Iklan Berbayar

Ahad, 21 Julai 2013

youtube dan google adsense, akhirnya cecah juga payment threshold

salam, lama rasanya tak menaip...asyik2 kongsi clip2 video yang aku rasakan menarik dengan pengunjung blog ni. sesekali pulak tu....mesti korang rasa bosan kan...

alhamdulillah, semenjak diterima sebagai youtube partner, dalam 4 bulan ni, merasalah sikit duit dari google adsense. akhirnya cecah juga USD127.77 pada penghujung Jun, dan pembayaran akan dibuat penghujung Julai. duit lepas raya lah gamaknya.

click untuk besarkan


nak dijadikan cerita, aku mula upload clip2 ni sejak beberapa tahun dulu, tapi tak begitu aktif... ada lah sikit2 dengan hit yang lebih kurang... alhamdulillah, selepas beberapa ketika, dapat jugak maintainkan hit dalam youtube dengan tidak kurang 1000 hit sehari. sebenarnya aku pun confuse, dari mana datangnya hit2 ni.... nak kata aku promote dalam blog, purata daily hit cumalah 50 pageview... ape pun, alhamdulillah, lepas gabungkan adsense dengan youtube, dapatlah hasil kat atas tu...

klik sini untuk ke saluran youtube


entru kali ni sekadar nak berkongsi, takde terniat nak berbangga atau meninggi diri, ramai lagi yang dapat hit berjuta untuk 1 clip yang diuplad dan berpuluh juta sebulan. dan ada juga yang dapat income beribu ringgit hanya melalui youtube dan berkongsi clip2 video.

walaubagaimanapun, blog ni tak akan aku tinggalkan biarpun hit amatlah perlahan. dengan blog ini jugalah aku berjaya cash out nuffnang... (akhirnya cecah juga payment threshold) hehehee... ada jugak duit raya untuk aku....

sebelum tamatkan entry kali ni... SELAMAT BERPUASA, SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI AKU ANDAI ada terkasar bahasa dan tutur kata.

Tiada ulasan: