Iklan Berbayar

Rabu, 28 Mei 2014

perasaan selepas seminggu henfon menyelam, i am phoneless

salam..

ya, seminggu, seminggu tanpa henfon di tangan. setelah bertahun lamanya berkepit dengan henfon, sekarang baru dapat alami perasaan "bila-tiada-henfon-di-tangan".

apa perasaan tu?

bercampur baur, syukur alhamdulillah, selama ni aku bukanlah seorang pengguna tegar. henfon pun setakat kegunaan untuk perkara asas. sms dan panggilan sahaja. dan yang menariknya henfon tu hanyalah sekadar "henfon yang agak bodoh" yakni bukanlah telefon pintar.

taklah terasa sangat pun... cuma sedikit janggal

mobile internet?

hanyalah sesekali dengan pakej internet RM1 sehari atau RM5 untuk 5 hari atau RM7 untuk 7 hari dengan had 100Mb!

terus untuk tak ada henfon?

mungkin tak, disebabkan sekarang telefon awam semakin jarang yang berfungsi dengan baik. ada pula diantaranya hanya tinggal pondok yang cantik tanpa telefon, memungkinkan akan membeli sebuah telefon yang tak-begitu-pintar (not-so-smart-phone?) kut...

 cukuplah sekadar untuk perkara asas sebuah telefon.


Tiada ulasan: