Iklan Berbayar
Selasa, 31 Disember 2013
happy new year 2014, 1st blog update for this year!
Makes everything seem small
And the fears that once controlled me
Can't get to me at all
It's time to see what I can do
To test the limits and break through
No right, no wrong, no rules for me,
I'm free!
In the life I've chosen
You wont find me
The past is all behind me
selamat tahun baru! new year, new me! loaded with all the positive vibes!
Isnin, 30 Disember 2013
muhasabah diri di hari terakhir 2013-12-31 1230am
siapkan diri di tahun 2014 akan datang.
dunia bukan syurga,
sama2 kita cekalkan hati menghadapi "UJIAN YANG ALLAH AKAN BERIKAN" di hari2 mendatang.... hindar keluh kesah... kerana kita takkan ke mana...
apa yang penting..
kurangkan bercakap, lebihkan bekerja.... walaupun kita ada kebebasan bersuara...
jgn tepuk dada tanya selera, nanti kita tersasar dari jalanNya,
tepuklah dada, tanyalah akal dan iman...
insyaAllah selamat hingga ke akhirnya....
Isnin, 23 Disember 2013
google adsense, 2nd cashout untuk tahun ni
Rabu, 13 November 2013
yesterday is history, today is reality and tomorrow is a mystery, I Quit!
------------------------------------------------------------------------------------
Ahad, 10 November 2013
Parody Nora danish jadi pilihan penyanyi asal gwiyomi
Khamis, 7 November 2013
Big bike tumbang? tips untuk bangunkan semula
hillarious - best dj unplugged console
Isnin, 21 Oktober 2013
pekan kecil salak selatan
Jumaat, 27 September 2013
Jumaat, 20 September 2013
Simpati dengan mangsa Sindiket Penipuan Dato Seri
kesian dengan mangsa.. bukan sikit, berjuta tu..... klik gambar bawah untuk cerita
jadi, sebelum terasa nak melabur, kaji dan tanya dengan orang lain dulu... kalau agak-agak pulangan pelaburan tu lumayan dam masa yang singkat, ada baiknya rujuk kepada ramai orang sebelum buat keputusan
Khamis, 19 September 2013
world's no car day, jom naik kenderaan awam
save the date:22 September 2013 setiap tahun
langkah yang diambil PRASARANA ni memang tepat pada masanya. tatkala dunia semakin semput dengan asap kenderaan yang menyesakkan, tak salah sehari kita tinggalkan kenderaan bermotor kita "berehat".
lebih-lebih lagi ketika harga minyak dah naik... sesekali layan mesti best kan... lebih-lebih lagi yang dah terlalu jarang dan dah terlalu lama tak "menikmati" perjalanan menggunakan perkhidmatan rel yang disediakan prasarana....
bila lagi nak "merasai" kesusahan mereka-mereka yang bersesak dalam perjalanan pergi dan balik ketika dalam perjalanan mencari sesuap nasi...
info lanjut... baca kat sini.... Klik tajuk untuk press release dari prasarana
RapidKL Calls on City Commuters to Support World Car-Free Day
On a day that some cities adopt more aggressive measures like closure of public roads and organising of cyclethons, Malaysians can still show their support to the environmental campaign by simply using public transport this Sunday.
“In creating awareness amongst members of the public, RapidKL will be embarking on various campaigns at its stations in support of World Car-Free Day this Sunday,” Prasarana Group Managing Director Dato’ Shahril Mokhtar said in a statement here today. (click title for complete news)
Sabtu, 14 September 2013
apabila orang dewasa menyertai pertandingan mewarna
Jumaat, 13 September 2013
pencuri wifi, denda RM500 Ribu Dan Penjara 5 Tahun Menanti anda
SKMM menyatakan bahawa jika anda mencuri atau menggunakan wifi orang lain tanpa kebenaran, anda boleh di denda RM500 Ribu atau dipenjara 5 tahun.
samada anda penjual peralatan atau yang menggunakannya, anda boleh didakwa di bawah akta komunikasi dan multimedia 1988.
ini berita gembira kepada mereka-mereka yang selama ni sakit hati dengan line internet korang menjadi perlahan tiba-tiba akibat aktiviti mencuri wifi ni.
dan yang selalu dok "meminjam tanpa kebenaran" eloklah hentikan sebelum anggota SKMM mengetuk rumah anda....
sumber: mixfm 830am, sinar fm 9am, business fm 11am.
akan update kalau dapat clip video berita...
Blob Fish, World Ugliest Fish
Ahad, 8 September 2013
aku dan kau,dua dunia berbeza
kau memandu kereta, aku menaiki kenderaan awam untuk ke mana mana...
di jalan raya, kita nampak sama... jalan yang sama, kesesakan yang sama... tetapi sebenarnya kita di dua dunia berbeza...
tatkala sangkut dalam kesesakan... kau hadapi dengan keselesaan...tapi aku hadapinya dgn kesesakan yg menyesakkan...
tatkala kau menghadapi kesegaran penyegar udara penuh haruman... aku sedang menahan pancaindera dari bermacam2 bauan dari badan.
tatkala kau menghadapinya dengan lagu2 kegemaran... aku hadapinya dengan hingar bingar percakapan diselangi lagu2 yang tak pernah aku faham butir perkataan..
tapi kenapa... hari hari mu penuh rungutan? hari hari mu penuh sungutan?kesesakan sering dijadikan alasan....
ketahuilah... tatkala aku memberi salam dihadapan pintu rumahku... aku mampu melukis segaris senyuman tetapi kau... tiba di rumah dengan keserabutan...
Rabu, 4 September 2013
apabila si pemakai kasut berasa kasihan dengan si pemakai selipar jepun
"jangan memandang kesusahan orang yang memakai selipar jika anda masih memakai kasut... jangan rasa simpati kepada mereka yang memakai selipar jepun jika anda sentiasa memakai kasut dan tak pernah sentiasa memakai selipar jepun.... sesungguhnya mereka yang memakai selipar jepun amat jarang merungut walaupun kulit kakinya tercalar tetapi mereka yang memakai kasut akan merungut walaupun yang tercalar hanyalah permukaan kulit kasutnya"....
renung2kanlah..
dalam realiti, orang susah jarang kita lihat mengeluh dengan kesusahannya. mereka akan teruskan hidup walau sesusah manapun kehidupan mereka... mereka akan cari jalan untuk menempuhi kesusahan mereka itu dan cuba mencari jalan untuk memperbaiki kehidupan..
dan mereka yang mengeluh?
tak perlulah disebutkan kerana mereka ini begitu sensitif...
selalunya mereka dengan memberi contoh pada mereka yang miskin dan susah...
timbul persoalan, adakah mereka cuba menyembunyikan keluhan hati mereka dengan menimbulkan rasa simpati di hati orang lain...
kenapa tidak mereka membantu?
atau
rasa simpati mereka hanya untuk menyatakan "simpatilah kepada diriku... kos gaya hidup dah naik dan aku rasa sedikit miskin dari dahulu"?
aku pernah menjadi si pemakai selipar jepun, aku pernah rasa jerih peritnya sebagai si pemakai selipar jepun.... dan... tidak pula aku sebarkan dan bercerita tentang apa yang aku rasa kepada orang lain.... tidak sama sekali....
kalau ada aku ceritakan pun...
adakah dengan cerita sedemikian akan beraturlah tangan-tangan mereka menghulurkan bantuan?
TIDAK, malah aku mungkin dituduh menipu, membohong, dan lain-lain lagi....
tiba-tiba, kenapa mereka berkata tentang simpati mereka dengan mereka yang susah?
kenapa ya....? ikhlas kah atau hanya kiasan...?
teringat kata-kata seorang sahabat rapat yang sedih dengan situasi sekarang... "
orang susah adalah "survivor" dan mereka boleh menempuh apa sahaja cabaran kesusahan dengan hanya sedikit keluhan dan banyak menadah kesyukuran".....
aku hanya mampu bersyukur, sekurang-kurangnya apa yang berlaku tidak terlalu memberi kesan, dan dengan apa yang terjadi, aku akan cuba sebaiknya menyediakan payung untuk musim hujan yang mendatang...
persoalannya... adakah mereka yang berkata-kata tu pernah jadi si pemakai selipar atau tidak? atau mereka yang terlupa .....
Isnin, 2 September 2013
harga RON95 naik harga, ramai yang naik minyak, chill, jom baca apa luahan isi hati nettizen di facebook
sebelum tu...jom baca apa yang sempat aku rembat updet-updet dari facebook pasal minyak naik ni...
1.Tu la angpa dok sebuk dari dulu dok kata nnti minyak naik lah tu... naik naik naik.. tak naik pun angpa dok kecoh naik naik naik.. kan dah ulang pat blas ratus kali...dah jadi doa la tuh. Allah dengar tu ulang banyak kali. karang dah naik Allah makbulkan doa hangpaa! Aminnn.. sapa nak jawab? rokok nsik, berkepui2 gak sehari bako rm10 hengget kot. rilex jer kan haiisshhh.. cukup setahun, lepas gak lv sebijik. *jeling kat laki
2.Minyak naik bersebab, think positif walaupun perit nak terima.. Jangan bodohkan pemimpin tetapi bodohkan lah diri sendiri sebab apa tak belajar pandai sampai boleh jadi menteri..
Yang mana pro-pembangkang nak kata aku lalang, aku x kisah.. Sebab pikirlah baik², jika ketua pembangkang kita jd perdana menteri sekalipun, mampukah beliau kekalkan harga minyak ini hingga hari kiamat?
bagus juga kecoh pasal harga minyak naik, org dh lupa pasal Man Utd kalah semalam.. ada hikmah! kahkahkah.. Kbye..
3.Waawwawawa... Shell KD penuh mcm ada free flow utk Ron95.. Hahahaha... X sanggup nak Q kang terlepas perkara wajib semata2 nk penuhkan minyak.. Jap lagi akan ku pergi ke Shell itu semula utk melakukan pengisian penuh dan menikmati hari terakhir Ron95 dgn harga RM 1.90 per liter.. Esok dah mula dgn harga baru walaupun gajiku gaji lama.. Moh le kita!
~Maghrib dulu
4. Salam 20sen.. Jom maghrib
5.Kat news feed penuh psl minyak naik harga effective 3rd sept 2013, ada sesetgh kata rumors.. PM da teruk kena maki... Hai nowadays.. Sume benda naik... Darah pun naik je...
Darah sy pun naik.. Tp terhenti setakat itu sahaja.. Istighfar..
6.Harga ayam naik.....boikot ayam..mkn la ikan ke bnda lain ke...
Harga petrol naik....ape bnda nak boikot?crita lebat pn xguna....kne bli gak...
banyak lagi sebenarnya... malas nak kopipes banyak-banyak...penuh lak entry kali ni... apepun...
buat yang hari2 update pasal agama, yang ni dalam bab sabar... takkan ni pun takleh nak sabar.... yang hari2 update pasal ujian, takkan takleh berlapang dada menghadapi ujian kenaikan harga minyak? hilang dah sebahagian iman di dada tu?
p/s: pemborong dan supplier bahan mentah jangan ngengada nak jadikan minyak naik sebagai alasan naikkan harga barang.... report karang... korang kata tabur pasir dalam periuk nasi korang....
Sabtu, 31 Ogos 2013
Selasa, 27 Ogos 2013
mimpi ngeri untuk perokok, bagus idea ni
Isnin, 26 Ogos 2013
karaoke suka suki di rumah terbuka kuatagh,
gendang gendut tali kecapi... kenyang perut, karaoke la ape lagi!!
ops...gendut2 sensitip... hahaha
if you thinking of "banging" me, let me "bang" your head first!
being romantic while being proposed is a dream of all. a moment of a lifetime some say....
just a reminder to over "romantic" thinking guy who wanna make "his own moment of lifetime"
Ahad, 25 Ogos 2013
sahabat pena bertemu selepas 7 dekad
kali terakhir aku mendengar perkataan ini pun ketika aku masih belajar di sekolah rendah yang mana perhubungan jarak jauh hanya melalui surat. dari situlah bermulanya perkataan “sahabat” pena atau penpal td... dan mana nak jumpa sahabat2 pena ni... dah tentu dalam ruangan sahabat di media2 cetak.
aku percaya, ramai yang berjaya mengumpul rakan bukan sahaja dari seluruh negara malah ada yang berjaya berkawan dengan seseorang yang berada separuh perjalanan glob ni.
tapi, bolehkah seseorang itu berhubung dengan hanya melalui surat selama 7 dekad dan hanya selepas 7 dekad baru mereka bertemu?
tonton video ini..
raya gath kuatagh
meriah... makanan melimpah ruah...orang pun ramai... paling laris... kambing golek... 3 ekor selesai sepantas kilat...
makan free...batch pelajar sponsor... apa lagi... bon apetite!!!!
burp
Selasa, 20 Ogos 2013
Jumaat, 16 Ogos 2013
bank in cek luar negara
hari ni...curi2 masa nak bank in cek google adsense... almaklumlah... pertama kali dapat cek ni.... jadi, masa ni lah nak timba pengalaman berurusan dengan cek luar negara..
singgah kat cimb... tanya kat customer service dia... alamak... kena gi home branch... ini bermakna... perjalanan balik kampung lah... kos lagi...
tapi sebelum tu... ada baiknya google dan tanyakan soalan kat kengkawan kat fb dulu... well...apa guna kawan dan google kan....
mulakan pencarian kat google... ramai yang kongsi pengalaman, taip je “bank in foreign check in malaysia”, tak kurang sepuluh web.. jadi... kita selongkar dulu....
hasilnya... agak memberangsangkan... lain bank lain caj dia... wah.. mahal jugak ye caj2 dia... nak tau lebih lanjut, kena masuk website setiap bank dan tgk jadual caj berkaitan.
langkah seterusnya,pilihlah bank yang menawarkan caj paling murah, tak gitu?
phew... pengalaman berharga betul... dan cek balik kat google adsense... owh... ada option untuk western union money transfer.. next time mmg guna western union pulak lah... senang cerita... caj pun murah...
Selasa, 13 Ogos 2013
duit raya dari google
jemput sama2 follow blog dan saluran youtube (carian: bob matcha/taugeh1978)share beramai2 clip2 yang ada....
terima kasih dan selamat hari raya....
Jumaat, 9 Ogos 2013
kampung sijangkang semakin menjadi pilihan untuk lokasi drama dan filem melayu
tak sangka... kampung yg dulunya hanya mula dikenali dgn kehadiran industri pembuatan kapal oleh ngv tech yang mana selalu pm dtg... kini mula jadi tumpuan pembikin drama... baik dari tv siaran percuma hinggalah tv siaran berbayar... wah...ini satu perkembangan yg boleh dikatakan positif...
yg terbaru... setia di hujung nyawa raya... scene tepi sungai tu... mmg cam.... area jeti nelayan...
apakah akan satu hari nnt kampung sijangkang akan terus jadi tumpuan penerbit drama dan filem?harap2 trend ini berterusan....mcm kg yg kat hulu selangor tu..
Jumaat, 2 Ogos 2013
Apabila Sultan Johor Pandu Keretapi
memandu sendiri keretapi ke segamat...
Ianya juga menjadi satu tarikan.Apa yang pasti, sememangnya baginda memiliki lesen untuk memandu lokomotif tersebut...
Hats Off...
Sistem Kurangkan Jenayah Kecurian Telefon Bimbit Diperkenal Sebelum Akhir Tahun Ini
KUALA LUMPUR: Telefon bimbit curi tidak boleh digunakan dalam tempoh tiga jam selepas pemiliknya membuat laporan mengenai kehilangan peranti tersebut.
Malah tindakan menukar kad SIM juga tidak akan mengakifkan telefon bimbit tersebut.
Sistem tersebut yang akan diperkenalkan sebelum akhir tahun ini adalah sebahagian daripada insiatif kerajaan untuk mengurangkan jenayah kecurian telefon bimbit.
Sumber industri telekomunikasi berkata, pengawal selia industri tersebut, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), mengeluarkan arahan kepada syarikat telekomunikasi pada April lalu supaya mematuhi syarat-syarat di bawah inisiatif baru itu.
Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata sistem tersebut akan mengurangkan jenayah jalanan dan kecurian telefon bimbit memandangkan telefon pintar yang dicuri boleh dijual separuh daripada harga asal di pasaran gelap.
"Ya, kami sedang berusaha. Banyak negara seperti Amerika Syarikat, Australia dan Britain sudah melaksanakan sistem ini. Kami mendapat sokongan pengguna," katanya.
Beliau berkata SKMM sedang menyelesaikan beberapa isu teknikal dengan pengendali rangkaian sebelum perkhidmatan itu dilancarkan.
Menurut, Mohamed Sharil syarikat telekomunikasi tidak akan mengenakan caj kepada pelanggan-pelanggan mereka untuk perkhidmatan baharu itu.
baca lagi di sini
|
Rabu, 31 Julai 2013
AES kampung style
antara topik yang hangat, road blok, AES, speed trap dan macam2 lagi lah....
sebut pasal AES, benda ni pernah sensasi dulu.... macam2 pendapat, macam2 luahan perasaan.... aku taknak komen... aku cuma nak share gambar ni je....
AES baling batu...kompom tak ada yg nak speed... sayang kereta
Selasa, 30 Julai 2013
pantasnya ramadhan berlalu
kehadirannya dinanti, tetapi ia pantas berlari, sedar tak sedar syawal semakin hampir... terasa aku tak terkejar, atau aku yang alpa dek kesibukan... atau.... aku yang merangkak dan terus merangkak..?
ada yang kata, ramadhan ibarat pesta, pesta makanan dan pesta berbelanja.... itu terpulang kepada pemahaman masing-masing....
aku, masih bersederhana... Inshaa Allah...
masih teringat tatkala sahur pertama....
masih teringat tatkala berbuka di hari pertama...
seperti semuanya baru semalam berlaku...
ramadhan, peninggalanmu akan meninggalkan seribu kenangan... aku hanya mampu berharap yang aku akan bertemu dengan ramadhan akan datang....
Inshaa Allah....
Khamis, 25 Julai 2013
kerjaya impian, penguji kondom?
tak dapat nak tahan gelak.... anyway, ada yg berminat? sila apply... tapi jgn salahkan aku tau!
dekat bau taik, bila jauh bau issey miyaki
taknak cite banyak-banyak, sesapa pernah rasa dia tau perasaan tu
ok... bai...
mamak, kira!
Ahad, 21 Julai 2013
youtube dan google adsense, akhirnya cecah juga payment threshold
alhamdulillah, semenjak diterima sebagai youtube partner, dalam 4 bulan ni, merasalah sikit duit dari google adsense. akhirnya cecah juga USD127.77 pada penghujung Jun, dan pembayaran akan dibuat penghujung Julai. duit lepas raya lah gamaknya.
click untuk besarkan |
nak dijadikan cerita, aku mula upload clip2 ni sejak beberapa tahun dulu, tapi tak begitu aktif... ada lah sikit2 dengan hit yang lebih kurang... alhamdulillah, selepas beberapa ketika, dapat jugak maintainkan hit dalam youtube dengan tidak kurang 1000 hit sehari. sebenarnya aku pun confuse, dari mana datangnya hit2 ni.... nak kata aku promote dalam blog, purata daily hit cumalah 50 pageview... ape pun, alhamdulillah, lepas gabungkan adsense dengan youtube, dapatlah hasil kat atas tu...
klik sini untuk ke saluran youtube |
entru kali ni sekadar nak berkongsi, takde terniat nak berbangga atau meninggi diri, ramai lagi yang dapat hit berjuta untuk 1 clip yang diuplad dan berpuluh juta sebulan. dan ada juga yang dapat income beribu ringgit hanya melalui youtube dan berkongsi clip2 video.
walaubagaimanapun, blog ni tak akan aku tinggalkan biarpun hit amatlah perlahan. dengan blog ini jugalah aku berjaya cash out nuffnang... (akhirnya cecah juga payment threshold) hehehee... ada jugak duit raya untuk aku....
sebelum tamatkan entry kali ni... SELAMAT BERPUASA, SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI AKU ANDAI ada terkasar bahasa dan tutur kata.
Jumaat, 28 Jun 2013
Nostagia Suara Belalang Krek (Belalang Rusa)
Mengimbau kenangan zaman dahulu... kemerduan suara "belalang krek" atau belalang rusa di D' Belimbing Homestay, Kuala Nerang.
Ahad, 23 Jun 2013
wakli band kampung sijangkang, kisah kenduri kendara di kampung sijangkang
kisah dan cerita kenduri kahwin di kawasan sijangkang dan kawasan berhampiran
amaran: lagu ni dalam bahasa jawa, sila cari rakan/kawan yang faham bahasa jawa untuk "translate"kan ye...
p/s: boleh dijadikan panduan untuk sesapa yang nak tau macamana majlis perkahwinan orang jawa di selangor....
Selasa, 28 Mei 2013
must watch: why Pahang vs JDT match been canceled may 28, 2013
a cat become famous and let people buying ticket for watching him doing business...
what a cat!
Khamis, 23 Mei 2013
Rarest: mampukah Nombor pendaftaran WP Kuala Lumpur yang baru mencecah harga 7 angka?
PSST... siapa bakal pemilik ke dua-dua plat no ni? adakah mampu mencecah harga 7 angka? almaklumla, rarest plate no. wooo
Isnin, 20 Mei 2013
bullish market? don't stay conservative... be a little aggressive!
credit: bfm.my
Jumaat, 17 Mei 2013
sesuatu yang menarik difikirkan
"Survey pada mereka yg berusia 45 tahun ke atas dan telah bekerja melebihi 15 tahun. Finding memang menyedihkan. Lack of financial planning. Thus, pada usia demikian, mereka masih struggle sedangkan tools dah ada utk mereka ini mengecapi financial freedom pada usia sebegini. Sebahagian drpd mereka pula bukan calang2 orang. Graduan Bachelor of Economics pun ada. Ramai drpd mereka adalah pemegang ijazah & diploma. Pekerja swasta & kerajaan.
Saya hairan sebab saya tak ada ijazah cuma diploma bekerja dgn swasta. Saya bekerja sorang. Isteri tak kerja & anak 4 orang. Gaji saya pun tak besar hanya setakat RM3500 saja per month & tak ada buat apa2 part time. Pagi pergi kerja, petang balik malam hantar anak tusyen. Itulah rutin saya tapi alhamdulilah, tahun ini umur saya mencecah 45 dan pada umur ini saya berjaya mencecah RM1 juta dlm saving saya.
Jika saya boleh capai RM1 juta walau hanya dgn kerja makan gaji saja, why kebanyakkan drpd kita tidak?"
anda bagaimana?
hmmmm...nak keadaan ini berubah? satu sesi teh tarik mungkin mengubah persepsi dan kehidupan anda...
Selasa, 14 Mei 2013
kenapa aku pilih saham amanah
ini adalah fund yang aku masuk dalam public mutual, real testimoni dari seorang perunding dan pelabur... i experienced it 1st hand
ini jawapannya,
dulu aku pernah cover pasal ni... masa tu baru 2 tahun aku melabur..... capital gain? hampir 50 peratus... boleh baca pasal entri aku kat blog...
klik untuk besarkan |
masa dekat2 election, akibat dari aktiviti ekonomi perlahan, harga mula menurun... ramai pelabur tertanya-tanya, apa akan jadi dengan pelaburan mereka? terus terang aku katakan, walau ape pun terjadi, walau apepun yg berlaku sesama pilihanraya, pengurusan risiko akan dilakukan untuk "mengurangkan" kerugian dan strategi akan disusun kembali untuk dapatkan balik "kerugian" yang dialami....
----------------------------------------------------------------------
sejak dari semalam aku mula perhatikan balik, ketika ini aku tersenyum.... kalaulah masa pre-election tempoh hari harga merudum, ramai yg hold back, ramai yg takut nak menambah, pagi ni ramai yang tepuk dahi "menyesal" tak tambah pelaburan.... harga melonjak dengan tak tunggu lagi.. aku sendiri yang dah mula muram (almaklumla, cuma ada 1 fund buat masa ni dan tak grab awal2 masa aku dapat 50% gain tu) hari ni aku tersenyum, my investment back on track again dan yang pasti, belum cukup 3 tahun lagi. ada beberapa bulan.... dalam hati terdetik, nasib baik bukan cash tapi kwsp....kalau cash, dh tentu boleh keluarkan sikit untuk aku merasa.... hihihih
anyway, takkan korang nak tgk je... come on... peluang untuk "buat duit" atau menambah simpanan terbentang luas.. semua orang berpeluang.... dengan satu tindakan ringkas, temujanji dan satu sesi teh tarik (ofkos percuma) anda berpeluang untuk mengubah nasib diri dan mungkin nasib generasi selepas anda... anda mampu mengubahnya....
panduan:
gambar kat blog last price (sudut atas belah kiri) 0.3117 - gain 50%
gambar kat fb last price (sudut atas belah kiri)) 0.3209 - gain?
back on track dah....
nampak tak? belum ada switching lagi tu....
be a millionaire
klik untuk besarkan |
Simpanan dan pelaburan RM5,000 sebulan membolehkan anda menjadi jutawan 10 tahun akan datang (provided pulangan daripada dana tersebut 10% setahun)
Jika anda mempunyai 20 tahun untuk bersara dengan mempunyai RM1 million and more... simpanan dan pelaburan yang diperlukan hanyalah RM1,400 (10% pa minima)
Dan jika ada adik-adik yang baru memulakan kerjaya... mulalah menyimpan dan melabur dengan minima RM500 sebulan...!
The earlier you start... the better! Cuba tengok skali lagi.. Jika anda mempunyai 30 tahun horizon... you hanya perlu menyimpan RM500 sebulan. Jika anda sudah berumur 35 tahun macam saya ni... Anda perlu menyimpan RM1,400 sebulan untuk retire with RM1mil and more, 20 tahun akan datang!
dan banyak lagi sasaran simpanan yang anda boleh dapat dengan menggunakan unit trust ni....
Jika anda telah meniti usia 45 tahun... anda kena simpan lebih, yakni RM5,000 sebulan.
So, moral of the story adalah... mula menyimpan sejak usia muda, berdisiplin, simpan utk zaman persaraan, pilih simpanan yang risiko sederhana dan return agak baik (10% and more). Sebab, jika % return less than 10%, anda perlu menabung lebih banyak lagi daripada figure yang saya kongsi di atas!
You reap what you sow.... Happy planning...
Need assistance? email me, sms me, tinggalkan komen... ape saja.... saya sedia membantu!
pssst... pru13 dah lepas, ekonomi dah nak melonjak... masih nak tunggu? alamat mcm tunggu buat tak jatuh la...