Iklan Berbayar

Selasa, 26 Ogos 2014

syawal, hari lahir dan western union

sebulan lepas, ramadhan penuh rahmat kita tinggalkan... kini syawal melabuhkan tirainya, sebulan dipenuhi dengan sesi maaf memaafi dan rumah terbuka. meriah dengan sanak saudara jauh dan dekat, sahabat handai lama dan baru, mengambil kesempatan untuk bertemu bertanya khabar dan bertukar-tukar cerita sepanjang tahun. ada juga cerita cerita melangkau zaman...

masing-masing dengan agenda masing-masing. seronok mengeratkan silaturrahim yang dah terjalin.

boleh dikatakan... tiada perasaan lain selain perasaan gembira. begitulah indahnya syawal...

tapi, jangan dilupa, ada yang bersedih dikala syawal dan sambutannya hanya sekadar adanya..

....................................…………………

selamat hari lahir untuk aku... sekadar ucapan untuk diri sendiri... yang keberapa? a big 36!

ramai cakap,age just a number... kenyataan sedapkan hati sendiri dari mereka yang tak dapat menerima hakikat  yang usia semakin meningkat.

adakah tua itu menakutkan?

tidak bg aku... aku takkan menyorokkan usia sebenar aku. ya... ramai yang kurang suka apabila ditanya mengenai usia sebenar mereka...

takut tua atau takut mati... jawapan tu ada dalam hati setiap individu... siapalah aku mahu mempertikaikan jawpan mereka...

i am 36 and i am ageing gracefully...

………………………………………………………

western union...

perkara baru yang aku dapat belajar. itupun selepas aku terlibat dengan google. kiriman wang ke seluruh dunia paling efisyen. kiriman wang dari dublin baru diterima memang byk membantu lebih-lebih tatkala aku perlukan suntikan modal...

2 kali berurusan,wang begitu mudah untuk dipindahkan. tak sampai satu hari kiriman wang dari dublin dapat dikelurkan di malaysia... pantas, mudah dan tak perlu bersusah payah nak bank in... isi borang dan hulur ic... terus boleh ambil tanpa prosedur yang rumit.

amat bagus untuk mereka yang menggunakan pengiklanan google adsense. juga untuk mereka yang berhasrat mengirim wang ke serata dunia...

……………………………………………………

sesungguhnya.... dunia adalah sekolah,kehidupan adalah bilik darjah dan pengalaman adalah guru yang terbaik. kita akan terus belajar dan belajar hinggalah nyawa bercerai dari badan.

Isnin, 18 Ogos 2014

Semangat yang cuba dibunuh

Kenapa akhir-akhir ini, semangat yang semakin membara sentiasa dicabar?

Fuh... bukan calang-calang. Walaupun aku dah lama bersedia, kadangkala ianya menyentap jantung hati aku. Terasa menusuk dalam jiwa kental aku ni...

Pedih.. kadang kala, amat perit untuk aku telan. Ambil masa juga... untuk aku hilangkan kepedihan ini.

belum lagi rasa dikhianati, apabila wajah manis yang pernah menyokong aku sebelum ni tiba-tiba menjadi ketat seketat korset tersalah saiz!!

memang kecewa dan tersayat habis bila semua tu terjadi...

Walau apa pun... halangan yang ada akan tetap aku diterjah... akan tetap aku redah... akan tetap aku lalui ranjau ni. Biarpun apa yang menghalang.

aku perlu dan mahu kembalikan semangat aku yang dulu... ya... aku harus membina tembok china demi cita-cita dan azam yang aku tanamkan awal tahun dulu.

harap sehari dua ni tembok yang mahu aku bina siap didirikan dan hati aku kembali keras dan teguh!

mengadu bukanlah aku... bercerita kepada orang lain juga bukanlah aku... aku tahu, usah diharap orang lain akan membantu jika aku tersandung dan tersungkur. hanya aku yang dapat membantu diri aku untuk bangun semula dan mula melangkah.

aku masih bersyukur... punya Allah dan  isteri yang memahami dan sudi mendengar keluh kesah diri aku...

p/s: luahan cacamerba dari hati yg cacamerba jugak...

Sabtu, 16 Ogos 2014

Hasil membangau hari ni, udang coet je yang naik

Adoyai... rasa segan... malu pun ada, tapi demi kelangsungan blog edisi pendek ni.. aku post jugak. Tak kira la... kutukan ke, ape ke...  aku tetap nak mempoyokan diri...

Hasil pancingan untuk hari ini, seekor udang yang teramat comel aka coet... aduh... mentang-mentang la aku ni newbie... lesen udang aku pun tahap newbie je...

Entahlah... ujian barang kali. Abg jaggut bersepit biru masih lena diulit hujan yg turun agaknya. Tu yang dihantarnya  si kecik comel untuk mengganggu gugat kesabaran si pencari lesen udang...

Alhamdulillah... si abg misai sengat sepasang tak menjamah langsung walau dijamu umpan spagheti/laksa johor/mee rebus(cacing da...)

dan umpan tetap habis... disyaki gerombolan udang kecik yang mengerjakannya...

sabo je la... hari ni bukan hari aku... jika esok masih ada... akan ku cuba mencari lagi lesen udang galah yang aku idam idamkan...

lama dah teringin nak mkn udang yang baru naik dari dalam sungai... perghh... terasa kemanisan daging udang segar.

p/s: sekurang-kurangnya aku tak kumpau.. kecik pun keciklah... bila tgk udang kecik ni tak mcm udang galah... dan perutnya ada telur... catch,foto dan lepas... demi kelangsungan stok ikan ma...

korang camne, jom mancing jom... hahaha

Rabu, 13 Ogos 2014

cashout ke 3, google adsense

alhamdulillah... seperti jangkaan, lagi usd100 untuk aku setelah 8 bulan menanti... bukan satu jangka masa yg sekejap... sekurang2nya aku tau... masih ada rezeki dari usaha yang tak seberapa...

syukur kepadaNya...

mungkin aku akan meng“hijrah”kan pengiklanan salah satu blog ke google adsense... blog yang mana? adalah... tak perlu aku tuliskan di sini... biarlah aku memutuskannya... tu pun selepas pertimbangan sewajarnya dilakukan... apa salahnya jika aku boleh menambah pendapatan yg selama ini hanya dijana oleh youtube... tiba masa untuk melangkah lebih jauh... hehhee

Sabtu, 9 Ogos 2014

testing testing free wifi di mcd

testing2.....update blog gunakan wifi@mcd.
entri kalu ni bukan berkaitan boikot atau apa pun.. atau aku tak menyokong boikot ni... aku lebih suka ambil sikap berkecuali... walau jauh di sudut hati... aku menyokong boikot dan menyokong perjuangan rakyat palestin...
VIVA PALESTINA!!!
berbalik kepada tajuk entri... aku sebenarnya menghadapi masalah apabila mahu update blog di telefon andriod  apabila menggunakan tm free wifi.. entah mana silapnya. kebiasaannya... publishing fail... hingga menyukarkan aktiviti update blog terutama blog niaga barangan antik i am not a collector aku tu...
maklum sajalah.. gambar gambar yang diambil menggunakan kamera di telefon, jadi lebih mudah untuk aku update blog menggunakan telefon juga. terasa leceh hendak menghantar gambar ke laptop... faham sajalah...
walaupun apa hakikatnya... aku juga kurang berpuas hati dengan apps blogger untuk android ni.. HANYA SEKEPING GAMBAR SAHAJA DIBENARKAN. itu pengalaman aku sepanjang guna telefon android ni lah...  tapi kalau ada update utk apps ni.. sila berikan info di ruangan komen.. agak noob dalam selok belok mobile technology...
kembali ke wifi@mcd, walupun seakan ada limit,iaitu selepas sejam lebih kurang... talian seakan diputus dan kena log in balik... tahulah... dengan cara tu website mcd tu akan dapat “pagewiew” percuma setiap hari...
pastinya.... ianya adalah satu marketing strategi... dan paling penting... aku dapat update blog ni...
yess... sementara masa masih ada... sementara mood nak melepak masih tebal... update lah sampai lebam...
keje... keje... keje....kekononnya... hehe...
eh..lupa... jemput2 dtg blog
http://i-am-not-a-collector.blogspot.com ... boleh tgk barang lama... barang unik dan klasik.. kalau minat boleh beli... tak dapat beli... cukuplah sekadar jadikan halwa mata dan minda...

Sabtu, 2 Ogos 2014

mahu setia dengan nuffnang atau berpindah kepada google adsense?

aku dalam dilema!
channel youtube yang "simple-mimple"

sungguh, setelah beberapa tahun melibatkan diri dengan blog dan youtube, aku jadi berbelah bagi, nak teruskan iklan nuffnang atau aku terus sahaja tutup iklan nuffnang di kedua-dua blog?

aku bersama nuffnang since aku mula kenal "pembayar" blogger. sempat jugalah merasa cash out dari nuffnang sekali. lebih sedikit dari nilai minima cash out. merasa juga duit dari iklan nuffnang ni....

Alhamdulillah... lebih-lebih lagi untuk blog aku yang tak seberapa. sasaran 100 pageview sehari pun jarang nak dapat.

lepas beberapa ketika, berkenalan pulak dengan sang google adsense bila aku mula upload beberapa clip video yang aku edit dari siaran tv. clip-clip yang aku rasakan menarik dan tiba tiba... boom!, beberapa clip mendapat  sambutan hingga beratus ribu view dan share aku dapat. tatkala itu jugalah youtube menyalurkan informasi yang aku layak untuk menjadi "youtube partner" dan layak untuk menerima bayaran dari pengiklanan. memang tak sangka, mungkin juga rezeki. sejak itulah aku mula aktif upload video. bukan buat vlog pun, hanya share video yang direkod sendiri dengan sentuhan editing minima... boleh dikira aktifla jugak dengan sekurang-kurangnya 1 atau 2 video untuk satu atau 2 bulan.

dengan sang google adsense ni, dapat juga aku cash out. dah 2 kali dan pembayaran minima 100 dollar. berbaloi juga ya. dan bulan ni insyaAllah akan dapat cash out yang ketiga dari sang google adsense...

yang menariknya, google adsense juga boleh diselarikan dengan youtube. multichannel gitu. dari situ aku mula terdetik, apakah aku boleh menambahkan "page view" dan "revenue" dengan meletakkan iklan "google adsense" dalam blog aku?

satu dilema yang masih belum ada kekuatan untuk aku buat keputusan...

p/s: misi terbaru, capai 1 000 000 view dan 500 pelanggan untuk saluran youtube. harap-harap dapat capai sebelum hujung tahun ni (organic growth) masih mencari 200k++ view dan 100+ subscriber