channel youtube yang "simple-mimple" |
sungguh, setelah beberapa tahun melibatkan diri dengan blog dan youtube, aku jadi berbelah bagi, nak teruskan iklan nuffnang atau aku terus sahaja tutup iklan nuffnang di kedua-dua blog?
aku bersama nuffnang since aku mula kenal "pembayar" blogger. sempat jugalah merasa cash out dari nuffnang sekali. lebih sedikit dari nilai minima cash out. merasa juga duit dari iklan nuffnang ni....
Alhamdulillah... lebih-lebih lagi untuk blog aku yang tak seberapa. sasaran 100 pageview sehari pun jarang nak dapat.
lepas beberapa ketika, berkenalan pulak dengan sang google adsense bila aku mula upload beberapa clip video yang aku edit dari siaran tv. clip-clip yang aku rasakan menarik dan tiba tiba... boom!, beberapa clip mendapat sambutan hingga beratus ribu view dan share aku dapat. tatkala itu jugalah youtube menyalurkan informasi yang aku layak untuk menjadi "youtube partner" dan layak untuk menerima bayaran dari pengiklanan. memang tak sangka, mungkin juga rezeki. sejak itulah aku mula aktif upload video. bukan buat vlog pun, hanya share video yang direkod sendiri dengan sentuhan editing minima... boleh dikira aktifla jugak dengan sekurang-kurangnya 1 atau 2 video untuk satu atau 2 bulan.
dengan sang google adsense ni, dapat juga aku cash out. dah 2 kali dan pembayaran minima 100 dollar. berbaloi juga ya. dan bulan ni insyaAllah akan dapat cash out yang ketiga dari sang google adsense...
yang menariknya, google adsense juga boleh diselarikan dengan youtube. multichannel gitu. dari situ aku mula terdetik, apakah aku boleh menambahkan "page view" dan "revenue" dengan meletakkan iklan "google adsense" dalam blog aku?
satu dilema yang masih belum ada kekuatan untuk aku buat keputusan...
p/s: misi terbaru, capai 1 000 000 view dan 500 pelanggan untuk saluran youtube. harap-harap dapat capai sebelum hujung tahun ni (organic growth) masih mencari 200k++ view dan 100+ subscriber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan