Iklan Berbayar

Jumaat, 19 Disember 2014

2014, tahun penuh pancaroba, 2015 ku mengharap sinar di hujung terowong yang gelap

2014 semakin menerjah ke penghujungnya. tak sampai beberapa hari lagi kita akan meninggalkannya. sesungguhnya tahun inilah aku menghadapinya dengan penuh pancaroba.kejayaan dan kegagalan sering bersilih ganti. roda kehidupan aku terus berputar laju. terlalu jelas kesan kedudukan atas dan bawahnya kehidupanku.

apa yang berlaku, biarlah aku dan orang paling rapat yang mengetahuinya. aku masih dalam fasa belajar. aku masih dalam fasa bertatih. banyak ujian dan peperiksaan kehidupan aku perlu hadapi. faktor persekitaran, cita-cita, faktor diri, faktor minda faktor luar dan bermacam faktor x,y dan z dalam matematik kehidupan yang perlu di jawab secara subjektif, objektif dan uga pengiraan.

tahun ini juga fizikal dan mental diuji. entahlah, emosi juga sering diuji. Alhamdulillah, aku masih teguh dan belum lagi roboh. walau ada ketikanya mahu saja aku lari dalam hutan bersenggama dengan alam sekitar tanpa ada orang lain yang menganggu. aku bukanlah seorang yang pentingkan diri. aku masih ada mereka-mereka yang perlu aku pikul tanggungjawabnya. maka, aku lupakan kesenangan senggama itu. tembok dan onak duri kehidupan harus aku redah dan hadapi. ia adalah sebahagian dari kehidupan. calar luka yang perit dan pedih aku anggap asam garam yang menyedapkan masakan. mana mungkin masakan berasa tanpa garam. sayur akan tawar, daging akan hambar.

aku masih percaya hikmah disebalik kejadian, aku masih percaya blessing in disguise, aku masih percaya tersirat disebalik tersurat dan aku masih percaya, kasih sayang Allah disebalik ujian-ujian yang ditimpakan. alhamdulillah, aku masih teguh berdiri. syukur padaMu ya Allah, aku masih kuat menghadapi ujianmu. dalam pada aku berduka, ada masanya kau datangkan segaris senyuman walau hanya seketika. Ya Rahman, Ya Rahim. aku dapat rasakan kasih sayangMu di setiap sudut bumi mu.

walaupun ada ketikanya aku alpa, aku leka dengan rahmat kurniaanMu....

aku tetap bersyukur walau sesukar mana ujianmu, aku masih mampu berdiri dan terus melangkah. sepanjang tahun ini jugalah aku belajar dalam kolej mu ya Allah.... berguru dari guru yang terbaik di dalam dunia fana ini, guru yang bernama PENGALAMAN.....

tahun berganti hanya satu yang aku harapkan, hadirkanlah sinar dihujung terowong yang gelap. teguhkan kaki aku, untuk aku terus melangkah dan meredah tembok dan onak duri kehidupan.

sesungguhnya, SYUKUR aku kepadaMu dikurniakan sediki kekuatan untuk aku terus teguh melangkah....

Alhamdulillah...

Tiada ulasan: