Iklan Berbayar

Rabu, 4 September 2013

apabila si pemakai kasut berasa kasihan dengan si pemakai selipar jepun

kata-kata ni dapat dari updet facebook... untuk mereka yang memahaminya, ianya adalah satu tamparan hebat...

"jangan memandang kesusahan orang yang memakai selipar jika anda masih memakai kasut... jangan rasa simpati kepada mereka yang memakai selipar jepun jika anda sentiasa memakai kasut dan tak pernah sentiasa memakai selipar jepun.... sesungguhnya mereka yang memakai selipar jepun amat jarang merungut walaupun kulit kakinya tercalar tetapi mereka yang memakai kasut akan merungut walaupun yang tercalar hanyalah permukaan kulit kasutnya"....

renung2kanlah.... di mana kita....


dalam realiti, orang susah jarang kita lihat mengeluh dengan kesusahannya. mereka akan teruskan hidup walau sesusah manapun kehidupan mereka... mereka akan cari jalan untuk menempuhi kesusahan mereka itu dan cuba mencari jalan untuk memperbaiki kehidupan..

dan mereka yang mengeluh? 

tak perlulah disebutkan kerana mereka ini begitu sensitif...

selalunya mereka dengan memberi contoh pada mereka yang miskin dan susah... 

timbul persoalan, adakah mereka cuba menyembunyikan keluhan hati mereka dengan menimbulkan rasa simpati di hati orang lain...

kenapa tidak mereka membantu? 

atau 

rasa simpati mereka hanya untuk menyatakan "simpatilah kepada diriku... kos gaya hidup dah naik dan aku rasa sedikit miskin dari dahulu"?

aku pernah menjadi si pemakai selipar jepun, aku pernah rasa jerih peritnya sebagai si pemakai selipar jepun.... dan...  tidak pula aku sebarkan dan bercerita tentang apa yang aku rasa kepada orang lain.... tidak sama sekali....

kalau ada aku ceritakan pun...  

adakah dengan cerita sedemikian akan beraturlah tangan-tangan mereka menghulurkan bantuan?

TIDAK, malah aku mungkin dituduh menipu, membohong, dan lain-lain lagi....

tiba-tiba, kenapa mereka berkata tentang simpati mereka dengan mereka yang susah? 

kenapa ya....? ikhlas kah atau hanya kiasan...?

teringat kata-kata seorang sahabat rapat yang sedih dengan situasi sekarang... "

orang susah adalah "survivor" dan mereka boleh menempuh apa sahaja cabaran kesusahan dengan hanya sedikit keluhan dan banyak menadah kesyukuran".....

aku hanya mampu bersyukur, sekurang-kurangnya apa yang berlaku tidak terlalu memberi kesan, dan dengan apa yang terjadi,  aku akan cuba sebaiknya menyediakan payung untuk musim hujan yang mendatang...

persoalannya... adakah mereka yang berkata-kata tu pernah jadi si pemakai selipar atau tidak? atau mereka yang terlupa .....

Tiada ulasan: