ni, tapi saya gantung begitu saja. biasalah,
kesibukan saya bekerja disamping godaan kegemaran saya terhadap
MAKANAN amat-amatlah kuat. sekerat jalanlah jawabnya. teknik HIPNOSIS
atau kawalan minda bawah sedar ketika saya join sesi percuma tu
(promosi oleh NST ketika itu) membuka minda saya kini untuk saya
mencuba dengan lebih serius. teknik yang murah dan berkesan. bukan
saya saja mencuba, wife saya pun sama. takpe, nanti saya bgtau berapa
wife saya achive dalam menurunkan berat badan dia... sebelum tips dan
trick saya senaraikan, boleh dengar satu sesi 20 minit hypnoterapi
kat bawah ni....
dah
dengar kan, sekarang tips dan trick untuk mencapai berat badan ideal.
selagi ada kemahuan, mudahlah jalan yang ada. tips amat mudah tapi
begitu susah untuk dicapai. hanya mereka yang betul-betul berani.
semestinya lepas membaca tulisan ni, korang akan betul-betul BERANI
untuk kurangkan berat badan korang, tanpa perlu berlapar.... dan
tanpa memakan suplemen yang tahapahapantah yang mengkayarayakan
penjualnya! MAAF jika terlalu kritis...
1.
pelan pemakanan.
bila
berbicara tentang penurunan berat badan, kita tak boleh lari dari
MAKANAN. malaysia memang KAYA dengan makanan, pebagai jenis dan
pelbagai rupa yang memenuhi pelbagai SELERA. memang rugi rasanya jika
kita MELEPASKAN peluang merasai makanan yang ada. betul kan.
berbalik
kepada pelan makanan, pelan makanan yang saya amalkan AGAK PELIK.
kenapa, sebab pelan pemakanan yang saya buat AGAK extrim. "breakfast
like a king, lunch like a slave and dinner like an ordinary people"
ini yang biasa sy buat. ada sebab musababnya, sy masih tak berani nak
buat, "breakfast like a king, lunch like an ordinary people and
dinner like a slave" kerana saya akan "cheat" waktu
supper, sedangkan sekarang "supper" saya hanyalah snack
ringan yang rendah kalori, samada buah-buahan atau apa-apa snek yang
kecil.
breakfast/sarapan
- breakfast like a KING!
biasa
kita dengar, "dont skip breakfast in order to loose weight".
memang ada kebenarannya. sarapan amat penting kerana dengan mengambil
sarapan, badan kita akan lebih bertenaga untuk menjalankan aktiviti
seharian.
apa
itu makan seperti seorang raja? maksudnya, masa sarapan, makanlah apa
sahaja, makanlah seperti anda makan diwaktu tengahari pun takpa.
RASIONALNYA, apa yang anda makan diwaktu itu segala kalorinya akan
digunakan untuk aktiviti sepanjang hari. jadi, apa nak takutt dengan
kalori yang banyak diambil di waktu sarapan. betul tak?
lunch/makan
tengah hari - lunch like a SLAVE!
bila
dah bersarapan dengan banyak, dah tentu waktu tengah hari tidaklah
begitu lapar. betul tak? maka waktu tengah hari, kurangkan
pengambilan makanan berkalori tinggi. paling baik makan buah-buahan.
anda juga boleh mengambil roti atau kuih muih sahaja dengan kadar
secukupnya. paling baik jika anda boleh sediakan "salad
buah-buahan" mudah.
contoh
salad buah-buahan mudah, sebiji epal hijau, sebiji epal merah
dipotong dadu, sebiji limau/oren/grapefruit diambil isinya, dan satu
cawan kecil yoghurt yang biasa dijual di kedai serbaneka/pasaraya
(tak kisah perisa apa, guna yang natural lebih baik) sebagai dressing
dan tabur dengan cereal jika suka dan walla! makan tengahari yang
sihat dan mengenyangkan. buah-buahan boleh ditukar mengukut selera
masing-masing. juga boleh dimakan bersama maksimum 2 keping roti
gandum penuh dan elakkan roti putih.
dinner/makan
malam - Dinner like an ordinary people
makan
malam, kebiasaannya kita akan makan banyak tanpa menyedari yang
kalori yang diambil berlebihan. lagi parah kalau makan malam agak
lewat (biasanya lebih dari jam 9). sy faham jika godaan makan diwaktu
malam ni memang TERAMAT-AMAT kuatnya. dengan kedai mamak yang 24 jam
buka, dengan jemputan makan malam terutama ketikan musim-musim
perayaan, fuh... tak sanggup rasanya nak lepaskan makanan yang
enak-enak tu kan.TAPI, demi untuk mencapai berat badan ideal,
dinasihatkan makan malam tidak lebih dari jam 7, paling lewat jam 8
atau 9 malam dan jangan lebih lewat dari itu. ini membolehkan anda
membakar kalori yang dimakan ketika anda berehat bersama keluarga.
ini juga dapat mengelakkan anda dari memakan makanan BERAT sebagai
SNEK. kurang sikit aktiviti ke kedai mamak untuk ngeteh dan "rotchai"
(roti canai).
pastikan
juga anda mendapat tidur yang cukup agar segar sepanjang hari dan
tidak terlewat bangun sehingga terlepas waktu sarapan dan menyebabkan
program diet anda HANCUR dan anda tetap KEKAL seperti biasa...
snek
saya
faham, ada diantara kita akan berasa lapar diantara waktu makan dan
kebiasaannya makanan ringan/biskut/roti dan air manis akan menjadi
snek untuk mengalas perut. makin bertambahlah kalori yang kita
ambil sepanjang hari. di sini saya beritahu SATU RAHSIA kenapa
sesetengah orang seakan tidak berusaha langsung dalam mengawal
pemakanan dan dapat menjalani program penurunan berat badan.
rahsianya ialah AIR KOSONG. minuman tanpa kalori yang seharusnya jadi
pilihan jika anda menjalani diet/program menurunkan berat badan. ini
kerana rasa lapar yang dirasakan kadang kala diakibatkan rasa HAUS
yang disalahtafsirkan oleh otak. oleh itu setiap kali rasa lapar
diantara waktu makan, minumlah air segelas dua dengan cara meneguknya
berlahan-lahan. ini membolehkan otak menerima maklumat yang kita
sedang memasukkan sesuatu ke dalam perut. terselamat, beberapa ratus
kalori berbanding jika anda memakan kuih/roti untuk mengalas perut.
JIKA anda masih terasa lapar selepas minum, anda bolehlah makan
sebiji buah-buahan pilihan anda. paling baik epal hijau, oren atau
limau. elakkan makanan berkarbohidrat dan minuman manis ketika ini.
tips-tips
lain:
1.0
barang perlu ada dalam beg anda sepanjang program diet.
1.1
AIR KOSONG adalah senjata paling ampuh jika anda menjalani program
diet, pastikan anda minum lebih dari 8 gelas sehari.
1.2
buah-buahan untuk snek, bawa secukupnya. pastikan anda TIDAK membawa
makanan yang tinggi kalori di dalam beg anda. jika boleh, JANGAN
menyimpan apa-apa makanan di dalam laci meja pejabat. ingat... JANGAN
ada sekeping biskut atau sebungkus makanan ringan tau! nanti gemuk
balik tak tau...
2.
meal portioning setiap waktu makan , sepanjang program diet, pastikan
amoun makanan diambil kira, pastikan dalam sepinggan, kecilkan jumlah
makanan yang diambil. andaikata sanggup kecilkan hingga separuh, buat
saja. kawal jumlah makanan... jangan risau atau takut dengan rasa
lapar, anda boleh hilangkan dengan minum air kosong dan makan
buah-buahan yang anda bawa. mudah bukan.
3.
senaman, satu aktiviti yang tidak boleh kita lari bila membuat
program diet. tanpa senaman program diet tidak bererti. jika dapat
lsayakan senaman khusus seperti berjogging, bererobik atau bersenam
di gym, itu yang terbaik. sy faham, bukan ramai yang berkesempatan,
di sini ada satu tips mudah. berjalan adalah satu senaman yang paling
ringkas boleh diamalkan. letakkan kenderaan anda dalam jarak
sekurang-kurangnya 10 minit berjalan kaki dari pejabat. secara tak
langsung anda dapat SENAMAN PERCUMA.
4.
disiplin, tanpa disiplin tak guna berdiet. HARAM takkan
menjadi. percayalah, dengan disiplin anda boleh capai apa yang anda
hajati.
fuh...
entry paling panjang dalam blog ni. sekadar berkongsi pengalaman.
alhamdulillah, setakat ni berjaya dah, masih berusaha untuk capai
sasaran 60kg. jeles dengan wife, dari berat 78kg, sekarang dia dah
70kg, 1 kg kurang dari saya. hishhh... 8 kilo tu... dan paling sy
cemburu, seluar yang selama ni sy pakai, saiz 34, dah berpindah milik
kepada wife. waaa... dia dah gantung seluar "saiz dia"
tu... kalau ada sesapa yang mencuba tips dan trick ni, harap dapat
dikongsi bersama.
3 ulasan:
DISIPLIN yang pling penting..agree wif that..! =)
setuju jugak yg disiplin paling penting! kadang2 azam kuat je tapi bila takde step seterusnya utk maintain buat, takde maknanyaa T_T
terima kasih sudi singgah, akan cuba update seberapa kerap mengenai perkembangan penurunan berat ni... insyaAllah, doakan kejayaan azam tahun2014 ni...
Catat Ulasan