Iklan Berbayar

Rabu, 30 November 2011

buntal beracun ke meja makan, pesta ikan buntal di sarawak

kita sedia maklum, ikan buntal amatlah beracun. Neuro-toksin yang terdapat dalam badan ikan akan bertindak serta merta menyebabkan kebas seluruh badan dan seterusnya melumpuhkan fungsi paru-paru dan jantung.

kita juga sedia maklum, di jepun, ikan ini juga di hidangkan sebagai "fugu" dan menjadi satu kegemaran rakyat jepun, namun, penyedia hidangan memerlukan latihan hingga mendapat "lesen kebenaran" untuk menyedia dan menghidang.

tapi memang tak pernah aku sangka... di sarawak sebenarnya kita juga berpeluang untuk merasai keenakan ikan buntal ni, bukan dijadikan "fugu" tapi, pelbagai resipi dari digoreng, dibakar malah dijadikan pelbagai menu masakan... ianya juga dijadikan sebagai produk tarikan pelancong iaitu pesta ikan buntal.

layan video ini, rembat dari RTM... huhuhu



sedikit artikel pasal pesta ikan buntal ni...

Pesta Ikan Buntal yang pertama telah diadakan pada 6-7 Ogos 2002 di Kampung Manggut, Spaoh, Betong. Pesta tersebut telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu anak Numpang, Timbalan Ketua Menteri Sarawak selaku penaung pesta ini. Bermula daripada titik tolak penganjuran pertama pesta tersebut akhirnya Pesta Ikan Buntal Betong telah dimasukkan di dalam Kalender Pelancongan Sarawak bermula dari tahun 2004.  Pesta ini dianjurkan oleh Pejabat Daerah Betong dengan dibantu oleh semua agensi-agensi kerajaan yang ada di Daerah Betong termasuk juga luar Betong.

Selasa, 29 November 2011

kertas untuk mencetak duit kertas diperbuat dari seluar jeans?

sebenarnya, kertas yang digunakan untuk mencetak duit kertas diperbuat dari kapas dan linen, jadi, di mana hendak mendapatkan bekalan kapas yang murah...

jawapannya, kitar semula seluar jeans yang korang pakai... ops... diorang pakai... cuma aku tak jumpa video proses dia yang sebenar... cuma video ni saja yang dapat di kongsi....

video paling banyak ditonton di saluran youtube aku

yup... aku ada saluran youtube aku sendiri...

menyiarkan video yang mungkin aku ambil dari siaran saluran-saluran tv percuma, juga siaran-siaran tv berbayar, dan juga video yang aku rakam menggunakan "compact camera" canon A1100S aku...

tapi, dalam banyak-banyak video, cuma video ni lah yang paling banyak ditonton, ape sebabnya, kontroversi kut...



ah, lantaklah... dan komen-komen yang ditinggalkan pun...hmmm cukup banyak... siap berforum lagi...

nak lawat siaran/channel youtube aku yang tak seberapa... http://www.youtube.com/user/taugeh1978

ni lah video yang mencapai tontonan tertinggi dalam channel aku ni...

kee's world, kartun bisu yang selalu menarik perhatian aku

 korang cuba pahamkan kartun kat bawah ni, serampang dua mata, cukup dalam menikam jiwa



kartun-kartun beliau selalu buatkan aku tersenyum, terfikir dan berfikir...

sedapnya ubi rebus cicah sambal tumis ikan bilis

salam...

lama tak menconteng dinding blog... sejak 2 menjak ni, idea asyik berterabur.... sampaikan update pun...hmmm tah sampai ke mana tah... mesti korang bosan kan asyik tengok benda sama kat dinding tu kan...

berbalik kepada tajuk, semalam, gi shopping dengan mem, ternampakla ubi kayu.... teringin la plak, lama tak makan ubi kayu ni... entahlah... memang cukup lama.... kali terakhir aku mkn pun,entah bila... beli la sedikit...

rebus, kebetulan ada baki sambal tumis, goreng ikan bilis, buat kopi o, kena pulak waktu pagi yang sejuk...

layan....

maaf, takde gambarlah... tak sempat ambik pasal aku dengan mem tak sabar nak makan melepaskan kerinduan kat ubi kayu ni... yum yum yum... jgn jeles....

p/s: cuma satu yang tak gemar, lepas makan, kompom berlumba-lumba dan berlawan "tembakan meriam gas toksik" yang akan memberikan kesan seta merta kepada hidung.... ah.. nasiblah kan...