Iklan Berbayar

Jumaat, 15 Oktober 2010

Implikasi bajet 2011

ramai yang gembira...ramai juga yang kurang puas hati... walau apa pun perasaan, walau apa pun rasa, ada beberapa intipati bajet yang menarik perhatian aku....

1. Kerajaan akan memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas yang menawarkan jaminan Kerajaan ke atas bayaran pendahuluan sebanyak 10% bagi harga rumah di bawah RM220,000 untuk golongan muda yang baru bekerja dan gaji kurang daripada RM3,000 sebulan. Ianya bagi pembelian rumah pertama dan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3 ribu sebulan

-yang gembira : orang yang baru berura-ura nak beli rumah tp bergaji kurang dari RM3000, boleh dah usha rumah2 teres 2 tingkat... *senyum lebar

yang paling gembira: Agen hartanah la ape lagi....dah berbunga-bunga dalam hati!


hehehehhe...

2.1 Elaun Imam dinaikkan from RM450 to RM750 sebulan dan imbuhan bulanan guru KAFA dinaikkan from RM500 to RM800 mulai 1 Januari 2011

2.2 Menaikkan elaun bulanan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKKP), Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru from RM450 to RM800

2.3 Pelepasan cukai sebanyak RM5,000 ke atas perbelanjaan perubatan ibu bapa diperluaskan lagi kepada bayaran menghantar ibu bapa ke rumah jagaan harian, bayaran menggaji pembantu khusus menjaga ibu bapa dan perbelanjaan keperluaan harian mereka seperti lampin pakai buang


2.4 Kerajaan akan menguatkuasa gaji pokok minimum untuk pengawal keselamatan kepada RM500 to RM700 sebulan mengikut kawasan compared with RM300 to RM400 pada masa ini mulai Januari 2011


heheh...yang ni orang-orang yang terlibat sahaja akan tersenyum...yang lain, carik alternatif lain kalau nak tersenyum sama ye....hahahha


3. Kadar tol empat lebuhraya PLUS tidak akan dinaikkan bagi tempoh 5 tahun bermula serta-merta


-yang ni, ramai-ramai mesti senyum, sekurang-kurangnya tol takkan naik untuk 5 kali hari-raya...hik hik hik....sekurang-kurangnya tak la naik walaupun tak turun biarpun ada ura-ura plus nak kene jual!


dan yang paling gembira antara yang gembira.... (hmmm dalam hati ada sikit sakit untuk pekerja swasta macam aku ni)....jeng-jeng-JENGGGGG!!!!!!!!!!!

mereka adalah....(bunyi-drum-bagi-suspen)


PEKERJA PERKHIDMATAN AWAM!....

tahniah untuk diorang.... harap-harap dapatlah kiranya berkhidmat dengan lebih dedikasi dan jangan dok nak jadi macam dulu-dulu lagi ye....(tepuk...tepuk...tepukk!)


benifit yang "confirm" diorang dapat....


1. RM500 setiap tahun.... (ok lah tu...dari tak ada... walau camne prestasi korang, selagi pegawai korang suka ngan korang dan tak sakit hati, mesti ada punyalah)


2. Cuti bersalin 3 bulan bergaji... (untung, tp jgn pulak tiap tahun plan nak beranak...hihihi. lain la kalau rezeki tu tuhan nak bagi)


3. sesapa yang keje secara kontrak, perkhidmatan korang akan disambung untuk setahun lagi... (time ni aku malas nak apply jpa, konfom kerja kosong masih kurang)


4. Menaikkan kadar pinjaman perumahan maksimum daripada RM360,000 kepada RM450,000 (ape lagi...yang belum beli rumah, boleh la cari rumah yang lagi beso!..tu pon kalau korang tak byk sangat sign I.O.U sebelum-sebelum ni...ekekkeke)

dan last sekali....

5. PTK dimansuhkan....(yahuuu...<--time ni ramai yang melompat) tetapi diganti dengan penilaian lain... (haa..? <---aik ternganga sampai terbeliak la pulak...huhuhu)

relax la...korang keje kalau tak dinilai camne korang nak tau prestasi korang...kan...kan...

alahai...terasa nak gi kaunter jabatan kerajaan la...nak tgk diorang ni tersengum ke... atau diorang masih masam macam baru lepas termakan jeruk luput tarikh...(hehehe jangan marah ye....)

Tiada ulasan: