Iklan Berbayar

Isnin, 17 November 2014

saya semakin kurus, petua untuk menurunkan berat badan dengan mudah melalui hipnosis, hanya untuk mereka yang betul-betul berani

lama rasanya tak menaip, takde mood akhir-akhir ni. fikiran agak serabut memandangkan 2014 semakin meninggalkan kita. fuhhh, banyak cabaran dan dugaan sepanjang tahun ni. rasanya tak perlu diluahkan dan biarlah ianya berkubur dan menjadi sesuatu yang berguna demi untuk saya meneruskan hidup di muka bumi Allah ni.

berbalik kepada tajuk, ya, memang saya semakin kurus. jika dulu jika membeli seluar memanglah saiz sekitar 34 ke 36 inci, sekarang saya dah boleh memakai seluar bersaiz 32! cukup gembira, begitu juga dengan berat badansaya, sebelum ni saya tak pernah turun di bawah 75kg dan pernah mencapai 80kg. tapi bukan kerana cabaran yang sering mengganggu kehidupan, tapi memang saya mula mengamalkan cara pemakanan yang agak berbeza dari kebiasaan.

untuk rekod, kebiasaannya bilamana saya berhadapan masalah dan cuba mencari penyelesaiannya, saya akan bertemankan teman yang amat setia iaitu.... MAKANAN... tak lupa juga beberapa gelas teh tarik dan teh ais juga kadang-kadang teh o ais. bila dah minum di kedai, faham sajalah rasanya, SUPER MANIS!, tu agaknya yang membuatkan wajah saya manis walaupun usia dah mula menginjak hujung 30an (perasan!)..

bagaimana rejim pemakanan? apa rahsia penurunan berat badan saya? bagaimana dengan senaman?

banyak yang akan bertanya mengenai semua ni. saya paham, menurunkan berat badan bukanlah sesuatu yang mudah. walaupun beribu tips diamalkan dan beribu ringgit dibelanjakan. hasilnya mungkin terlalu sedikit dan akibat kecewa dengan keputusan, ramai antara kita terus berputus asa dan kembali kepada habit asal. ya lah, asalkan sihat. padahnya, berat badan terus kekal dan ada diantaranya terus menambah berat dan membulat... 

banyak pulak bebel saya ni, inilah rahsia pengurangan berat  badan 7kg dalam 2 bulan, sebenarnya boleh buat lebih jika betul-betul serius dalam usaha. jika masih ingat, ada satu post beberapa tahun dulu pernah ditulis di blog ni, tapi saya gantung begitu saja. biasalah, kesibukan saya bekerja disamping godaan kegemaran saya terhadap MAKANAN amat-amatlah kuat. sekerat jalanlah jawabnya. teknik HIPNOSIS atau kawalan minda bawah sedar ketika saya join sesi percuma tu (promosi oleh NST ketika itu) membuka minda saya kini untuk saya mencuba dengan lebih serius. teknik yang murah dan berkesan. bukan saya saja mencuba, wife saya pun sama. takpe, nanti saya bgtau berapa wife saya achive dalam menurunkan berat badan dia... sebelum tips dan trick saya senaraikan, boleh dengar satu sesi 20 minit hypnoterapi kat bawah ni....




dah dengar kan, sekarang tips dan trick untuk mencapai berat badan ideal. selagi ada kemahuan, mudahlah jalan yang ada. tips amat mudah tapi begitu susah untuk dicapai. hanya mereka yang betul-betul berani. semestinya lepas membaca tulisan ni, korang akan betul-betul BERANI untuk kurangkan berat badan korang, tanpa perlu berlapar.... dan tanpa memakan suplemen yang tahapahapantah yang mengkayarayakan penjualnya! MAAF jika terlalu kritis...

1. pelan pemakanan.

bila berbicara tentang penurunan berat badan, kita tak boleh lari dari MAKANAN. malaysia memang KAYA dengan makanan, pebagai jenis dan pelbagai rupa yang memenuhi pelbagai SELERA. memang rugi rasanya jika kita MELEPASKAN peluang merasai makanan yang ada. betul kan. 

berbalik kepada pelan makanan, pelan makanan yang saya amalkan AGAK PELIK. kenapa, sebab pelan pemakanan yang saya buat AGAK extrim. "breakfast like a king, lunch like a slave and dinner like an ordinary people" ini yang biasa sy buat. ada sebab musababnya, sy masih tak berani nak buat, "breakfast like a king, lunch like an ordinary people and dinner like a slave" kerana saya akan "cheat" waktu supper, sedangkan sekarang "supper" saya hanyalah snack ringan yang rendah kalori, samada buah-buahan atau apa-apa snek yang kecil.

breakfast/sarapan - breakfast like a KING!

biasa kita dengar, "dont skip breakfast in order to loose weight". memang ada kebenarannya. sarapan amat penting kerana dengan mengambil sarapan, badan kita akan lebih bertenaga untuk menjalankan aktiviti seharian.  

apa itu makan seperti seorang raja? maksudnya, masa sarapan, makanlah apa sahaja, makanlah seperti anda makan diwaktu tengahari pun takpa. RASIONALNYA, apa yang anda makan diwaktu itu segala kalorinya akan digunakan untuk aktiviti sepanjang hari. jadi, apa nak takutt dengan kalori yang banyak diambil di waktu sarapan. betul tak?

lunch/makan tengah hari - lunch like a SLAVE!

bila dah bersarapan dengan banyak, dah tentu waktu tengah hari tidaklah begitu lapar. betul tak? maka waktu tengah hari, kurangkan pengambilan makanan berkalori tinggi. paling baik makan buah-buahan. anda juga boleh mengambil roti atau kuih muih sahaja dengan kadar secukupnya. paling baik jika anda boleh sediakan "salad buah-buahan" mudah. 

contoh salad buah-buahan mudah, sebiji epal hijau, sebiji epal merah dipotong dadu, sebiji limau/oren/grapefruit diambil isinya, dan satu cawan kecil yoghurt yang biasa dijual di kedai serbaneka/pasaraya (tak kisah perisa apa, guna yang natural lebih baik) sebagai dressing dan tabur dengan cereal jika suka dan walla! makan tengahari yang sihat dan mengenyangkan. buah-buahan boleh ditukar mengukut selera masing-masing. juga boleh dimakan bersama maksimum 2 keping roti gandum penuh dan elakkan roti putih.

dinner/makan malam - Dinner like an ordinary people

makan malam, kebiasaannya kita akan makan banyak tanpa menyedari yang kalori yang diambil berlebihan. lagi parah kalau makan malam agak lewat (biasanya lebih dari jam 9). sy faham jika godaan makan diwaktu malam ni memang TERAMAT-AMAT kuatnya. dengan kedai mamak yang 24 jam buka, dengan jemputan makan malam terutama ketikan musim-musim perayaan, fuh... tak sanggup rasanya nak lepaskan makanan yang enak-enak tu kan.TAPI, demi untuk mencapai berat badan ideal, dinasihatkan makan malam tidak lebih dari jam 7, paling lewat jam 8 atau 9 malam dan jangan lebih lewat dari itu. ini membolehkan anda membakar kalori yang dimakan ketika anda berehat bersama keluarga. ini juga dapat mengelakkan anda dari memakan makanan BERAT sebagai SNEK. kurang sikit aktiviti ke kedai mamak untuk ngeteh dan "rotchai" (roti canai). 

pastikan juga anda mendapat tidur yang cukup agar segar sepanjang hari dan tidak terlewat bangun sehingga terlepas waktu sarapan dan menyebabkan program diet anda HANCUR dan anda tetap KEKAL seperti biasa...

snek

saya faham, ada diantara kita akan berasa lapar diantara waktu makan dan kebiasaannya makanan ringan/biskut/roti dan air manis akan menjadi snek untuk mengalas perut. makin  bertambahlah kalori yang kita ambil sepanjang hari. di sini saya beritahu SATU RAHSIA kenapa sesetengah orang seakan tidak berusaha langsung dalam mengawal pemakanan dan dapat menjalani program penurunan berat badan. rahsianya ialah AIR KOSONG. minuman tanpa kalori yang seharusnya jadi pilihan jika anda menjalani diet/program menurunkan berat badan. ini kerana rasa lapar yang dirasakan kadang kala diakibatkan rasa HAUS yang disalahtafsirkan oleh otak. oleh itu setiap kali rasa lapar diantara waktu makan, minumlah air segelas dua dengan cara meneguknya berlahan-lahan. ini membolehkan otak menerima maklumat yang kita sedang memasukkan sesuatu ke dalam perut. terselamat, beberapa ratus kalori berbanding jika anda memakan kuih/roti untuk mengalas perut. JIKA anda masih terasa lapar selepas minum, anda bolehlah makan sebiji buah-buahan pilihan anda. paling baik epal hijau, oren atau limau. elakkan makanan berkarbohidrat dan minuman manis ketika ini. 

tips-tips lain:

 1.0 barang perlu ada dalam beg anda sepanjang program diet.

         1.1 AIR KOSONG adalah senjata paling ampuh jika anda menjalani program diet, pastikan anda minum lebih dari 8 gelas sehari. 

        1.2 buah-buahan untuk snek, bawa secukupnya. pastikan anda TIDAK membawa makanan yang tinggi kalori di dalam beg anda. jika boleh, JANGAN menyimpan apa-apa makanan di dalam laci meja pejabat. ingat... JANGAN ada sekeping biskut atau sebungkus makanan ringan tau! nanti gemuk balik tak tau...

2. meal portioning setiap waktu makan , sepanjang program diet, pastikan amoun makanan diambil kira, pastikan dalam sepinggan, kecilkan jumlah makanan yang diambil. andaikata sanggup kecilkan hingga separuh, buat saja. kawal jumlah makanan... jangan risau atau takut dengan rasa lapar, anda boleh hilangkan dengan minum air kosong dan makan buah-buahan yang anda bawa. mudah bukan. 

3. senaman, satu aktiviti yang tidak boleh kita lari bila membuat program diet. tanpa senaman program diet tidak bererti. jika dapat lsayakan senaman khusus seperti berjogging, bererobik atau bersenam di gym, itu yang terbaik. sy faham, bukan ramai yang berkesempatan, di sini ada satu tips mudah. berjalan adalah satu senaman yang paling ringkas boleh diamalkan. letakkan kenderaan anda dalam jarak sekurang-kurangnya 10 minit berjalan kaki dari pejabat. secara tak langsung anda dapat SENAMAN PERCUMA. 

4. disiplin, tanpa disiplin  tak guna berdiet. HARAM takkan menjadi. percayalah, dengan disiplin anda boleh capai apa yang anda hajati. 

fuh... entry paling panjang dalam blog ni. sekadar berkongsi pengalaman. alhamdulillah, setakat ni berjaya dah, masih berusaha untuk capai sasaran 60kg. jeles dengan wife, dari berat 78kg, sekarang dia dah 70kg, 1 kg kurang dari saya. hishhh... 8 kilo tu... dan paling sy cemburu, seluar yang selama ni sy pakai, saiz 34, dah berpindah milik kepada wife. waaa... dia dah gantung seluar "saiz dia" tu... kalau ada sesapa yang mencuba tips dan trick ni, harap dapat dikongsi bersama.


3 ulasan:

Yaya Mohd berkata...

DISIPLIN yang pling penting..agree wif that..! =)

Hanis Amanina berkata...

setuju jugak yg disiplin paling penting! kadang2 azam kuat je tapi bila takde step seterusnya utk maintain buat, takde maknanyaa T_T

Unknown berkata...

terima kasih sudi singgah, akan cuba update seberapa kerap mengenai perkembangan penurunan berat ni... insyaAllah, doakan kejayaan azam tahun2014 ni...